Tuesday, June 4, 2013

Cheesy potato with macaroni

Rasa cam da lama je tak update blog ni. Bajet bila student da cuti boleh la saya relax sket. Rupanya bersusun macam2 keja lain n kursus nak kena attend.

So nak update sikit resepi solid food saif yang da lama terperam ni. Tetiba terajin kan nak buat menu breakfast yang macam sedap sket. Kalau tak maunye hari2 budak tu makan roti je.huhu..resepi ni ala2 sheperd pie la tapi versi malas sbb malas nak menumis inti ayam.huu..

So bahannya mudah je : kentang, macaroni dan cheese.

Rebus kentang n macaroni smpai empuk dan lembut. Kentang tu bila da empuk, kita lenyek je.


Kentang da lenyek tu kita buat base layer dalam remekin ni (err..betul kan bekas ni namanya remekin..lupa plak..)

Lapisan kedua letak macaroni

Lapisan atas sekali tutup ngan kentang semula.

Last sekali atas tu letak la cheese. Ni just letak sliced cheese yg main gunting2 je. Da kata resepi malas kan.huhu..klu ada cheese yg da siap parut would be better.   Kt peti ada block cheese tp malas nak parut. Sume pun malas. APTB..huhu..

Pastu ble la bakar dalam oven. Suhu saya main taram 160 darjah dalam 20 minit gitu. Agak2 la kentang n cheese tu da kecoklatan kira ok la tu.

Siap da..terliur je mamanya tengok cheese yg da cair tu..

Tengok anak teruna saya makan..sopan x? Siap dok bersimpuh lagi kalah anak dara uolssss...ngehhee...











No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...