Wednesday, February 20, 2013

Jujurlah Bila Berniaga

Saya yakin kebanyakan orang pernah membeli barang secara online. Saya tak terkecuali. Shopping online memang superb senang. Even nak makan pun boleh secara online. Order online then ting!! "Pizza delivery!"

Saya memang suka online shopping. Kalau saya berada dalam zon 'tak busy' memang dok klik sana sini je la cari barang nak dibeli. Lagi plak bila da ada baby, banyak barang2 baby terutamanya baju yang susah nak carik di kedai boleh dapat secara online. Senang!

Saya tak pernah lagi ditipu tahap beli barang tapi tak dapat barang. Cuma yang tak bestnya bila ada sesetengah peniaga ni yang tak jujur. Pernah sekali tu saya order baju warna putih saiz 3 months. Yang dia post kepada saya baju color merah saiz 12 months. Ikutkan takde masalah pun, at least barang dihantar jugak la kan. Masalahnya tau-tau je la anakku Saif tu masa kecik-kecik newborn dulu kulitnya tampuk-tampuk manggis gitu, nak pakaikan baju color merah menyala? Jangan..saya tak sanggup anak saya jadik bahan gelak orang. Dah tu Saif tu kecik, bagi baju saiz besar mana ble nak pakai.

Saya PM dia kata nak tukar baju tu dengan color putih. Saya tak kisah pun kalau kena tanggung kos penghantaran semula sebab saya memang nak baju tu. Tapi dia tak reply PM saya. saya tunggu 2,3 hari pun dia tak reply. Amboihh..time orang nak beli laju ke reply. Bila da ada problem camni, kau buat senyap pulak?

Apa lagi, saya pun PM la sound bab customer relationship management bagai barulah dia reply. Katanya dia tak online so tak baca PM saya padahal saya cek facebook dia, ada je dia reply komen kat wall dia setiap hari. Auta la tu. Pastu dia kata baju saya nak color putih tu da abes stok. Kalau abes stok bagitau la awal2, yang pandai2 ganti color lain sape suruh. Saya minta dia ganti balik duit saya, baju merah tu saya nak pulang semula. Tapi dia kata takpe, dia pulang duit, baju tu tak payah pulang. Cuak la tu! Tapi baju merah tu memang saya tak pakaikan pun kat Saif sampai la ni sebab saya rasa baju tu bukan hak dia. Seb baik betul dia pulang duit tu. Dan peniaga tadi saya da blacklist even dia promo kaw-kaw murah lagi. Nyampah!

Terbaru, saya ada beli barang lagi. Dengan orang lain plak la. Barang ni kena tempah. Saya bayar deposit lama da. Dalam sebulan dia wat senyap, saya PM bila ble dapat barang. Dia kata kalau nak, buat full payment nanti dia pos minggu tu jugak. So saya pun buat full payment. Bagi alamat semua ok dia kata akan pos mnggu tu. Tunggu punya tnggu. Minggu tu berlalu gitu je. Minggu depannya saya dengan sabar PM lagi, da pos ke. Dia kata dia akan pos Sabtu minggu tu (berapa banyak minggu tu daaa). So saya sabar tunggu lagi. Selasa minggu depannya lagi saya masih tak dapat barang saya PM lagi, saya mintak tracking number. Dia bagi. Tapi bila saya cek, no record found. Fikir positif maybe pejabat pos tak update lagi. Tunggu lagi punya tunggu takde jugak!

Pastu baru kejap tadi saya cek nombor tracking tu, parcel tu baru dipos hari ni! Bayangkan la daripada 3 minggu lepas punya cerita kata nak pos, tak pos-pos jugak. Nombor tracking tu saja dia bagi awal-awal kononnya dia da pos padahal tak pos pun lagi. Bengang. Tengok la minggu depan sampai ke tak barang tu. Nampaknya sorang lagi akan masuk blacklist.

Peringatan daripada saya, kalau nak meniaga biarlah jujur. Kalau memang tak sempat nak hantar, bagitau je lambat hantar. Takpe, kalau dapat customer timbang rasa macam saya, saya memang akan sabar menunggu. Kalau rasa susah nak bagi komitmen bila berniaga tak payah la berniaga. Kita beli online sebab nak cepat tapi kalau dapatnya lambat baik tak payah.

2 comments:

  1. betul tuh..susahla kalau dapat peniaga tak jujur camtu..

    ReplyDelete
  2. Biase kene mcm tu......hurrmm....serik kejap jer..pastu beli lg..heheh..:-)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...