Friday, April 12, 2013

Alahai Couscous

Malam tadi dok perah idea lagi nak masak apa la untuk bekal Saif esok. Hari-hari nasi dengan sup dok la rotate sup ayam, sup ikan, sup sayur, sup telur, sup kentang..bosan. So terfikir nak buat macaroni goreng je la senang.

Bukak-bukak gobok dapur, benda pertama yang saya nampak adalah kotak Couscous. Eh, serius lupa ada beli bendalah ni rupanya. Terus tukar niat nak masak couscous la plak.

Kotak couscous

Sayang plak nak buang kotak tapi tak buang menyemak plak. so gunting perkataan couscous dan tampal kat bekas. jangan lupa expired date.


First time tengok rupa couscous ni, butir-butir halus rupanya macam biji sagu. Saya ingatkan macam honeystar tu.huhu..

Rupa couscous. camni rupanya. main beli je.

Berdasarkan pembacaan saya sebelum ni, couscous ni part of pasta. So saya pun dok la rebus couscous tu macam rebus pasta biasa. Bila da rebus baru tergerak hati nak tengok instruction masaknya macam mana. Ambik balik kotak, tengok instruction, laa...tak payah masak pun takpe. tuang air panas pun shoul be ok. Takpelah, masak pun boleh gak. Would be better la kan sebab betul2 masak. (sedapkan hati).

Ok, dalam 10 minit gitu saya tengok couscous saya apa sudah jadi. Dia sudah kembang. Tapi tak macam yang saya expect. Saya expect dia kembang macam sagu tu ha. Tapi ni kembang malu-malu gitu. Termenung jap. Sebab saya cadang nak buat couscous goreng (kononnya couscous tu ganti nasi la kan)., tapi macam tak sesuai je. Blur kejap. Pi bukak internet, pi la dok google resepi couscous untuk baby. 

 Rupa couscous setelah direbus. Macam nasi hancur.

Dan hasilnya...taraaaa!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Macaroni goreng!


Sebab saya rasa saya da silap dan saya tak tau nak buat apa, saya buang je couscous tu dan rebus macaroni plak. Yeahhhh..itulah menu bekalan Saif hari ini. Macaroni goreng! Yeahhhh! Entah apa-apa ntah!


3 comments:

  1. hehe...cam kelakar je..igtkn jadi menu cous2 dh tadi...nak tau jugak coz tak pernah try lagi...last2 jadi macaroni ek...salam perkenalan sis..jemput singgah blog saya..

    mamiairis.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. haha..klakar la nad..lelaju tengok gambar bawah ape jadi dengan cous cous tu..tetiba dah tukar da...hahahhahaha..ok lawak..

    ReplyDelete
  3. tak salah mencuba sesuatu yg baru kan:belum cuba belum tahu....ana pun tak pernah guna cuma dgr je kat cooking channel....salam ukhwah dari anajingga.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...