Monday, April 1, 2013

Apa kaitan sikat rambut dan gigi jarang?



Korang pernah dengar tak orang tua-tua kata, jangan sikat rambut anak, nanti gigi anak jarang macam gigi sikat tu haa..penah dengar tak?

Bila ada anak, perkara yang saya sangat jaga adalah tak boleh sikat rambut anak. Saya takut betul kalau gigi Saif jadi jarang. Hilang comel di situ. Even sampai sekarang pun sikat pun Saif takde. Lagipun rambut Saif tak lebat sangat so just sikat guna jari pun boleh.

Ada kawan tegur, "Eh, sikat la rambut anak kau ni. Serabut aku tengok."

Saya jawab dengan selamba, "Mana boleh sikat. Nanti gigi jadi jarang."

Betapa kuatnya saya berpegang pada mitos dan kata-kata orang tua. Maybe saya takut bila tengok gigi anak buah saya si Aina bam bam jarang. Kurang sket kecomelan bila sengih gigi jarang. Hehehe..

Actually secara saintifiknya takde kaitan pun gigi jarang dengan sikat. Tak tau la kenapa orang tua cakap macam tu, ikutkan je. Biasanya pesanan orang tua ni ada la sebab di sebaliknya kan.

So, gigi Saif macam mana?

Memula tumbuh of course la jarang kan. Gigi atas Saif tu macam jadik gigi kapak..besar.. tapi masih belum rapat sepenuhnya. Seiring tumbesaran gigi tu, makin lama ia makin rapat. Tapi masih ada jarang sket. Mula suspek, ni mesti pengasuh Saif sikat rambut dia ni..eishhh...

Gigi jarang pun senyuman maintain manis.. :)

Kamu semua sikat tak rambut anak?

2 comments:

  1. yana sikat adalah wajib..sbb aisyah curly2 hair kl tak maknyer ni sakit mata kl serabut..haha..petua ni kl kita caye nt jadi betul tau..kihkih

    ReplyDelete
  2. mmm...tak tau lak ek..y pasti aku xpenah sikat rambut anak dara aku tu...x lebat mana pon rambutnye..he3

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...