Friday, February 1, 2013

Breakfast n Lunch Saif

Minggu ni saya rajin sikit nak buat menu berbeza untuk breakfast dan lunch Saif. 2 bulan sebelum ni Saif pulun je makan menu yang sama untuk breakfast dan lunch. Ye la, umur bawah 8 bulan masih lagi limited pilihan menunya. 8 bulan da matang sikit so boleh try n error macam-macam menu.

Tambah rajin lagi sebab Encik Suami tiba-tiba balik malam tadi (hari ni kan cuti wilayah-serius saya tak tau). Woha! Malam tadi tetiba buat video call, saya pun pelik apasal laki aku ni dok dalam gelap, tak nampak hape. Pastu lakiku itu pusing hp canggih dia tu, saya nampak ada macam huruf n nombor.. J..K..*..958* . Eh, macam no.plat keta aku je. Terus jengah keluar, nampak la Encik Suami yang tengah kekeh-kekeh gelak. Cett! Tak cakap pun nak balik, tak mau bukak pagar baru tau! Nasib kau la hari ni bini malas masak nasi, makan roti paratha segera la jawabnya!

Ok, abaikan cerita tadi tu. Point sebenarnya bila Encik Suami ada so boleh la saya menyingsing lengan lama-lama berkecah kat dapur sementara dia mengulit berdengkur bersama Saif.

So menu Saif hari ni adalah seperti berikut :



Gigih menulis kat board lagi gitu. Sebabnya apa tau? Takut lupa nak masak apa sebab banyak sangat menu bergelumang dalam otak ni sampaikan tak tau nak masak mana satu. Even malam tadi pun gigih study resipi2 sampai dekat kol 12 tau. Padahal resipi ciput je. Hehe..

So, inilah menu breakfast Saif hari ni. Yogurtlicious Oat Kurma Pear Kelasss Kawww Giteeeww. Makk oiii panjangnya nama. Padahal kekdahnya sama je cam oat kurma yang pernah saya buat sebelum ni cuma + puri pear + yogurt. Pastu letak la hirisan pisang sebagai hiasan dan boleh lenyek-lenyek untuk bagi Saif makan. Ini je kekdahnya kalau nak bagi Saif makan buah sebab Saif tak suka makan buah begitu saja. Haiihh..

- Oat masak dengan air -
- Da menggelegak, tambah la puri kurma + puri pear -
- Da masak, tutup api, biar sejuk jap -
- Da sejuk @ suam-suam kuku barulah bubuh yogurt -
- Last but not least, hias dengan hirisan pisang -
- Siap da!Senangnya! -

Pastu yang ni plak macam biasa la bubur ayam + sayur yang very the simple in the world main campak-campak je. Asalnya nak buat bubur tumis ngan butter ala-ala Blog Saya Hot tu tapi fikir-fikir balik takut Saif tak makan plak, rugi. So buat yang biasa aje la. Any eksperimen ble buat esok lusa time hari cuti. Anyway, blog Maghfarah tu memang menjadi sifu dan sumber inspirasi saya. Best tau, macam2 resepi ada, pi la tengok.

- Masak bubur macam biasala, saya tambah air rebusan sayur yang dijadikan stok -
- Da menggelegak, masukkan ayam cincang halus, tambah air lagi bagi masak betul -
- Bila ayam da masak, campak plak puri sayur ikut sukahati -
- Biar menggelegak lagi bagi pekat sikit, then ble off rice cooker -
- Siap! Takde hiash-hias da yang ni -

Hopefully Saif makan la yang ni. Lately dia macam kureng selera plak, memilih makan la tu. Seb baik mama kamu ni gigih tau!

2 comments:

  1. Tak sabar tunggu Aisyah besor bole makan sama2 ngan kite..haha..cian bila tgok dia jelir2 lidah bila tgok kita makan..alahai anak..baru 2 bulan oii..hehe..bestnyer saif dpt mak yg gigih..haha

    ReplyDelete
  2. mcm sedap je nengok mknn saif ni. afiq masak mcm2 pun byk tu gak dia makan.. bl la nak selera..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...