Thursday, April 11, 2013

Saif pun da ada LION!

 

Haaa..akhirnya yang diidam-idam da sampai. Serius sangat la tertunggu-tunggu. Lagi pulak Hanikimu kata parcel maybe lambat sampai within 10 days gitu sebab hantar guna pos biasa. Alamak..bila dengar 10 days tu rasa macam lamanyaaa..Tuppp..tupp..hari Selasa sampai da. Saya order pagi Jumaat, pagi Jumaat tu jugak Hanikimu pos, then Selasa pagi da sampai. Mamanya rasa nak meloncat bila opis call kata ada parcel sampai. Hehehe..

Apa istimewa sangat lion ni? Mentang-mentang la Aish ada, Saif pun kena ada jugak??  Ohhh..tidak. Bukan begitu. Memang saya akui saya jatuh cinta bila tengok lion Aish. Tapi bukan itu sebab musabab utamanya. Saya memang nak belikan ride on macam kereta tu la untuk Saif tu. Tapi bila saya tengok lion Aish, wahhh sangat marbeles. 2 in 1. Memang tepat pada masanya sebab Saif memang tengah proses tatih nak belajar berdiri dan berjalan. So lion ni memang sangat sesuai untuk merangsang pergerakan psikomotornya.

Selain tu, lion ni ada lagu dan lampu. Itulah tarikan utamanya. Saya yakin Saif mesti teruja bila tengok lampu kelap kelip kat hidung lion tu nanti. Tambah plak lion tu ada jambul gitu, ia bertindak merangsang deria sentuh anak kita ya.

Lagipun, ni kira hadiah besday Saif la in advance. Awal sebulan lebih kot. Hahaha..mama tak menyabor.

Ok, sampai je rumah terus tak sabar nak bukak. Rasanya mamanya lagi excited daripada Saif. Saif macam relax je tengok kotak terbentang tengah rumah. Baru je nak koyak sampul kotak, tetiba hp bunyi.

"Hello..ini kedai toshiba. saya da kat depan rumah mau tengok itu u punya kipas sama washing machine..eh..silap..itu peti ais."

Adoii..spoil betul orang tengah excited, datang plak orang kedai nak tengok kipas n peti ais. So pung pang pung pang nasib baik diorang pun tak lama sangat so ble sambung agenda yang tergendala tadi.


Kembali pada kotak tadi. Ok, kotak. So bukak la sampul kotak tu. Bukak-bukak je tetiba ada bunyi lagu. Oooo..tertekan hidung lion rupanya. Hidung lion pun kelip-kelip ada lampu color purple. Saif pun apa lagi punye la excited tersengih-sengih. Kan da kata da Saif mesti suka punya la. Dan-dan jugak dia terus main hidung lion tu dok tekan-tekan padahal tak keluar lagi daripada kotak.


Tolak Saif ke tepi jap. Keluarkan segala isi dalam kotak. Alamak..kena assemble sendiri da. Ingatkan da siap sebiji sekor tinggal naik je. Ehmm..nasib baik la mama kamu ni memang supermak ye. Apa lagi bertukar jadik McGuyver la plak. Punggah cari screwdriver, ada. Apa lagi dengan gigih dan tekun dok skru kiri kanan atas bawah. Rasa nak tembus je tapak tangan ni punyelah kuat dok tekan screwdriver sebab nak bagi ketat betul screw semua.

 
Nak tolong pasang katanya..

Haa..main roda pulak..mama nak pasang ni

Hasilnya tadaaaa! Lion yang comel sudah sedia untuk ditunggang!

 
 Ok, Saif jom main meh. Meh awak diri sini meh, belajar jalan ye.

 Eh, tak nak? Owh..awak nak naik lion ye, jap mama transform kan lion ni so awak ble naik ye. Meh naik meh.

 
Eh, tak nak naik jugak?Nak turun? Laaa..apasal plak? 

Ehmmm..rupanya dia lagi dok berkenan dengan kamera dslr saya ni ha! Sanggup dia sepak lion tu ke tepi sebab nak kejar kamera mamanya. Haiii..anak...anak..

Sambung main besoknya.

7 comments:

  1. huhuu,,mama nya yang eksaited. tapi bagus lah ada pembelajaran disamping main kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama memang selalu over excited.hehe..

      Delete
  2. untungla saif....mumy airiell xjd la beli lion tuh..sbbnya pg2 zirafah kt umah dh ada..mumy airiell beli 1 lg..jengjengjeng..tgu naty mumy airiell hapdet...bndanya xsmpai lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zirafah pulak? jengjeng tak sabar nak tengok..

      Delete
  3. Yeayy!!! jgn lupa off malam2..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..saif tak main je terus off..takut teringat citer erin

      Delete
  4. Ritu tak sempat nk beli medalah ni qaleef dah jalan dulu...ngeeee....

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...