Wednesday, April 3, 2013

Cuci-cuci rumah

Dah lama sakit mata tengok sliding door yang makin kotor dan kelam. Grill pun makin berhabuk siap ada sarang angkut-angkut lagi. Tak suka. Nak cuci, tapi takde masa. Eh, masa tu ada cuma situasi tak mengizinkan. Mana gaya nak mencuci dengan Saif yang comfirm rajin nak tolong sekali (elehh..alasan!)

Kalau kat bandar ada la ProCleaners kan senang. Sini mana ada ProCleaners bagai tapi dont worry be happy sebab kita memang ada cleaner iaitu cleaner opis! Hasil testimoni menggalakkan daripada rakan, saya memberanikan diri mempertaruhkan duit untuk mengupah orang cuci rumah. Katanya hasil keja tip top. Kawan saya kata kat rumah dia, kalau ada kain baju berlonggok pun cleaner tu akan lipat! Siap spender laki kawan tu pun dia lipatkan. Haha..

Memula propose perkara ni kat papa Saif, dia kata tak payah. Rugi duit. BUAT SENDIRI JE. The problem is BUAT SENDIRI ITU da berbulan-bulan disebut tapi tak buat-buat pun. The best part is BUAT SENDIRI itu merujuk kepada saya la yang kena buat sendiri tu. Tak boleh jadik, propose lagi, barulah papa Saif setuju dengan syarat cuci semua, bukan setakat cuci sliding door je, barulah baloi. Pastu harga mesti la mau paling murah. No hal my dear hubby bucuk-bucuk!

Pagi saya call mintak dia datang rumah, petang lepas abes kerja dia datang. Dia adalah seorang cleaner bangsa India, tua tak tua sangat la tapi saya panggil dia Aunty. Kekadang terkeluar kata-kata 'I' 'You' 'I' 'You'. Segan sebenarnya nak menyuruh orang buat keja umah tapi tetiba perasaan 'mem besar' datang "Eh, aku bayar pe. Suruh je la kan."

Niat hati nak suruh dia cuci sliding door, grill, tingkap dan simen garaj kereta tu je. Tu yang paling utama. Tapi dia sampai-sampai terus angkat karpet, tikar bagai sume ambik penyapu terus sapu. Siap dengan siling, dinding, kipas sume dia sapu (eh..tak perasan pun ada habuk dan sawang di situ. :p). Pastu mintak kain buruk pulak, dia nak lap perabot semua. Perghh..licin bersih perabot semua. Pastu mop bersih-bersih lagi plak tu. Hati rasa berbunga-bunga.

Da setel bab tu, baru la dia cuci sliding door n grill. Simen depan tu pun dia berus sekali. Tu yang penting tu sebab kekadang Saif terlepas keluar, kotor situ eiishh..kuman! So ni dia da bersihkan ngan Dettol lagi. Baru la rasa bebas kuman sket. Hehe..

 Nampak tak gigihnya dia cuci sliding door tu? Tu getah baru tu saya beli khas sempena dia nak datang rumah cuci sliding door.

Last sekali saya suruh cuci blind kat dapur yang da hitam. Nak cuci sendiri geli. Hehe..Entah macam mana dia ble plak tarikh-tarik blind tu naik ke atas pastu tak boleh turun. Pastu bila saya tarik tali tu nak turunkan semula, terus paaappp! Blind tu jatuh! Ahhh..hilang rasa berbunga-bunga. Tak pasal-pasal tingkap dapur kena tutup dengan suratkhabar sementara tunggu papa Saif balik kot boleh pasang semula blind tu.

Keseluruhannya, puas hati! Nak bagi 5 bintang tapi sebab blind jatuh, tolak la setengah bintang jadikla 4 setengah bintang (walhal saya yang jatuhkan blind tu apekehal nak tolak bintang orang plak..). Hehe.. hasil kerja memang tip top. Semua bersih licin dia cuci dan lap. Even kuali yang papa Saif guna minggu lepas buat bakar roti tapi saya saje malas nak basuh pun dia basuhkan siap gantung lagi. 

Haha..seronok gak macam ni. Sesekali tak salah kan. Pantas buat kerja, 2 jam siap semua. Kalau saya maunya sehari pun belum tentu siap sampaikan papa Saif buat rule hari minggu tak boleh buat keja rumah, rehat je golek2 depan TV tengok cerita hindustan sebab saya akan ambik masa yang amat lama untuk buat keja umah. So saya hanya ada masa pada hari bekerja saja untuk kemas rumah. Malam lepas Saif tido barulah pung pang menyapu mengemop bagai. Phewww..bukan mudah nak jadi supermak ni tau.

Haaa..mula la berangan kalau ada maid bestnya, ringan segala kerja. Boleh 24 jam hadap anak dan laki ja.

7 comments:

  1. bagusla kalau dia boleh buat semua.. cantik bersih puas hati

    ReplyDelete
  2. hahaha..nak hadap anak ngan laki je ek??haha..tapi betul la nadt,rasa letih sgt kan bila da sampai rumah lps keje..slalu konon nk tunda hr minggu sudahnya naik keje isnin letih sakit tulang temulang..hahahaa..go go supermak!

    ReplyDelete
  3. Berape charge?? Area mane ek..?? Rekemen sikit nadt... ;p

    ReplyDelete
  4. as salam..
    betul tu..tiada istilah rileks untuk seorang isteri & ibu kecuali time tido.huhuhu...

    ReplyDelete
  5. nk mintak no phone org kemas umh tu blh?bapa charge..

    ReplyDelete
  6. berapa charge....?area mana?nk mintak no phone blh?

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...