Monday, February 25, 2013

Saif 9 Bulan


Hari ni bersiaran dari rumah. Fefeeling suri rumah gitu. Alkisahnya pagi tadi seawal jam 6 pagi pengasuh Saif call bagitau tak ble jaga Saif hari ni sebab dia tak sihat. Termenung kejap saya di subuh hari. Aiii.. EL la jawabnya. Saif da melompat-lompat gembira kat sebelah, tau-tau je mamanya kena cuti kerja jaga dia hari ni.

Dah alang-alang cuti ni bawak la Saif pi klinik untuk check up. Ingatkan 9 bulan ada cucuk campak, takde eh? Kecewa plak takde cucuk, hehe..Tapi yang bestnya sesi timbang berat. Alhamdulillah, kali ni da naik ke 7.2 kg. Kalau tak sebelum ni maintain 6.7 kg selama 3 bulan berturut-turut. Kecik comel lote je ikut baka maknya kata nurse. Hehe..

Tak lengkap rasanya kalau tak cerita pasal perkembangan budak hensem ni bila da masuk 9 bulan kan. Alhamdulillah, Saif makin baik behavenya. Betul la orang kata perangai budak ni berubah-ubah. Sebelum ni kan pantang kena tinggal je nak melalak keluar anak tekak. Hampir-hampir nak beli buai elektrik, nasib baik sabar tak jadik beli. La ni kalau kena tinggal, pandai la dia ikut nak merangkak ke menyusur ke. Pagi tadi rekod buat pertama kali saya berjaya masak tanpa gangguan Saif. Sebelum tu da tidokan Saif dulu, lena dia tido, mama pun mula projek kat dapur. Siap masak 3 jenis lauk lagiiii..Siap sempat mandi wangi2 lagi. Owhh..heavennya rasa.

- Sometimes teman mama memasak kat dapur sampai tertido-tido, lama sangat mama masak..hehe -

Pastu la ni dia da pandai fokus bila tengok TV terutamanya iklan. Sebelum ni hapah tak mau tengok TV, nak ikut mama je 24 jam. La ni kalau tengah main-main, tetiba keluar bunyi iklan, cepat-cepat dia toleh. Terdiam penuh khusyuk tengok. Dia paling suka iklan susu apa tuh Dutch Lady eh yang ada budak lelaki create tiang yang bila berlari sambil ketuk tiang tu kuar bunyi lagu Happy Besday tu..apa aku tulis ni. Yang pastinya iklan tu la. Dari dapur pun kalau dengar bunyi iklan tu, dia ble terdiam pastu sengih sorang-sorang. Saya perhatikan mostly iklan yang Saif suka tengok adalah iklan susu sebab ada budak-budak pastu ada lagu yang ala-ala merdu gitu.

 - khusyuk tengok Spell It Right -

- "Apa laa..eja tu pun salahhhhhh!"

Mulut makin becok. Tadi kat klinik pun ada sorang baby lebih kurang baya Saif gak menangis masa kena timbang. Sibuk mulut Saif bercakap "Aaaa..aaaa..." Agaknya dia nak cakap, kenapa nangis? Jangan la nangis. Hehe..Pastu ada sorang baby lain masuk, pun dengan peramahnya dia tegur, "Aaaa...aaaa" Haii..betul-betul ikut perangai papanya ni kuat bercakap. Haha..

Dari segi makan plak, memilih gak la. Actually suap apa pun dia nganga je. Tapi dapat la dalam 3,4 suap. Menu feveret dia adalah kentang. Hari-hari kentang, baru la dia makan banyak. Kalau takde kentang, makan cinonet je. Cheese pun dia suka. Bagi kentang cheese atau roti bakar cheese, nganga aje sampai abes. Haiii....selera omputih nampaknya anakku ini.

Advance terus ke meniti. Dah pandai meniti baru la laju merangkak. Skip step la tu. Bab memanjat memang da cukup terer. La ni pandai da panjat berdiri sendiri kat sofa, pastu pandai plak tu turun ke lantai sendiri. Tambah pandai lagi naik bouncer sendiri, pastu main enjut2 dalam tu. Amboii..terbalik karang baru tau.

 -berani lepas tangan tu. perasan da besar sangat la tu -

Waktu tido plak, tak kira la tido awal ke, tido lewat ke tapi asalkan waktu subuh pukul 6 tu  memang dia da terbuntang bijik mata la dengan mulut bising suruh mama bangun. Aiii..jadi masalah sket di situ sebab bila saya nak mandi tutup bilik mandi memang melalak meraung-raung la kena tinggal kat luar sorang2. Padan muka,sape suruh bangun awal.

Dah 9 bulan, perjuangan breastfeeding masih diteruskan. Alhamdulillah..semoga rezeki ini berterusan. Amin.

2 comments:

  1. kejap jer anak-anak kite ni membesar kan..

    ReplyDelete
  2. serius comel dia nganga2 gitu..kemain emosi btl.. haha.. saif ooo saif..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...