Monday, March 25, 2013

Saif 10 Months





Alahaaiiii anak..sekejap je da 10 bulan rupanya. Lagi 2 bulan nak masuk setahun da. Entah apa-apa perangai la ni dok berkepit plak ngan puting tu. Dia dok selongkar dapur jumpa plak puting pastu dok harak sana sini. Padahal masa kecik-kecik dulu orang bagi tak mau pun, siap dibalingnya puting tu, tak sedap katanya!Tapi ni dia bukan hisap beria pun, dia buat gigit-gigit pastu ketuk-ketuk kat lantai. Gatal gusi kot sebab lagi 2 gigi atas da keluar. Maknanya la ni da masuk 6 batang gigi kesemuanya. Good job son!

Alhamdulillah..semakin besar ni nampaknya semakin mudah dihandle. Pelik jugak bila orang kata lagi senang jaga anak newborn, kalau da besar nanti lagi susah nak jaga. Setakat ni takdelah rasa susah pun, rasa lagi senang ada la sebab dia da  pandai ikut sendiri kita nak pi mana pun. Cuma kena pantau kelasakan dia la sebab suka memanjat sana sini. Arahan pun dia da paham sikit-sikit. Kalau kata “NO”, “STOP!” then Saif pun stop sekejap daripada jenayah yang dia nak buat then buat muka sengih sambil kenyit-kenyit mata. Rasa nak lempang laju-laju, geram comel sangat!

Main jelir-jelir lidah plak. Ni papa yang ajar.. (-_-')

  Da share belum ek gambo aksi kamikaze ni?

Start bulan lepas lagi la ni setiap hari saya latih Saif untuk tatih. Anak kalau tak dilatih mana dia nak tau. Saif agak suka la tatih ni, dia akan melangkah dengan excited even terhuyung-hayang. Makin berani lepas tangan bila meniti kat sofa tu. Kekadang dengan selamba dia bersandar kat sofa, lepas tangan padahal badan terhuyung hayang lagi. Aiii..berani betul.

 Ni dia selamba lepas tangan 2-2 tapi badan masih sandar kat sofa la..

Masih dengan perangai suka bangun awal pagi seawal Subuh. Macam pagi tadi, papanya bangun pukul 5.30 pagi nak siap-siap pergi work, dia dengar bunyi pintu terbukak je terus automatik berpusing bangun dan terus merangkak menuju pintu bilik air. Padahal tengah tidur masa tu! Telinga lintah betul. Tapi lepas je papa balik, Saif pun merengek semula ngantuk. Bagi susu, tido semula. Senang mama nak beroperasi sebelum pergi work.

 Muka bucukk mengantuk bila nak pi umah pengasuh, tu la sapa suh bangun pukul 5.30 pagi. Pastu bising nak tido.

Haaa..yang bestnya Saif da pandai lambai tangan bye bye. Agak lama jugak latih Saif untuk bye bye ni. Start 7-8 bulan kot saya da latih bye bye setiap kali tinggalkan dia kat rumah pengasuh. Kebiasaannya dia akan buat selamba sambil mata sibuk nak tengok pokok la, ayam la, kucing la. Buat tak heran je mama dia nak pi work. So pada hari yang bersejarah tu, macam biasalah saya bye bye tapi tak pandang pun Saif sebab nak tutup pintu. Tetiba pengasuh kata “Eh, Saif bye bye la.” Bila saya toleh tengok memang betul la dia bye bye. Elok plak tu dia bye bye dengan lambaian yang betul. Terus saya patah balik peluk Saif kiss kiss muah muah semua. Terharu anak da pandai bye bye rasa nak menitis air mata. Haha..drama queen betoiii!

Macam biasa Saif masih dengan perangai susah nak makan. Dah la minum susu sikit (still 3oz), makan pun ikut mood. Ada masa mood ok dia makan banyak sampai habis semangkuk. Datang mood ke laut,makannya tak sampai 10 suap pun. Ada satu masa tu dia nganga je setiap kali orang suap. Kita pun excited anak selera makan ni, suap..suap..dan suap lagi. Rupanya dia dok kumpul kemam makanan tu semua dalam mulut. Perasan bila tengok pipi makin kembung pastu makanan tu mula meleleh keluar dari mulut (mulut masih tutup rapat). Lama-lama dia tak tahan, dia luahkan semula semua makanan dia dok kumpul tu. Aiii..sabo je la. 

10 bulan dan saya masih terus berjuang habis-habisan untuk terus bf Saif. Teruskanlah murah rezeki anak ini Ya Allah. Amin.

8 comments:

  1. comeii nye kembar afiq ni..
    makin hensem die.

    ReplyDelete
    Replies
    1. afiq pun makin hensem cam saif gak la.huhu..

      Delete
  2. agaknye saif dah xnk mkn y lembik2 kot..kena masak bubur @ nasi lenyek..kot..kata org2 tua la..
    ank aku dah lama pandai lmbai2..tp gigi br je kluar 2 btg..he3..
    & baru pandai memapah ni..lepas2 tgn..
    minum pon 4-5oz je sekali minum tu..
    syukur alhamdulillah..tido mlm mmg nyenyak sejak 5 bulan..
    masa br lahir - 4 bln...tuhan jela tau menyengkang mata ni ha..sampi kuyus ibu nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saif da x makan bubur da. dia memang makan nasi je la ni tapi nasi lembik la masak nasi tu buh air lebih. dia memang tak suka minum, tak suka makan. yang dia suka adalah mainnn!!mmm...

      Delete
  3. Boleh ajar bye2 ye?ee,comel.nak ajar anak gak la.part jelir lidah tu yg x thn tu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..kena ajar baru la anak tau. anak follow je apa yg kita buat.

      Delete
  4. Da lama takdengar update saif and mama nye. hehe. kitorang semua rindu putri kat group whatsapp tauuu. nanti jangan lupa sroh anna add ke group k. hihihi. btw saif makin encem!

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...