Monday, June 17, 2013

GM Klang di hujung minggu..

Selalu sangat dengar orang dok pung pangg pungg pangg pasal GM Klang kan. Murah bebenor harganya kalau dengar citer orang la. Maklumla da nama pun Pusat Pemborong Terbesar di Asia Tenggara kekdahnya. Pusat pemborong tu maksudnya tempat kompleks pemborong tu la. Bukannya 'pusat' kat perut tokey borong tu yang besar hokeyyy..sila jangan salah faham.

Pastu ada plak yang mengapi-api dengan upload gambo harga2 barang yang murah-murah belaka. Saya ni tak boleh nampak benda jualan murah ni. Pantang dicabar! Sapa plak yang cabar sapa ni, daku sendiri yang tercabar la. Mana boleh orang lain dapat beli barang murah, daku tak dapat kan..kan..hahahha..

Apa lagi mulala sesi menghasut papa Saif ajak pi GM Klang. Siap tunjuk gambo perabot murah-murah sebab kitorang memang tengah nak cari perabot murah2 je la kononnya nak letak kat rumah sewa kitorang kat Sentul tu dengan harapan penyewa akan gembira mendapat tuan rumah yang baik hati sediakan rumah yang fully furnishes semua ye. So papa Saif pun redha sebab dia tau selagi tak pi selagi tu bini dia akan berzikir kat telinga dia GM Klang..GM Klang..GM Klang..33x.

So Ahad nan permai tu kami pun pergi la. Takdolah pergi bertiga je ngan Saif. Akak ipar ngan anak 2 orang + adik ipar sorang lagi pun mengikut sama. Ok gak adik iparku tu ada ble la gilir-gilir dukung Saif. Silap besar la kitorang sebab lupa bawak stroller. Patah pinggang dek non dok dukung Saif tu nampak je halus tapi beratnya umannnggg aihh..saya siap2 pakaikan kasut dengan angan-angan nak berjalan pimpin tangan Saif. Hapah mengengada budak Saif tu tau..bila letak kat lantai automatik kaki dia jadik lembik tak nak berjalan. So terpaksa la gigih dan gagah dukung. kejap pass kat papanya..pastu pass plak kat cacanya. mamanya cepat2 jalan laju-laju menyinggah kedai sana sini wohaa..

 Masa ni papa masih gigih dukung Saif sebelum surrender serah kat mama sebelum mama surrender serah kat caca..hahaha..


 Suka sangat nak ambik spek mama kan, haaa..ni mama belikan satu untuk awak. spesel RM1.90 ja..hahhaa..

Banyak kedai..serius tak tau nak beli apa. Sudahnya belikan mainan untuk Saif. tu je la kot setelah menggigil kaki round satu kompleks. Namanya pun nk survey kan so lantakkan..Saya nak tengok barang2 deko tapi tu la lakiku cepat bebenor jalannya bila lalu kedai camtu. Hilang karang malas mak nak cari.

So terus je la tuju tempat utamanya iaitu bahagian expo perabot kat bangunan sebelah lagi satu tu. Lagi rambang mata makkkk..Murah..murah..gobok dapur yang besar tu baru je RM200 lebih. Kalau kat kedai Karak yang korok ni maunye 400 ke atas. Ada rak kasut RM33, ingat nak beli la sebab rak kasut sekarang ni jenis open concept kekdahnya, letak kat luar rumah plak tu so memang jadik port katak berumahtangga dalam kasut. Lakiku kata biar la da rezeki katak tu kat situ. Eh rezeki apa plak, bukannya ada makanan ape pun dalam kasut, jadik tempat tinggal dia plak mana boleh. Lumrahnya dia tu dok bawah tempurung je layaknya kan.


Tuu..rak kasut RM33 yang da abes stok..ble la kalau setakat nak wat pelindung kasut dari jadik perumah katak kann..

