Monday, April 22, 2013

Susah hati bila anak demam

Takde angin takde ribut tetiba je Saif demam. Pukul 2 pagi kot bila terjaga nak susukan Saif, rasa badan dia panas. Masa tu sedapkan hati kata takde pape kot sebab Saif ni memang spesis badan n kepala dia panas sket bila tido. Tapi tak lama tu masa nyusukan Saif, Saif bukak mata. Kemudian dok pusing kiri pusing kanan macam tak selesa. Pastu mula ekkk..ekkk..ahhh..sudah..nape Saif ni?

Ambik termometer tenyeh kat telinga, teett tengok suhu 38.2! aaahh..sah demam ni. Angkat Saif dodoikan dia, masa ni dia da mula merengek. Kejutkan papa Saif yang tengah sedap kroiiihh kroiihh minta ambikkan mangkuk isi air dengan tuala nak lap Saif. Terkebil-kebil kejap papa Saif apasal plak ble demam ni? Padahal sebelum tido tadi bukan main sihat walafiat bermain sampaikan tido lambat, kol 10.30 baru masuk bilik nak tido. Bukak baju Saif, lap ngan tuala basah. Apa lagi melalak la budak tu pagi-pagi buta. Bila suhu da turun sket baru dia dapat tido semula. Alahaiii..

Pagi Ahad tu terus pi klinik. Nak pi klinik faveret kami Klinik Norma tapi tutup plak. pi klinik lain tapi tak puas ati dengan consultationnya. Masuk bilik tanya "Nape ni?" Kita jawab la "Demam start kol 2 pagi."

Doktor cek suhu. "Ehmm..demam. Ok, saya bagi ubat demam. Ada selsema tak?"

Saya jawab "Takde. Just hingus meleleh sbab menangis ada la."

Tapi doktor kata "Mata dia berair tu tanda selesema. takpe saya bagi ubat selsema."

3,4 saat kemudian doktor tu kata "ok, saya bagi ubat demam dan selsema."

Saya masih menunggu bait-bait seterusnya kot nak menerangkan punca demam ke atau any latest virus or whatsoever.

Tapi takde. Dan doktor tu pun ulang kata "OK."

So dengan berat hati dan kurang puas hati saya pun bangun keluar. takde pun nak cek kot anak demam sebab sakit perut ke. Takde pun tanya ada rashes ke. Cettt..at least cakap la "Puan, pantau suhu anak puan ye. kalau 3 hari tak elok, suhu masih tinggi cepat-cepat ke hospital ye.sekarang ni memang musim demam.Cuaca kejap panas kejap hujan, tu sebab ble demam. bla..bla.."

Itu pun tak reti nak cakap ke. Interpersonal n intrapersonal ke lautttt! Baik saya je jadik doktor. Saya pun tau anak demam kena makan ubat demam.

Balik rumah sambil bebel-bebel dalam kereta. Seb baik bukan saya yang bayar bil.

 Demam ahad pagi..berlengging balut ngan tuala basuh. Elok je ble tido basah2 gitu. Ni da lepas makan ubat.

Siannya anak mama.. :(

Malam balut ngan kain lampin basah plak..elok je tak melawan even kesejukan. Pasrah. Sebelum tu masukkan ubat kat montot sebab suhu tinggi da cecah 38.7.

 Nangis bad mood taknak kena ambik gambar.

Cadangnya kalau Isnin pagi tak elok jugak, saya nak EL je. Tak sampai hati nak hantar anak tak sihat merengek-rengek kat orang. But Alhamdulillah, pagi tu dia bangun tido da sihat even mengada-ngada nak berkepit je dengan mamanya. Cek suhu pun Alhamdulillah da turun bawah 37. Lega..baru senang hati nak pi keja. Tak mo sakit-sakit lagi ye sayang.

Tak tau apasal tetiba demam. Papa Saif kata demam nak pandai jalan kot sebab malam Sabtu tu dia eksyen datang kat papa berdiri pastu lepas tangan. Huhuhu..




3 comments:

  1. klinik yg ade doktor ala kadar ni, pangkah siap2..tak payah pegi dah lepas ni..huhu..

    ReplyDelete
  2. siannya... moga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. xpe kak, demam nak pandai jer tu :-)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...