Monday, January 7, 2013

Saya Sayang Rice Cooker Saya!

Banyak-banyak sayang juga buat Erin yang telah memberi idea bernas dan mantap yang berjaya menyelamatkan duit poket saya. Tidak perlu lagi slow cooker, rice cooker biasa aja pun boleh. Tak de lagi bunyi 'ketikkk' dapur yang boleh buat Saif bangun menjerit mencari mamanya dalam gelap.

First step : Bubuh je beras dan air secukup rasa dalam rice cooker tu. Sementara tunggu menggelegak tu, boleh la pi mandi dengan senang hati. Dont worry, tak hangitnye la setakat tinggal 10 minit untuk mandi. Lain la kalau korang mandi sampai sejam kan memang la hangit.

Amaran keras:  jangan tutup ricecooker ni tau sebab nanti airnya akan meruap keluar. Abes sume butir-butir nasi melekat kat tutup periuk korang (pengalaman). Biar je ternganga rice cooker tu.

Step 2 : Da selesai mandi, meh jenguk bubur kita. Ok, da menggelegak, boleh la masukkan puri sesedap rasa. Macam gambar di atas ni, saya letak puri carrot + sweet potato + ayam cincang. Biar mereka menggelegak sebati hingga mencapai tahap kepekatan yang dikehendaki. Sementara tunggu menggelegak sebati tu bolehla pakai baju, mekap2 semua. (ehh..baru nak pakai baju ke.. :p )

Step 3 : Taraaa! Siap! Turn off rice cooker, then cedok la panas2 tu masuk dalam termos. Siap da bekalan untuk anakanda tercinta. 3 step aje pun ha. Sedap ni tau. Err..bubur Saif ni takpayah blend da sebab beras da sangai n kisar halus siap2. Lagipun Saif lagi suka bubur yang ada butir-butir. Bubur blend halus dia da tak layan.

Yang penting senang. Sekejap pun sekejap. Rasanya 30 minit setel da siap masak + mekap2. hehe.. Selesai masalah den. Sayang rice cooker. Banyak jasanya. Steam buah n sayur untuk buat puri pun guna rice cooker ni je senang. :)

4 comments:

  1. rin MC hari ni, baru nk off pc, nmpak pulak nadt update..huhu..ye2 jgn tutup rice cooker tu, kang banjir satu rumah. btw, rin tak sangai pun beras, malas. malam sebelum tidur, basuh beras dan letak dlm tapis bagi kering, bangun pagi, blend, terus masak. senang kan pakai rice cooker, tak payah nak kacau selalu. kacau sekali sekala je. happy sbb berjaya menyelamatkan duit nadt..hahaha, nadt duduk kt pahang eh? katne?

    ReplyDelete
  2. baru bercita-cita nak beli slow cooker..tapi macam tak perlu ja lepas baca ni..hehe

    ReplyDelete
  3. erin : nadt xble nak blend pagi2 buta, nnt saif bangun.hikhikk..hujung mgu la sangai n blend terus sekali banyak stok sebulan punya.

    izzati : haaa..selamat la duit kamu jugak.hehe..

    ReplyDelete
  4. Td fes time masak bubur qaleef pakai rice cooker sbb gas habes...tp malangnyer tak jadi..huhu...salah teknik upernyer..:-)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...