Monday, February 4, 2013

Tolonglah prihatin dengan keselamatan anak

Hari Jumaat yang redup, saya bersenang-lenang melayan blog sambil sekejap-sekejap mata memerhati Saif yang leka bermain merayap sana sini.

Tetiba terperasan Saif senyap je. Biasanya kalau Saif senyapppp je maknanya ada la tu 'jenayah' yang dia tengah buat.Saya jengah tengok dia tengah tunduk. Saya sergah, HAAAHHH!! Terperanjat Saif. Saya tengok Saif tengah kunyah-kunyah sesuatu. Allahh..apa plak yang dia kutip kali ni.

Saya korek mulut Saif, terasa objek keras. Eshh..apebenda ni. Masa tengah korek-korek tu, tetiba Saif tertelan benda tu. Macam tercekik, panik gila da masa tu (teringat kisah anak MommyCha tercekik epal). Saif da menggelupur. Cepat-cepat saya angkat Saif tonggengkan dan tepuk kuat-kuat belakang Saif. Bluweekk..benda tu keluar dari tekak tapi masih tak keluar dari mulut. Saya korek lagi mulut Saif dan berjaya keluarkannya! Fuuhhh..

Tau apa yang Saif dok kunyah tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
 Tau ni apa?

 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 Jawapannya - BATU!

Berderau darah saya bila tengok benda dalam mulut Saif tu adalah batu! Bayangkan la kalau betul-betul Saif tertelan tadi, macam mana nak keluarkan? Agak-agak perut budak halus macam Saif ni boleh hadam ke benda keras macam batu ni? (memang batu pun). Memang tak la dan saya tak sanggup nak bayangkan apa yang Saif (dan saya!) perlu lalui kalau nak keluarkan batu tu dari perut.

Sebab tu la beribu kali da saya selalu cakap dengan Encik Suami, rumah kena sentiasa kemas dan bersih. Ok, tak semestinya kemas tapi bersih menjadi kemestian. Kalau dah namanya bersih tu mestilah bebas daripada segala habuk, sampah dan apatah lagi batu! Kebersihan ni la yang akan menentukan tahap kesihatan dan keselamatan anak tau. Tau je la budak besar Saif memang la ni sedang melalui fasa kutip sana kutip sini. Bayangkan weii anak jiran saya kutip ulat gonggok masuk mulut. Yukkksss!

Rumah kena BERSIH! Ini yang saya selalu tekankan. At least seminggu sekali mesti mop lantai. Lagi2 lantai dapur sebab Saif selalu merayap nak 'tolong' mamanya di dapur. Nasib baik dapur jarang berasap kecuali hujung minggu so kurangla stress nak mengemopnya selalu. Karpet juga kena dibersihkan selalu. Sometimes tak perasan pun ada semut kat karpet, tau-tau je badan anak da merah-merah kesan kena gigit semut.

Haa..saya nak tambah sket pasal isu bukak katil sebelum ni. Ada kawan saya tanya, "Eh, memang kena bukak ke? Tak bukak tak boleh ke?"

Jawapan saya senang je, terpulang pada sejauh mana buasnya anak masing-masing. Tak pun cuba korang jawab soalan di bawah :

1. Anak korang time tidur buas tak berguling sana-sini?
2. Anak korang ada tak bangun pukul 2,3 pagi dan gigih bermain dengan aktifnya atas katil?
3. Anak korang tak pandai turun katil sendiri dengan sopannya kan?
4. Anak korang jenis ngempeng malam so memang tak boleh nak asingkan dia tido tempat lain, tido kat toto bawah contohnya?
5. Design bilik korang jenis ada dinding belok2 macam segitiga so tak boleh rapat katil ke dinding?
6. Anak korang da pernah jatuh katil lebih 3 kali?

Jika kebanyakan jawapan korang adalah Ya, so buka katil boleh jadi satu keperluan. Tak semestinya satu kemestian tapi boleh jadi satu keperluan. Bagi 6 soalan di atas, jawapan saya memang Ya kecuali no.6 sebab saya da ambil langkah pencegahan terlebih dahulu sebab saya da ble nampak risiko, hazard dan bahaya di situ.

Point saya di sini adalah keselamatan anak adalah yang paling utama duduk ranking no.1 gitu dalam carta. Sedih bila dengar baby lemas dalam baldi bila merayap sendiri ke bilik air, bapa tertindih baby ketika tidur hingga lemas, baby koma jatuh katil, baby tercekik penutup air tin. Ya Allah..sedih saya dengar. Ya la, benda kalau nak jadi memang akan jadi. Tu da qada' dan qadar. Tapi kalau kita da ambil langkah pencegahan, at least sekurang-kurangnya kita da cuba menghalangnya daripada berlaku. Kalau jadik jugak, wallahualam tu da ketentuan-Nya.

Percaya atau tidak, setakat ni Saif tak pernah jatuh di bawah jagaan saya (jika hanya berdua!). Kat rumah bs, Saif pernah jatuh, dengan papanya pun Saif lagila da banyak kali tergolek dum dumm..Saya tak berniat nak memanjakan Saif. Even kalau dia nak memanjat pun, saya biarkan tapi dengan pemantauan. Agak-agak macam nak jatuh, saya da bersedia. Berbeza pendekatan dengan Encik Suami, katanya biarkan je dia jatuh. Bila da jatuh baru dia belajar. Tapi bila da jatuh melalak kepala bengkak, agak-agak sape yang kena pujuk dan jaga Saif? Saya jugak sudahnya!

Saif pernah tergolek ke lantai semasa belajar meniarap. Kepala kena lantai, tak kuat sangat pun, melalak je kuat. Kesannya maybe dia trauma, sejak tu memang dia tak pernah bergolek kat lantai. Even atas karpet pun tak berani. Dia hanya berani bergolek atas katil @ tilam @ atas mamanya.

Overprotective? Saya tak kisah dilabel overprotective. Tak salah pun nak overproctive, anak sendiri wei. Bukannya anak kucing ke atau anak beruang. Susah payah mengandungkan, melahirkan, takkan tak jaga betul-betul.

p/s : Kejadian kunyah batu tu TIDAK berlaku di rumah saya sebab tu saya bengang!


5 comments:

  1. nasib baik nampak .. budak2 memang suka kutip2 masuk mulut

    ReplyDelete
  2. YaAllah..nasib saif tak ape2..memang kena tgok anak n peratikan selalu..hai la anak..

    ReplyDelete
  3. budak2 mmg laju je die menelan barang2 yg tak sepatutnya kan..Anak s kat dlm perut die ntah berapa byk lah taik cicak die telan..huhuhu

    ReplyDelete
  4. arrrrr...takut nye! nasib la nadt perasan mse tu kan.

    ReplyDelete
  5. meh aku jwb soklan2 ko..he3
    1- ya
    2- tidak
    3- ya (tido atas tilam jek sbb xnk amik risiko)
    4- ya
    5- tidak
    6- tidak
    terima kaceh,,hhuhu

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...