Monday, May 13, 2013

Tabiat Baik Yang Menjadi Ikutan Anak


Hari tu cerita pasal perangai buruk mama yang Saif ikut kan.. Ni nak cerita yang baik pulak.Hehe..

Saya suka membaca. Mungkin diwarisi daripada ayah dan mak saya yang memang juga suka membaca. Ayah saya rajin beli buku. Kadang-kadang tu saya tengok buku takde kaitan pun dengan keja ayah tapi ayah beli jugak. Contohnya buku Pengurusan Hotel Dan Katering, Pengiraan Geometri, Panduan Belajar Bahasa Mandarin etc. Dan buku-buku tu rasanya saya je kot yang baca. Adik beradik saya yang lain prefer baca komik atau majalah saja.

Sebab tu kot saya rabun, terlebih suka membaca sampai dalam gelap pun nak membaca. Masa sekolah dulu kalau dapat no.1, no.2 atau no.3, saya akan mintak hadiah buku. Senang hidup mak ayah saya, tak pernah saya mintak hadiah playstation atau hp nokia (masa zaman tu la).

Hobi membaca diteruskan sampai sekarang even tak serancak dulu. Zaman sekolah adalah zaman kegilaan komik. Zaman belajar di universiti adalah zaman kegilaan novel. Bila da bekerja, kegilaan makin kurang. Tapi tetap diteruskan dengan membaca majalah pula. At least mesti beli satu majalah setiap bulan. Sempat tak sempat akan sempatkan juga untuk membaca. Oh ye, membaca blog pun adalah medium untuk saya memenuhi nafsu membaca. Suka sangat baca blog even hanya cerita personal life tapi still ada terselit ilmu yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan (apa style aku menulis da macam tulis tesis).

Papa Saif pun nampaknya suka membaca. Dah kahwin ni baru la saya tau papa Saif pun ada minat membaca. Tak tau la kot dia terpengaruh dengan saya ke. Yang saya tau dulu-dulu kitorang sama-sama suka baca komik. Beli majalah KREKO pastu share baca sama-sama. Ahh..what a moment! Zaman-zaman bercinta dulu pun memang selalulah dia bagi hadiah buku. Saya mestilah tambah jatuh cinta! Huhu.. Tapi pilihan buku papa Saif lebih kepada berkaitan dengan motivasi dan PENGURUSAN KEWANGAN BERHEMAH. Dia da abes baca buku tu nanti dia suruh saya baca pulak. Untuk jadi inspirasi dan pedoman hidup katanya. Ye la.

Boleh tahan panjang mukadimahnya ni..

Sekarang dengan adanya Saif, legasi hobi membaca cuba saya wariskan pada Saif. Dan nampaknya Saif menunjukkan minat ke arah itu. Saif memang suka sangat buku. Dia tak endah mainan lain da kalau da dapat buku. Lagi dia suka kalau dapat buku yang saya tengah baca. Kalau saya baru je landing nak baca buku, confirm dia mai la sibok kacau nak ambik buku. Bila bagi buku tu, eksyen selak2 buku tu macam paham je nak baca. 

Pegang buku terbalik pun ok..

Maybe sebab masa mengandung, saya banyak membaca so sifat tu secara semulajadinya dibentuk dalam diri Saif. Haa..bila diingat2 balik, masa Saif kecik dalam 2,3 bulan gitu bila saya bukak majalah Pa&Ma depan dia, confirm dia akan senyap, tengok helaian demi helaian sampai la akhirnya lelap.

Baru-baru ni bila papa Saif dapat baucer BB1M, saya yang terlebih teruja! Seronok ambik buku tu, buku ni dan tak perlu bayar. Sengih sambil buat muka berlagak depan kaunter. Hahaha..Yang penting buku untuk Saif juga ada. Best juga bawak Saif jalan-jalan kat kedai buku, punyalah excited sampaikan tahan biji mata dia da merah2 pun tak nak tido. Satu pendedahan dunia baru pada Saif.

 Suka main bakul kat kedai buku..

Papa Saif tengah shortlist buku yang betul2 nak..

Antara buku yang dibeli..ni kat MPH..buku papa tak masuk dalam ni..ni buku mama ngan Saif je..

