Tuesday, May 21, 2013

Kek Gula Hangus

Haiii..tuan puan..kakak kakak..adik adik..makcik makcik..kita bertemu lagi dalam episod baru Jom Taram Bersama Mama Saif dengan resepinya...Kek Gula Hangussss..Ada yang panggil kek sarang semut. Ada yang panggil kek sarang lebah. Tak kisah la apa nama pun ye. Kek ni memang la faveret makcik makcik semua kan, saya tau sebab mak saya pun suka buat kek ni. Buat kek ni sangat la senang. So tanpa membuang masa jom kita tengok apakah bahan-bahan dan cara-cara nak buat kek ni. (Kelasss kau berbahasa macam chef kan..)

Actually, papa Saif la request suruh saya buat kek untuk bawak ke potluck office kekdahnya. Plan asal nak buat cheese cake tapi sebab malas keluar rumah nak beli cheese so tukar plan buat kek lain yang bahannya memang da tersedia ada kat rumah la. So bila check bahan apa ada kat rumah, maka plingggg!! Keluar mentol idea buat kek gula hangus ni.

Amboii..panjang pulak mak jemah ni bebel. Ok.ok..jom kita tengok apa bahannya dulu. Bahan semua adalah senang disediakan sebab pakai sukatan cawan je, tak payah main timbang-timbang ye.

Bahan-bahannya :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu butter (tapi saya guna marjerin pun ok)
4 biji telur
1 cawan susu pekat manis (kira-kira 250 ml)
1 cawan tepung naik sendiri (tepung kek dalam kotak tu)
1 sudu kecil soda bikarbonat (ayak dan gaul terus bersama tepung)
Esen vanilla

Korang tengok bahan ni macam banyak kan. Sebabnya saya buat 2 adunan so bahan semua jadik double. Korang buat 1 adunan, ikut je resipi kat atas, jangan derhaka ye. Owh..gambar soda bikarbonat takde ye sebab saya da siap2 ayak dan campur dalam tepung.

1. Masak gula hingga cair dan menjadi keperangan. Ikut resipi dia suruh masak dalam periuk tapi saya lagi suka masak dalam kuali. Terpulang ikut mudah masing-masing.

Ni dia rupa gula yang da cair ye. Ni la gula hangusnya atau nak glemer sket kita sebut karamel.

2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Kamu test masuk dalam anggaran sesudu. Hati-hati sebab ia akan meletus berbuih ala-ala gunung berapi. Kamu tengok gambo tu berbuih-buih kan. Pastikan anak tak dok dekat dapur time ni, takut terpercik. Saya pun terperanjat bila karamel tu meletus even da diberi warning dalam resipi. hehe..Ok, just masukkan air sampai abes ye.

3. Ok, bila karamel da dicampur air, masukkan pula butter/marjerin. Gaul hingga cair.

Ni rupa karamel + air + butter/marjerin tadi. Tutup api. Biarkan je sementara kita buat part lain.

4. Ok..next step is kita kena pukul telur hingga kembang. Sape yang takde mixer jangan sedih hantuk kepala kat dinding ye. Boleh guna blender. :)

Pukul sampai betul-betul kembang dan pekat. Nak tau da kembang ke tak, telur tu jadik color putih sket dan pekat. Macam yang saya buat ni, dia kembang naik sampai jadi separuh bekas. So gunakan bekas yang besar ye.

Rupa telur yang da kembang dan pekat.

5. Then masukkan susu pekat manis pulak. Gaul rata.

6. Then masukkan tepung plak. Gaul sebati cara kaup balik. Masa ni secara magicnya adunan telur tu macam turun sebab ruang udara dah diisi oleh tepung. Jangan sedih, memang lumrah dia begitu. Gaul tu perlahan-lahan ye, jangan gaul beria-ia sangat dikhuatiri kek akan jadik terlebih mampat (tips ni).

7. Dah sebati tu, ble la titikkan 2,3 titik esen vanilla bagi wangi.

8. Then kita campur karamel kita tadi dalam adunan ni.

Ni dia rupa adunan kita secara keseluruhan.

9. Gris loyang dengan butter/marjerin. Tau sebab pe kan. Tak nak bagi lekat ye adik-adik.

10. Buh anggaran separuh loyang la sebab kek ni akan naik. Tapi oppssss..jangan terus bakar. Kena perap dulu dalam 2,3 jam. Kononnya nak bagi sarang tu naik. Lagi lama perap lagi banyak sarangnya (katanya la). Tapi jangan lama sangat sampai 3,4 hari pulak ye. Jangan kata sarang lebah, segala macam sarang lipas dan cicak pun ble jadik.

11. Da perap 2,3 jam gitu baru la ble bakar. Suhu saya set 160 darjah, bakar selama 1 jam. Tips lagi, untuk tempoh 35 minit pertama tu, bakar guna api bawah je. Dah lepas 35 minit tu baru on kan api atas plak. Maknanya api atas bawah la tu smpai masak. Nak tau da masak ke tak, cucuk dengan lidi or garpu. Kalau tak melekat, maknanya da masak la tu. 

12. Siap! Korang jangan nangis plak tengok kek korang rupa hangus rentung gini. Dah namanya pun kek gula hangus harusla rupanya hitam hangus kan. Asalkan bukan betul-betul keras rentung udah la ye.

Presenting...kek gula hangus kita. See the saranghae? hehe..

Sms daripada papa Saif selepas potluck.. :)


p/s : 2 jam semata nak buat post ni..pergghhh..siput sedut betul internet ni..

*update : lupa nak mention, kalau xde oven, boleh bakar guna pemanggang ajaib yang glemer tu. tapi tempoh dan teknik membakarnya tu kena la rujuk buku manual ye.


9 comments:

  1. rajin nad buat kek..terbaik..nanti nak buat jugak!!teruskan share resepi kek sedap2 yek..

    ReplyDelete
  2. wahhhh menarik gak kalau buatkan untuk laki kan..bagus bagusssss....

    ReplyDelete
  3. Ni bakar dalam oven kan, kalau tukar kukus aje boleh tak agaknya? huahua.. oven rosakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti plak ble kukus ke tak..rasanya ble gak tapi tak pasti kena berapa lama. eh..kalau ada pemanggang ajaib tu ble jugak guna untuk bakar kek ni.

      Delete
  4. haiya.. gigih woo amek gambo setiap step!
    btw, terang benor gambarnye.. suke!

    ReplyDelete
  5. feverettt kek gula hangus niee.nk buat risau plak hanguss.hahahaa..nnti klu rajin nak try lah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih. K Dyg Penang

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...