Wednesday, April 10, 2013

Killing Me Softly


sumber : google

Dalam kalangan geng-geng saya, ada satu istilah yang kami guna iaitu "Killing Me Softly". Actually istilah ni datang daripada lagu Killing Me Softly-korang biasa tak dengar lagu ni? Tapi tajuk lagu ni kami istilahkan menjadi maksud tersirat yang merujuk pada orang-orang sekeliling yang dalam diam 'membunuh' orang lain.

Dunia kerja biasalah berlaku situasi tikam menikam ni. Ada yang menikam dari belakang, yang lebih berani menikam dari depan. Tapi orang suka main tikam-menikam ni biasanya kita boleh detect orangnya macam mana. Biasanya jenis yang outspoken, laser, jenis tak rasa bersalah menyakitkan hati orang. Rasa lagi bangga ada kot.

Tapi manusia kategori "Killing Me Softly" ni adalah orang yang biasanya kamu tak akan sangka dia akan buat macam tu. Orangnya pendiam, lemah lembut, nampak berbudi bahasa..tapi pada satu ketika bila timbul konflik antara kita dan dia, naluri 'pembunuh'nya menjelma. Tu yang jadik "Killing Me Softly" tu. Dalam lemah lembut, dia tikam kita!

Saya kalau kena tikam dengan orang yang memang jenis suka menikam tu, boleh redha kot sebab kita da tau memang perangai dia macam tu. Tapi kalau kena tikam dengan manusia "Killing Me Softly" ni, perghhh..dia punye pedih lebih pedih daripada biasa tau sebab kamu tak akan sangka yang dia sanggup dan boleh buat macam tu. 

Mungkin dalam diam, dia ada ketegasan. Tapi dalam ketegasan tu rasanya tak perlu kot sampai nak menikam orang lain. Bukannya saya tak explain masalah yang saya hadapi, tapi tu la masalahnya. Tak faham, tidak cuba untuk faham atau buat-buat tak faham. Kemudian nak bising-bising, nak ngumpat-ngumpat belakang. Sedangkan masalah sebenar bukan berpunca daripada saya, tapi daripada orang lain. 

Geram ada..sedih pun ada..sebab kita ingat orang macam ni boleh faham situasi kita tapi rupanya sama je dalam diam "Killing Me Softly"!!!!

p/s : ini adalah post bebas. tiada kaitan dengan sesiapa pun. jangan ada yang jadikan isu sudah!

2 comments:

  1. ish bahaya woo kalau ade kawan macam nih..ish2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau da macam ni da bukan kawan namanya..

      Delete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...