 Yang ni beli kat Popular..murah bangat..buku papa pun tak masuk dalam ni..Let's Make Sock Puppet tu Papa Saif sibuk nak beli jugak suruh saya buat..sampai sekarang terbengkalai je..huhu..

Nak bagi diam time makan kat luar, bagi la apa2 brochure..confirm khusyuk..

 Kau tengok tu, buku mama tu dimakannya..tau la buku tu gambo makanan..


Ok..tu cerita pasal habit membaca..

Baru-baru ni saya perasan Saif macam mula menunjukkan gaya menulis. Kalau dapat pen tu punyelah teruja tak boleh nak cakap. Kau cuba ambik pen tu dari dia, maunya dia mengamuk guling-guling kat lantai. Pastu bila da ada pen tu, dia akan meniarap dan buat gaya menulis! Walaupun hanya kat lantai. Siap menongkat dagu, tangan sebelah goyang2 pen, pastu kaki pun goyang-goyang, macam beria-ia je (imagine!). Tapi saya tak galakkan bagi dia pen atau pensel sebab benda tajam kan, takut tercucuk mata, mulut, lubang hidung or whateva la. Pastu sometimes pandai plak dia tekan pen tu bagi keluar mata pen, pastu dia pi masuk mulut. Memang comfirm la mama rampas, lantak kau la nak berguling ke apa daripada dok menelan dakwat pen.

Bukan setakat pen, kalau benda2 yang bentuk macam pen pun dia buat macam tu jugak. Dia suka ambik eyeliner saya pastu dia bentang buku mewarna yang dia pandai2 ambik sendiri kat meja, dan mulalah dia buat gaya menconteng kat buku tu. Tapi eyeliner tu bertutup la, menangis mak nak kalau kau melukis pakai eyeliner tuuu..

Nak kata saya selalu menulis kat rumah tak jugak. Biasanya menulis sebab nak kira bajet yang da ter'over' bajet bulan tu.huhu..Tapi masa mengandungkan Saif dulu memang saya aktifkan diri buat kerja-kerja melukis, mewarna dan mengira sudoku. Mungkin diwarisi dari situ?

Saya dan papa Saif memang sangat teruja dengan perkembangan Saif tu. Tapi pada masa sama siap sedia la dinding rumah andai kata jadi bahan eksperimentasi anak ye.

(Gambar menulis takde, lupa nak ambik..hehe)


10 comments:

  1. tengah syok nengok gambor saif, tetibe..
    eh! saif ada janggut???
    terang2 anak bapak daaa.. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. janggut? huhu..seb baik saif memang takde janggut kalau ada mesti lagi confuse.

      Delete
  2. eee..bestnya.macam anak dr halina,dia memang readykan dinding khas utk anak conteng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..nice idea but maybe ble apply kat umah sendiri kot. ni umah sewa wat naya je conteng dinding umah orang.pastu nak kena cat balik plak.huhu..

      Delete
  3. Aloh...aloh..sukakan kalau anak suka membaca..hope saif bsr nti jd manusia yg berjaya..

    Salam perkenalan dr saya..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii cikgu..salam perkenalan jugak.. :)

      Delete
  4. salam..bagusla nadt xyah bazir beli mainan beli buku jer..haha..aisyah plak pantang bunyik kertas..mengamuk2 nak..bagi la teddy bear ke ape dia xkan layan kl nampak majalah..buku dia sendiri xnak kononnya da mcm besar sgtla nak majalah..haha..kan majalah kan kertas nipis n bunyik2 kan bila dienyukkan..kl buku dia nak selak tak bole mengamuk2..hahaha..cuma kena hati2 la tepi buku tu tajam kan..moga anak2 kita menjadi insan yg suka kepada ilmu..insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  5. kita dulu suka sangat membaca. tp sejak peknen tak gemor. tak tau kenapa. umar dah lahir ni lagilah, boleh mengantuk bukak buku. majalah pun sama. nk baca surat khabar pun mcm tak naik sheikh!!
    tp kita suka membeli buku untuk umar.

    ni td baru g big bad wolf, byk borong untuk umar je...

    ReplyDelete
  6. best kan borong buku byk2 camtu...=)

    ReplyDelete
  7. minat kite sama..suke membaca jugak!!! comel saif gigit buku tu..sama dengan hannah..semua benda nak masuk mulut..grrrr..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...