Tuesday, January 8, 2013

Saif suka Oat kurma!

Sejak Saif da pandai makan (dan memilih makan), rasanya hampir setiap hari kot saya bukak group solid food kat FB selain daripada blogwalking mencari idea-idea baru untuk makanan Saif. Saif baru 7 bulan ++ so masih tak banyak pilihan makanan yang boleh masuk ke perutnya. But ada jugak la yang saya tak follow sangat food chart tu pun. Asalkan anak tak sakit perut so kira ok la kan.

So, hujung minggu yang aman damai saya mencuba setapak ke hadapan dengan memperkenalkan oat kepada Saif. Nak beli oat ni pun jenuh berfikir mana satu yang nak beli ek. Ada 2 pilihan, Regular dan Instant. Tak tau pilih mana satu. Instruction pun takde kat pack oat tu. So hentam sajalah ambik Instant. Balik umah, check kat solid food group, alamak salah daa..instant tu oat yang da proses, tinggal curah air panas je. Takpelah, at least still better daripada instant food yang lain kan. Takpe..takpe..kot time travel atau nak cepat masak, Instant Oat ni pasti akan sangat membantu, saya yakin.

Organic rolled oat. Jenuh gak nak mencarik ni.

Panjang lebar punya intro. Meh masuk pada cerita sebenar iaitu cara-cara buat oat kurma.


Oat ni saya blend halus supaya bila masak takdelah seketul-ketul nak kena telan. Sama la macam bubur nasi jugak kan. Lepas blend saya terus masak kat dapur. Even namanya instant tapi naluri saya yang paranoid takut oat tak masak dengan air panas je, so saya masak jugak. Air secukup rasa mengikut naluri keibuan masing-masing. Err..ni saya masak guna periuk kat dapur sebab hujung minggu ada Encik Suami yang boleh layan Saif melalak. Hehe..


Dah menggelegak tu, saya campur je la dengan puri kurma secukup rasa. Kan senang tu. Kacau-kacau sampai sebati, kejap je da pekat. So boleh la tutup api. Tunggu sejuk jap then ready to eat.


Bubuh separuh mangkuk untuk first time bagi Saif merasa oat. Kapasiti perut budak tu kecik lagi kot, so tak payah banyak-banyak. Apapun biar mama yang rasa dulu.Ehmm..sedap gak. Pandai mama buat. Hehe..


Dan resultnya, Saif suka! Kejap-kejap nganga nak dan nak lagi. Lambat suap siap ketuk-ketuk walker lagi. Makan sampai habis! Mama bangga dengan Saif. Good boy!

6 comments:

  1. wohhh boleh cuba ni, dh banyak kali jeling2 oat ni kat jaya grocer, tapi x beli2. boleh buat utk breakfast Aish

    ReplyDelete
  2. eee,cam sedap.selalu nampak rolled oat kat giant.bolehlah beli pasni..walaupun anak baru 3 bulan, maknya dah tak sabar.hehe..tunggu lagi 3 bulan.. :)

    ReplyDelete
  3. wah sng nye.. nk tiru jgk la... faiq dh xmau mkn sejak demam hr tu..adeyy

    ReplyDelete
  4. GOOD BOY saif.. lepas rindu ciknaa kat razin bl tgk saif..

    ReplyDelete
  5. puri kurma tu nadia buat sendiri ke...? saye tak pandai nak buat puri..heeeee.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...