Tuesday, April 2, 2013

Pasta Baby

Takde la baby sangat pun. Mama baby pun ngapp sekali pun sodap. Saja-saja tukar menu, boring ar asyik nasi je kan. Lagipun saya perasan Saif ni kalau direct makan nasi comfirm sembelit. Bila tukar-tukar menu, barulah lancar. So alternatif sebagai seorang ibu kenalah try n error macam-macam menu kan.

First - Macaroni with whitesauce ala carbonara.

  1. Macaroni rebus sampai betul-betul lembut, then toskan.
  2. Tumis bawang putih (dicincang) dengan unsalted butter.
  3. Masukkan tepung atta lebih kurang sesudu. Kacau sebati, tambah air takmau bagi berketul-ketul.
  4. Masukkan ayam cincang yang telah direbus (sebab malas nak masak lama-lama).
  5. Last sekali masukkan cheese. Cheddar cheese abes so derhaka masuk cheese slice tu ha. Ok la, cair jugak yang penting menjadi.
  6. Kacau sebati, siap! Then sebab nak bagi lagi sebati, saya blend plak lagi sebab nak bagi rasa ayam lebih bersebati.
  7. Bila nak makan, baru la curah whitesauce ni atas macaroni tadi. Nak cantik sket ble la tabur mixherbs kot tapi saya tak letak. Tak menjadi dosa pun. 

Memang sedap kalah carbonara Prego ke Campbell bagai tu. (Up diri sendiri nampak??)


Second - Macaroni goreng.

  1. Macaroni rebus sampai betul-betul lembut, then toskan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar holland hingga naik bau.
  3. Masukkan lobak merah dan kobis bunga yang telah dicincang halus.
  4. Masukkan ayam cincang yang telah direbus terlebih dahulu.
  5. Lastly, masukkan macaroni tadi. Gaul-gaul sebati, siap!
Resipi mudah, pagi-pagi sebelum pi kerja pun sempat buat tapi bahan-bahan semua kena siapkan dari malam la. Boleh juga ganti dengan jenis-jenis pasta yang lain.

Rupa budak nak main sudu. Macaroni penuh dalam mulut tu. Nyummmyyy..

 Pastu khayal tengok TV. Asalkan kamu nak makan ye nak..Kamu tak nak makan, mama abeskan. Ngappp!!

4 comments:

  1. sdpnya tgk..nak wat utk airiell lah

    ReplyDelete
  2. amboiii sdapnye, rin pernah buat, aish xmo mkn, dia muntah, byk kali buat ttp xmo, btw cheq beli lion kt preloved shop yg cheq x recommend, brg ok, tp kemain lmbat dia reply, jenuh menunggu haih, dh byr pun dia buat diam je, smpai rin igt kena tipu, call x angkat, bile whatsapp petang buta baru reply, takut cheq dia lari bersama duit 100 cheq yg x seberapa tu..haha

    ReplyDelete
  3. anis salin resepi ni..dah beli bahan semalam..hihi..nak buat tuk hannah sabtu ahad nih..tq share resepi yang.. ;)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...