Tuesday, February 5, 2013

Biskut Cair Di Mulut Rapuh Di Tangan

Hujung minggu sudah saya terlebih gigih macam-macam resipi saya eksperimentasikan. Dah lama plan nak buat biskut ni tapi tertangguh sebab takda tepung atta. Puas dok carik satu karak ni takde ha. Kat KL pun takde. Balik Johor masa cuti maulidur rasul hari tu pun takde. Aiyakk..Tapi entah macam mana hari tu pi kedai, stok tepung atta da kembali di kedai Karak. Selamat...

So, meh saya nak share kekdahnya sket. Ni pun resipi cedok je. Hehe..

 Bahan2nya :
  • 3/4 cup tepung atta
  • 1/8 cup tepung jagung = 1 sudu besar
  • 1/2 cup unsalted butter
 Kekdahnya : 
  • Pukul butter hingga kembang. Camne nak tau da kembang. Tengok ar butter tu da jadik lembut dan warnanya berubah jadik light yellow gitu kira da kembang la tu.
  • Pastu gaul je la ngan tepung (gambar takdapat ambik sebab tangan da penuh tepung). Kalau cam terlembik ke, agak2 la tambah tepung sket.
  • Boleh bahagikan adunan dan tambah perisa kegemaran korang susu FM, kurma, cheese, apple dll. Saya  bahagi 2 adunan je, satu saya campur puri kurma, satu lagi saya campur ngan cerelac.
Then bentukkan ikut sukahati korang. Kemudian bakar dengan suhu 190 darjah celcius dalam 20-25 minit gitu.

 Ini dia hasilnya. Macam hangus tapi tak sebenarnya sebab warna puri kurma tu yang buat jadik gelap. Hehe..


Tunggulah tengok Saif makan ke tak biskut ni. Buat aje, tak bagi pun lagi. hehe..Tapi saya da test rasanya not bad la. Memang betul2 rapuh, masuk mulut terus cair. Potensi untuk biskut ni berterabur pun agak tinggi. Hehe..

Selamat mencuba!

2 comments:

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...