Monday, June 10, 2013

Ada Apa Dengan Ehsan..?




Sana sini orang dok gebang pasal Ehsan. Ahkak-ahkak jual nasi kerabu pun dok citer pasal Ehsan. Kerani sambil fotostat surat pun dok citer pasal Ehsan.  Sana sini Ehsan.

Hensemnya Ehsan..

Baiknya Ehsan..

Lovingnya Ehsan..

Romantiknya Ehsan..

Caringnya Ehsan..

Ehsan..Ehsan..Ehsan..

Hakikatnya semua tu hanya dalam drama kan. Pandai betul Adi Putra tu berlakon bikin hati ramai pompuan yang cair..Tapi sebenarnya wujud ke lelaki perfect tahap superb macam tu? 

Pernah baca perumpamaan kat bawah ni tak? Lama da ada benda ni saje nak up share balik.

1. Lelaki baik tapi tak hensem
2. Lelaki hensem tapi tak berapa nak baik
3. Lelaki hensem dan baik tapi gay..erkkk!
4. Lelaki hensem, baik, straight tapi dah kahwin
5. Lelaki tak berapa nak hensem dan baik tapi takde duit..
6. Lelaki tak berapa nak hensem, baik dan berduit tapi dok fikir kita ni nak kikis duit dia je
7. Lelaki hensem, tak berduit tapi nakkan duit kita
8. Lelaki hensem, straight tapi fikir kita ni tak berapa nak cantik sangat laa
9. Lelaki yang hensem, baik, straight, berduit tapi tak nak berkomitmen
.
.
.
dan macam-macam lagi la tentang makhluk yang bernama lelaki ni..maknanya takdela perfect mana kan.

Pastu sesaja google plak CIRI-CIRI SUAMI ROMANTIK la pulak ada ke..

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.
2. Peluk isteri secara tiba-tiba.
3. Puji isteri cantik.
4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.
5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.
6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV
7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.
8. Berada di sisi isteri time isteri melahirkan anak.
9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.
10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.
11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari anniversary ataupun birthday.
12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.
13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.
14. Buat candle light dinner secara mengejut

Haa...korang cuba check ada tak ciri-ciri tu? My hubby? Owh..itu adalah rahsia..tak mau komen banyak. Saya takdelah mendambakan suami perfect tahap superb. Cukuplah sekadar memberi ketenangan hati, mendamaikan jiwa, memahami, kalau bini merajuk tu tau nak pujuk dan bukannya buat dek je..eh..banyak plak naknya.hehhe..tapi kiranya macam tu la, nobody perfect kan. 
Kalau perfect sangat pun risau plak karang pompuan lain dok himpit plak macam si Ehsan tu.

Nape rasa macam da terkeluar daripada tajuk ni. Sudah-sudah la Nadt..apa sebenarnya yang kau nak sampaikan ni. Takde pape..betul takde pape sekadar post kala tak tau nak post pasal apa.
Ok, tepat pukul 5. Nak balik ambik Saif. Bye!

3 comments:

  1. ehsan adalah hint hint pada lelaki luar sana hehehe

    ReplyDelete
  2. Handsome ehsan..suka sgt adi putra...ampun bang ek

    ReplyDelete
  3. ehmm mmg xde kot lelaki mcm tu kat luar...tp kalu de la kan..btl2 untung ler pempuan yg dpt kan... laki sy??? ehmmmm cukup la kita yg thu bgai mne dia tu...hahahahha...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...