Friday, April 26, 2013

Masak Singgang Untuk Saif

Semalam ambik Saif daripada rumah bs, saya perasan Saif macam selsema. Takdelah tahap kejap-kejap sroott sroott tapi sesekali bila bersin tu meleleh hingus gak la. Pastu kejap2 nak tenyeh hidung. Tambah tak best bila sesekali dia batuk jugak. Even macam tu pun, Saif aktif macam biasa so tak risau sangat la.

So untuk bekalan Saif hari ni saya decide nak buat masak singgang ikan siakap. Kunyit kan bagus kalau selsema. Kebetulan ada ikan siakap dalam petiais so try la buat. Tak tau la Saif suka ke tak.

Bahan-bahannya : Seketul ikan siakap, bawang besar holland, bawang putih, halia, kunyit dan asam keping sket


Panaskan air dalam periuk then campak je semua. Tutup periuk then biar je dia masak sebati menggelegak. Giler kacang.


Siap! Oh ye, bila da menggelegak tadi saya masukkan carrot. Wajib ada sayur dalam menu Saif.



6 comments:

  1. klu masuk carrot last, empuk tak?

    btw, comeller cutter carrot tu..beli mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena masak lama sket la nak bagi empuk. carrot tu i am very profesional takde guna cutter, ukir sendiri je then hiris.hahaha..professional la sangat.

      Delete
  2. sedapnyaaaaa...nak try jugak ni..hannah dah jemu makan bubur..nak buat kelainan lak kat die..

    ReplyDelete
  3. eh, lauk ni ciknaa buat utk diri sendiri boleh dop?
    pastu lebih baru bagi ke afiq.. hahaha.. jahat!

    ReplyDelete
  4. Nice recipe. Senang je buatnya.Tak terpikir pulak nak masak singgang untuk Aqil. Maybe sebab mama dia tak berapa suka singgang. Tapi nak cuba lah untuk Aqil Mana tau mamanya tak berapa suka tapi Aqil suka kan :)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...