Friday, February 22, 2013

Alkisah di JPN

Dah lama saya buat IC baru. Hari ni baru sempat nak pi ambik. Tu pun nasib baik ada kawan yang ingatkan pasal IC tu, kalau tak, memang jawabnya IC saya tu jadik pekasam kat JPN.

Tak lama menunggu giliran, nombor saya dipanggil.

"Nak ambik IC baru." Kata saya sambil menghulurkan IC lama. Encik JPN mengambil IC lama saya tanpa melihat muka saya. Matanya tertumpu mencari IC baru saya dalam himpunan kad yang diikat dengan getah. Tak sampai seminit, kad saya dia jumpa.

Matanya membelek IC baru saya. Kemudian mendongak melihat saya pula.

"Comey laa.." Spontan dia berkata.

"Haa..comey?" Saya terpinga-pinga jap. Blur. Pada masa sama saya mengambil IC baru saya daripada tangan Encik JPN itu.

Encik JPN senyum.

Saya terus keluar.

Masih blur. Gambar cikai takde mekap langsung even lipstik tu pun dia kata comey. Padahal tu gambar sebelum makan pure marine collagen. Agaknya kalau buat IC la ni selepas makan PMC tu, apa agaknya Encik JPN tu akan kata.

Jelita?

Menarik, tertarik kau memang daboomm?

Korang dapat capai tak apa moral of the story post saya kali ni?

Moral of the story : Pi la buat IC baru. Sepuluh hengget je pun.

 
Gambar sebelum : IC lama


 Gambar selepas : IC baru

p/s : Nampak beza muka dulu ngan sekarang. Seb baik bukan artis, kalau tak, mesti orang da fitnah saya buat pembedahan plastik atau cucuk botox.

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...