Thursday, April 25, 2013

Kotak Harta Karun

Kotak ni dah lama jadik peti simpanan harta karun saya sejak zaman bujang dulu. Asalnya adalah tempat simpanan brooch sebab saya suka kumpul brooch. Tapi lama kelamaan brooch saya makin susut bilangannya. Kemudian bila nak cepat, saya sumbat je macam-macam benda dalam kotak ni. Senang nak travel bawak terus satu kotak ni. Yang bestnya kotak ni ada banyak partition so lebih organize di situ.

Disebabkan busy sokmo, kebersihan dan kekemasan kotak ni memang selalu diabaikan. So hari ni semangat sikit nak bersihkan. Sebelum tu keluarkan segala isi perut harta karun. Then guna wet wipes Saif dan lap keseluruhan. Takde la lap beria sangat, asal rasa bersih ok da - saya tak capai tahap hygiene freak lagi. Da bersih, susun je la balik ikut family masing-masing. Brooch dengan brooch. Barang kemas dengan barang kemas. Getah rambut dengan getah rambut. Gitu la kisahnya.

SEBELUM
 Yarabbi - bercampur-aduk. Yang putih2 tu sisa bedak sebenarnya.

 SELEPAS
Barula sedap sket mata memandang ye dak.


Kawan-kawan sekalian : Mintak tolong klik SINI ye. Terima kasih.

5 comments:

  1. ni biasanya org buat utk letak tools macam paku segala tu kan? tp awak mmg kreatip!! saya S.U.K.A..!!! dan gambar after tu sangat indah..what a relief feeling kan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye toolbox tempat letak paku.hahaha..

      Delete
  2. Hanyer sikit perbahan terus jd menarik dan kemas kan..:-) suker idea letak dlm box tu..:-)

    ReplyDelete
  3. bagussssssssssssssssss!!!! idea ni..suke2 sgt!

    ReplyDelete
  4. bagus guna kotak gini..banyak space..macam2 leh simpan..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...