Wednesday, February 13, 2013

Review : Digital IQ Warmer Avent

Haiii..Hari ni semua bekerja ke? Nasib badan hari ni masih bercuti. Ikutkan hati memang nak pergi kerja banyak kerja yang tergendala. Tapi sebab bs Saif pi bercuti so saya ambik la cuti EL hari ni. EL la sangat padahal da plan pun. huhu..

Berbalik pada topik, ini adalah post yang da lama terperam menjadi jeruk dalam draft ni. Lama peram sebab malas nak transfer gambar. Memang da jadi kemalasan saya untuk cucuk kabel tak kira la kamera ke, hp ke..malas.

Da masuk perenggan ketiga pun tak start cerita lagi ni apa da melalut. Ok..ok..nak cerita la ni. Nak cerita pasal satu lagi gajet yang memang awesome. Haa...bagi ibu-ibu yang bf baby (samada masih atau pernah), mesti familiar dengan penggunaan warmer kan. Macam-macam brand warmer ada. Yang biasa mommies guna adalah LittleBean, Autumnz, Snowbear, TommeeTippee dan Avent. Warmer ni semua jenis yang pusing-pusing tombol tu kan nak set suhu 40 darjah, 70 darjah atau 100 darjah tu kan. Sebelum ni saya beli warmer Little Bean untuk kegunaan bs. Ok la warmer ni memang membantu cuma mengambil masa yang lama untuk panaskan ebm (antara 10-15 minit gitu). Sempat la anak meraung-raung baru la ebm suam-suam kuku.

Alkisah masa kursus PPK hari tu kan saya ada bawak Saif tapi tak bawak warmer plak. Balik ke Karak malam tu tapi sebab da lewat malam, segan nak ketuk pintu umah bs nak ambik warmer so pi ketuk umah opismate plak. Pinjam warmer. Macam canggih warmer dia ni, first time tau kewujudan Digital Warmer ni. Oh ye, warmer ni daripada brand Philips Avent.

Bila da guna, memang terbukti akan ke'best'annya (apa bahasa aku guna ni). Kalau setakat nak panas ebm tu, 2 minit je da ble siap! Pantas dan tuntas kekdahnya. Terus daku berkenan, balik kursus terus google carik beli warmer ni. Selagi tak dapat selagi tu meroyan. Haha..

So, bila dah dapat memang teruja la kan. Warmer ni saya letak kat umah saya. Umah bs still pakai LittleBean tu. Actually warmer ni saya gunakan lebih untuk tujuan panaskan solid food Saif. Memang la mudah. About 5 minutes, Saif's solid food da ready!

Apa yang lagi bestnya adalah, warmer ni sebab digital kan so kita boleh pilih suhu samada room temperature, chiller or freezer. Kot nak panaskan ebm dari chiller,pilih menu chiller then setkan amount (oz), dan dia akan terus start panaskan dengan sangat pantas!

Tak payah banyak cerita, meh layan gambar baru clear pandangan masing-masing ye.

Ni dia rupanya.

Belah kiri tu adalah pilihan menu dia. Gambar botol susu kalau nak panaskan ebm dan gambar mangkuk tu untuk panaskan solid food. Bawahnya ada gambar rumah untuk room temperature, gambar peti ais untuk chiller dan gambar snowflakes untuk freezer. Tengah-tengah tu pilihan amount. Kot nak panaskan ebm 2 oz, tekan je la button tu sampai 2 oz. Then dia terus la start panaskan.

Bila da siap, lampu kat tengah tu akan menyala semua dan berbunyi "Tiitt..titt..tittt.." So boleh la keluarkan. Kalau tak kuarkan terus pun, dalam masa beberapa minit dia akan shut down sendiri.

Bukak je penutup tu untuk kuarkan. Yang ni saya panaskan solid food. Gunakan storage cup yang dapat masa beli blender Philips Avent dulu tu. Actually any storage pun boleh guna. Even nak masukkan botol Heinz puree tu pun boleh tapi kena check label dulu la tahan panas ke tak.

Dia ada cam sudip kat tepi tu so ble la 'sungkit' storage tu naik. Panas, kena pegang dengan kain. Tapi luaran tu je panas tapi dalamnya tu suam-suam sesedap rasa je. Memang secukup rasa untuk terus bagi anak makan.

So, tu je la review saya mengenai warmer ni. Memang best. Saif da start drama saya tak layan dia. K, bye.

7 comments:

  1. i guna little bean.berapa harga benda alah ni ek?brg avent mmg best kan?

    ReplyDelete
  2. wah best..mane ade jual?tesco ade tak..hehe

    ReplyDelete
  3. Wah berminat la...bape ek harga nye

    ReplyDelete
  4. harga antara rm240-rm280. but susah nak carik warmer ni. mostly beli direct from UK.

    ReplyDelete
  5. sis nk tny warmer ni cuma muat dgn btl avent sahaja ke.botol MAM muat x.sis pakai byl apa ye. sy nk bl warmer ni tp xtau btl MAM muat x

    ReplyDelete
  6. Dekat mana nk beli warmer ni...minat la

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...