Monday, May 20, 2013

Menjelang Saif 1 Tahun

Rasa macam lama tak update cerita pasal budak bertuah ni kan..haa..la ni da takde kelas, ble la tarik nafas panjang..legaaa..kepala rasa ringan da walaupun ada lagi paper yang tak abes bertanda tapi tu semua tolak tepi dulu, eden nak bertenang dulu buat sementara waktu..

Sekejap je hari ni da 20 Mei..maknanya lagi 4 hari je lagi Saif nak masuk setahun. Owh...how time flies kan..rasa macam terbayang-bayang lagi masa Saif kecik cinonet baru lahir yang kerjanya hanyalah ngempeng dan tido..Tapi la ni dengan aktifnya memanjat sana memanjat sini, selongkar sana selongkar sini..memang itulah realitinya seorang anak kecil kan.

So nak imbas balik la zaman2 Saif kecil-kecilan dulu..rindu bau newborn..bau syurgawiiii..mmmm

 Hari ke-2 baru dapat tengok Saif..sungguh touching masa ni..ini rupanya budak yang suka kick dalam perut mamanya..berat pun 2.9kg je padahal time scan doc kata maybe 3.8kg..hishh..

Bila tido ternganga macam ni mak kata sebiik macam saya! Saya pun rasa macam tu. Tapi papa saif keep on saying.."Takk..ikut muka abang la.." Ok. Fine.

Wajah suci sebelum dibenarkan keluar hospital pada hari ke-5 or ke-6 lupa plak. Eh..apasal touching plak tengok gambo-gambo newborn ni..skkk..

Masa dalam pantang..tak tau la apasal tiap kali tengok gambo ni mesti terbayang muka Jins Samsuddin. Tang kerut kening tu kot.hahaha..

Masa cucuk sebulan. Saif takmo pacifier sebenarnya tapi masa hari ni tetiba elok plak dia nyotttt nyott hisap sambil tido. Tapi sekali tu je la, pastu semua dibuangnya..

 Waktu akikah part 1 kat umah mak. Masa ni masih dalam pantang. Spesis kuat tido masa ni. Tengok la tengah2 panas, orang dok arak dia sana sini pun dia maintain tido nyenyak. Tak ingat masa bila ni, hari ke 40 kot. Adoii..berapa banyak urat putuihhh nii..

Ni plak masa akikah part 2 kat rumah MIL pulak. Pun masa orang dok kerumun cium2 pun dia maintain tido lena. Tapi gambo ni masa dia da berjaga la.

Budak botak. Montel sket. Kulit masih gelap masa ni. Confirm semua orang claim muka papa la sebab mama putih.Hahaha..masa ni dah lepas pantang.

 Masa hari raya 2012..da 3 bulan masa ni..makin bijak. senyum manis bikin hati cair..

Gambo masa kat hospital. Warded sebab demam panas cecah 40 celcius. Alhamdulillah sihat daa..masa ni mulutnya bukan main becok suka berbual dengan mesin drip air tu..aaa..uuu..aaa katanya..

4 bulan..gaya macho seorang lelaki bila tido..

Hari pertama ditinggalkan di rumah pengasuh. Mama touching tapi still control macho depan papa..hsskkk..rindu anak mama..

Alololo..montel la kamu masa ni.

Saif nak adik? Cian..sampai sekarang tak dapat-dapat..hehehe..

Mama suka sangat gambar ni..innocent sangat..waktu mula-mula belajar meniarap..4 bulan jugak masa ni..

5 bulan. Bawak dia pi jamuan alumni universiti. Bising oii mulut dia dalam dewan tu. Ada plak aweks-aweks main agah2 kat belakang lagi la dia menggeletis macam ulat bulu naik daun..haha..

6 bulan. Ramai yang kata gambo ni macam big boy sesangat da..huhu..padahal bila jumpe live mesti orang kata "alahaiii..kecik je.."

Bila tengok gambo ni, makcik kata macam muka Shahnaz Ahmad. Mak pulak kata macam Syah Iskandar. Amboii..komersial value muka kau ye nak. Tapi semua tu mama tak setuju. Kamu tetap Saif Ali Khan mama..huhu..

7 bulan..rajin tolong mama kemas rumah..tu tengah tolong sisihkan katalog dan surat-surat yang da tak perlu disimpan..hehe..

 8 bulan..kulit makin cerah sket.makin hensem anak mama ni..saje biar rambut panjang ala-ala KPop..huhu..eh, ada aweks lalu. cepat-cepat kontrol hensem.
 
9 bulan..Suka tengok Saif khusyuk bermain..

Suka tengok muka hensem sendiri kat cermin..kejap2 nak pi tengok cermin

 10 bulan..mama tak sabar nak bagi hadiah besday..bagi in advance pasni jangan tuntut lagi ye..

11 bulan..akal makin bijak. Mulut makin bising. Tapi belum berjalan lagi. Takpe..take your time..slowly ye learn your step..

12 bulan? Coming Soon...

Meniti detik demi detik perkembangan Saif dan Jumaat ini Insya-Allah Saif akan genap setahun. Seronok 24 Mei tahun ni satu Malaysia cuti meraikan birthday Saif. Hehehe..Tak de plan nak buat birthday pasty whateva, just nak sambut kecil-kecil 3 beranak je kot. Owh...rindu anak mama..

5 comments:

  1. Yeyyy happy 1 year Baby saif...mama ngan baby saif sama2 tomeiiii....great kronologi to remember sweet memory :)

    ReplyDelete
  2. mancung sguh idung si teruna nih...

    ReplyDelete
  3. eh2, besday saif dekat2 dgn besday acik ler..beza sehari je...boleh la kita smbut sme2...hihihi...btw tinggi betul la hidung anak teruna nie..saif ali khan betul..

    ReplyDelete
  4. tahniah..seronok melihat perkembangan anak kan..so beza beberapa minggu dgn Cik Aisyah Humaira..sbb Ci Aisyah awal 3 mggu menjengah dunia..ehem2..

    ReplyDelete
  5. haaaa apa lagi...buatlah adik saif...hahaha

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...