Wednesday, June 19, 2013

Art Therapy

Saya memang suka benda-benda berkaitan art ni. Masa sekolah dulu even dok kelas sains tapi sanggup ambik subjek tambahan seni. Sanggup dok sorang2 dalam bilik seni layan lukisan. Kadang-kadang cikgu seni bawak saya masuk kelas dia, saya dok kat meja hujung, melukis. Dan murid-murid lain akan kerumun saya macam tengah tengok animal show dekat zoo. Eh apa da mula melalut ni memang suka mukadimah panjang2 kan.

So beberapa minggu sudah saya ada pos beberapa gambar kat facebook kan tentang kursus Art Therapy yang saya join tu. Kot korang ada add friend ngan saya ada la kot boleh nampak. Mana yang tak dapat tengok tu meh ni saya share kat blog pulak.

Art Therapy ni biasanya kita suruh budak-budak buat. Mak budak pun boleh buat. Ok, biasanya kita suruh budak buat sebab kita nak tengok luahan perasaan dia dalam bentuk art. Ala biasa kan kalau kita tengok cerita CSI tu, kalau mangsa tu adalah kanak-kanak, pakar psikologi akan suruh budak tu lukis. Then budak tu lukis la apa yang dia rasa masa tu. Contoh la macam gambar kat bawah ni. Korang rasa apa perasaan budak tu masa tu. Mungkin marah? Violence? 

 sumber : margaretgriffin.files.wordpress.com

Sesi pertama adalah melukis pada kertas lukisan menggunakan crayon. Watercolor pun disediakan tapi saya lagi suka guna crayon.huhu..So just lukis apa yang kita rasa. Oleh kerana otak saya ni totally dok ingat Saif je so makanya lukis la gambo Saif kononnya.

Tudung bulat bulat tu pegawai kaunseling tempat kitorang..dia la yang mengajarnya. Tu anak-anak staf pun ada yang join..

Antara hasil lukisan

Lagi..

Hasil kerja tangan..

Sesi kedua pulak lukis pada batu. Sama jugak konsepnya tapi yang ni rasa lebih damai kot. Sebab batu kan kecik dan kita kena fokus nak melukis dan mewarna guna watercolor tu. Release segala stress. Serius.

Berlakon..hehe..

Batu art

Antara hasil kerja tangan rakan-rakan..kratif..

Sesi ketiga plak playing with clay. Buat la ape2 bentuk pun guna clay. Oleh kerana saya ni jiwa berbunga-bunga riang je so buat la bunga. Pastu orang sebelah buat karipap, saya plak buat donut kononnya donut Big Apple la tu.huhu.. Pastu pakat-pakat dengan orang sebelah jugak buat set hantaran pulak kononnya. huhuhu..

Mak-mak tengah ajar anak masing-masing nak buat clay

Hasil kerja tangan semua..kreatif sangat anak-anak ni tau..

Hasil keja tgn bersama member sebelah..set hantaran beg chanel, high heel jimmychoo n cincin berlian kak semah..ngeheeehee

Hasil keja tanganku..bunga ros n donut Big Apple..ngeheee..

Art Therapy ni biasanya apply untuk budak umur 2 tahun ke atas la sebab diorang da boleh pegang pensel n color dengan betul. Anak-anak kita yang baya-baya umur setahun ni selayaknya buat Play Therapy je. Memang tahap umur diorang sekarang adalah untuk main je. Ekspresi perasaan pun cuma reti secara melalak aje. Silap haribulan color crayon tu dia sumbat dalam mulut fefeeling Rocky Stick. (Tau da sebab Saif memang da penah makan crayon Kak Hasya dia (-_-)' )

So korang pun ble la apply untuk anak-anak korang nanti. Clay tu ble ganti dengan homemade clay yang guna tepung apa ek lupa da nanti korang google la eh. Lebih selamat untuk bebudak.

Enjoy your art!

2 comments:

  1. cantiklahhh bunga ros tu..secantik org yg membuatnyer hehehe..bestla org kreatip ni..
    buat smua menjadi..ni tgn keras..ntah jadi aper la nnt huhu

    ReplyDelete
  2. aissshhh..tanganmu sungguh berseni. daku kalau di bagi tanah liat tu, reti buat itik jelah...dah itu yg diajar dari kecik...tp rose tu cantik!!

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...