Tuesday, January 29, 2013

Panik Bila Saif Hilang!

Bukan rupa sebenar - sumber:google

Ini cerita fresh yang baru berlaku beberapa jam lepas. Pukul 2 pagi, saya terjaga bila Saif main tampar-tampar muka saya. Klepeekk..klepeekk bunyinya. Tak puas tampar mama, tampar papa plak. Adeh..ngantuk dan letih, saya tak hiraukan Saif sebab yakin tak ada apa yang perlu dirisaukan sebab katil da bukak, so risiko jatuh katil tu memang da takde.

Saya terlelap sedangkan Saif masih rancak bermain, merayap sana-sini. Tiba-tiba terjaga, saya nak peluk Saif kat sebelah, dia takde. Saya bingkas bangun. Tengok plak sebelah kanan kot-kot tergolek tepi tilam, pun takde. Cepat-cepat angkat selimut kot-kot Saif sembunyi bawah selimut. Terus plak tolak Encik Suami yang sedang tido, menyangka Encik Suami tertindih Saif time tido, pun takde.

Saya da panik. Saif hilang!

Saya rasa macam hilang akal sekejap. Sambil goncang-goncang Encik Suami saya dok terjerit-jerit "Abang! Bangun bang! Saif mana???! Saif takde!"

Encik Suami pun cepat-cepat bangun mencari sekitar kiri kanan tilam pun takde. Tiba-tiba terdengar suara halus "Ekk..ek.."

"Haaa..tu dia Saif.." Encik Suami menunjuk pada Saif yang da tergolek hujung tilam. Dia tersepit antara tilam dan almari so tak boleh nak gerak da. Nak meniarap bangun semula da takboleh so dia terlentang je dengan muka happy tak bersalah buat mama risau nak gugur jantung dibuatnya tadi.

Ilustrasi hodoh - tempat Saif ditemui


Cepat-cepat Encik Suami angkat Saif ke atas tilam semula. Sengih je budak ni. Encik Suami pun terbahak-bahak gelak tengok mamanya kalut, muka da pucat bila anak hilang tak sampai seminit.
(Terus terfikir, macam mana la perasaan ibu bapa yang hilang anak cth macam William tu.. :(

Bila keadaan da tenang, Encik Suami kata "Sakitlah ayang pukul abang tadi."

Errkk..ada pukul ke?

"Ya, ayang pukul. Tumbuk gedebukkk kat dada ni ha. Tapi ok la, abang rasa batuk abang cam da ok sket lepas ayang pukul tadi."

Langsung tak sedar! Punyalah panik sampai apa yang saya buat pun tak sedar. Actually mungkin saya boleh nampak Saif kalau saya carik cermin mata saya dulu. Ni da panik terus meraba-raba carik anak dengan mata rabun, memang la tak jumpa. Terus fikir, kena buat lasik ni. Susahnya mata rabun tengah-tengah malam carik anak pun tak jumpa. Aiihh..

6 comments:

  1. hehe..comel lah lukisan tu dan comel sgt saif djumpai sambil tersengih..

    ReplyDelete
  2. hamboi,terus nak lasik kan? hahaha..kelakarla saif..

    ReplyDelete
  3. phew.. ingat hilang kat pasaraye tadi..

    ReplyDelete
  4. baru hilang dalam bilik sendiri pun da panik macam hape.hehe.. naseb baik dia tak terus bergolek masuk dalam almari sebab pintu almari tu memang terbukak.hehehe..

    ReplyDelete
  5. Cute nyeeee..tak leh imagine..hehe

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...