Wednesday, April 24, 2013

Light Cheesecake Gebusss

Haii..hari ni mama Saif fefeeling jadik chef nak cerita cara-cara buat kek ye. Namanya pun nak jadi supermak so kena la terer serba serbi (terer la sangat). Tetiba je rasa nak buat cheesecake yang gebu macam kat Jusco selalu jual rm10 tu. Haa..terus google "resepi cheesecake gebu." Terus la keluar resepi, tiru sajalah. Kalau korang was-was dengan resepi saya ni ble cek semula resepi asal dari blog Kak Hasue.

First, kenalah introduce dulu bahan-bahannya. Mudah je, perlu 7 jenis bahan je.

Bahan-bahan :
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Seterusnya adalah cara-cara nak buatnya. Senang je.

1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk.


2.Masukkan pula butter/marjerin,kacau lagi sehingga cair. Cukup sekadar butter tu cair, tak perlu sampai mendidih. Padamkan api dan ketepikan.


3. Asingkan putih telur dan kuning telur.


4. Pukul putih telur sehingga berbuih then masukkan gula halus sehingga menjadi meringue.


-meringue ialah adunan putih telur dan gula yang betul2 ringan, bila pekat tu kita tarik whisk tu dia jadik bertanduk dan tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan. See gambar di atas? Magic kan tak tumpah. Kegebuan kek ni bergantung pada kegebuan meringue ni. Kalau meringue tak jadik maka tak jadik la kek korang nanti. Tips : Make sure bekas yang digunakan untuk pukul meringue ni benar-benar kering, tak boleh ada setitis air/minyak pun.


5. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang. Kembang sket2 pun da kira ok.


6. Then masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika.


7. Ble la titikkan esen vanilla/perahan lemon.


8. Ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan.



9. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2).. (Agak musykil dengan gambar ni. Tangan kiri pegang bowl, tangan kanan pegang senduk. Macam mana saya ambik gambar ni? Pakai gigi ke..kaki ke..musykil (o_0)' )


- dah diadun sebati -

10. Gris acuan kek dengan marjerin then taburkan tepung pada keseluruhan loyang tu. Tujuannya supaya kek  tidak melekat dan mudah dikeluarkan. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.


11. Bakar pada suhu 150 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar). Part ni paling mencabar sebab oven panas, nak menatang plak loyang isi air panas masuk dalam oven memang mencabar mental lah. Eh, da naik coklat oven saya ni. Tu tandanya rajin masak. :p


Hasilnya..taraaa!!!


Biar sejuk dulu tau baru keluarkan. Bila sejuk tu automatik kek ni akan renggang sendiri daripada loyang dan senang la nak keluarkan. Then sejukkan dalam peti ais baru la lagi sedap makan.

Sedappp..tak tipu. But saya rasa maybe next time kalau nak buat maybe ble lebihkan sket cheese tu kot bagi rasa cheese tu lebih naik. Bawak balik kek ni ke KL bagi anak buah makan, diorang suka! Padahal minggu sudah mama diorang belikan kek yang sama kat tesco tapi diorang takmau. Yang saya buat ni diorang suka plak. Tak tau la kot nak bodek hati aunty kan. Seronok tengok orang suka makan.

Komen papa Saif : "Sedap. Sama macam yang beli kat Tesco/Jusco. Berapa kos buatnya ni? Susu rm3.90, telur 3 biji kira singgit la..tepung 80gm..bla..bla..ok..kos keseluruhan lebih kurang rm8. tapi tesco punya portion kecik. maybe satu adunan ni ble buat 2 portion. 1 portion rm10, 2 portion rm20. Dengan modal rm8 ble save rm12. baloi la buatnya.."

See? Buat kek pun kena kira belanjawan tau!


p/s : Kawan-kawan sekalian : Mintak tolong klik SINI ye. Terima kasih.

20 comments:

  1. seriously terliur..! btw, bahan dia x banyak eh. memang nak buattt :)

    TQ! :)

    ReplyDelete
  2. Terliur plak nengoknya..memang gebus gebas..
    Kn jimat wat sdri pastu leh mkn ulg byk kli..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tu tujuannya,nak ulang makan banyak kali.hihi..

      Delete
  3. gebusss!! mau cuba tapi takde mesin putarrr tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..takde mesin putar tu susah sket la nak buat meringue tu. nak guna handwhisk berjam2 kot baru kembang nnt.

      Delete
  4. wahhh...! ini mmg peberet saya! serious! ada gmbr step-by-step lagi! harus cuba!

    tx for sharing..i like.. =)

    p/s gmbr kek tu gebus..terliuq jap..

    ReplyDelete
  5. Wah memang gebu kek tu,cantik :)thanks 4 the recipe^^

    ReplyDelete
  6. sedapnya...nnt boleh try...

    salam perkenalan sis..

    mamiairis.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. nak tempah!
    hehe..mmg nmpk gebuss giler kebaboom ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..nak tempah ke.malu la den nak tempah2 ni. campur kos minyak tol sume nanti jadik lagi mahal karang baik beli kat tesco.huhu..

      Delete
  8. nak buat!!!tapu kene ade msin tuhhh..trus patah semangat.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli la mesin tu murah je. tak sampai seratus pun harganya. boleh guna sampai bila-bila.

      Delete
  9. nk lebih rasa cheesy guna cream cheese philadelphia..mahal skitler..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups..ble gak guna philadelphia lebih cheesy. tapi time ni buat guna apa yg ada je dlm petiais.huhu..

      Delete
  10. hi sy br kt cni...

    waaa sedapnye....teringin nk try...tp kelengkapan xde....huhu...

    salam perkenalan
    syida85.blogdspot.com
    ^_*

    ReplyDelete
  11. aaaa sedapnyaaaaa..anis salin resepi ye..suka sangat kek ni..selalu beli..

    ReplyDelete
  12. Wah sedapnye...bole try ni..

    ReplyDelete
  13. salam...
    nmpk best, gebuuu je.. kite mmg jatuh chenta dgn cheesecake jusco..
    nnt kite copy resepi ye.. tQ :)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...