Geram je rasa nak menyumbat gobok ni dalam keta apakan daya tak muat. Murah sangat. Kat Karak maunye 4-5 ratuihhh gak ni. takde la saya nak pakai KC ribu riban dok umah sewa je ni pun. Pindah umah sendiri nanti baru install ribu riban punye ek..

Tapi macam biasalah, barang murah confirm takde stok. Sudahnya kitorang tak beli barang papepun. Tapi SIL plak yang beli. Dia beli 2 biji kerusi bentuk jari tu, sebijik RM73, murah dak? Murah ar kot sebab pastu kitorang pi kedai lain harganya adalah RM80.huuhu..

Penat berjalan, perut pun lapar. Apa lagi nak cari kedai makan. Pusing-pusing area GM tu mana la takdak kedai makan plak kat situ. Nak masuk GM tu semula memang malas da. Sudahnya masuk highway semula terus gerak balik. Tapi singgah la makan dulu gak, lapar kan. Makan kat kedai ayam penyet API kat Sg.Buloh. Saif lena tido kepenatan agaknya. Daripada mengempeng dalam keta, bawak turun masuk kedai makan pun dia smbung layan tido. Gigih ar mamanya ni nak makan ayam guna sudu sebelah tangan je. Seb baik papa Saif baik hati tolong carik-carikkan ayam untuk mama. Pastu siap sedekahkan ikan dia untuk mama lagi. Thank u papa, u are so lomantika. Kalau tak kenang SIL ngan BIL ada sama maybe da makan suap menyuap da ni..hehhe...Saif nya ntah apa-apa orang semua da habis makan nak gerak balik baru dia terjaga. Rugi kau nakk..tak dapat merasa nasi ayam penyet. Ehh..ayam penyet kat API ni sambalnya tak pedas tau. Sesedap rasa je. Selalu makan ayam penyet tempat lain dapat sambal pedas azab nauzubillah sampai nak terlompat-lompat kepedasan..

Saif kepenatan tido pun ternganga..mithali sangat mama nan sorang ni rela berkorban kebas tangan pangku anak sambil makan sebelah tangan (nak jugak makan!)

 Kesedapan korang makan ehhh..

Ok..da sudah makan, Saif pun da segar-segar..kitorang sempat la menyinggah kedai perabot deret situ jugak. Kedai perabot ni ada tawarkan pakej RM1999 boleh dapat set bilik tido (katil, almari, meja solek, side table) + tilam queen+ sofa L shape + meja makan 4seat + kabinet TV + meja kopi + rak kasut + katil single. Murah kan? Terus setuju malas nak survey tempat lain lagi. ok la tu nak buat letak kat rumah sewa. Rumah sendiri takde ar kot beli camni..hahaha..keji..ehh..baik hati pe tuan umah ni nak belikan perabot. Cuci kaki je penyewa masuk umah kan. Haa..pastu kitorang tambah la satu lagi kabinet dapur 3 pintu yang untuk tempat masak tu. Murahan je baru RM80. Murah..murah...Kalau korang nak beli, pi la kedai ni saya rekemen. Nama kedai ni Asiatic Furniture ke Asiatic Building ke gitu la lebih kurang.. Deret-deret Cavenci n kedai cat Nippon Paint..kat tepi jalan Sg.Buloh je ni.

 Tak memanjat n merayap memang tak sah walaupun kat kedai orang..

 Pakej RM1999. ok la kan dari nan hadoo..

Setel bab perabot, terus balik rumah. Serius penat giler. Naik atas kejap, solat kemas2 da nak turun semula balik Karak plak. Sebelum balik Karak, sempat lagi singgah kedai cat, beli cat plak. Ni malas da saya nak cerita, penat da menaip ni tak abes-abes ceritanya. So cuci mata la tengok gambo hasil mengabeskan duit hujung minggu.

Kerusi jari ala-ala Kungfu Hustle kekdahnya..tapi bukan duit saya yang abes ni tai duit SIL..hehe..

Saif tak payah nak mengendeng kerusi orang ye..awak da ada bag bean kat rumah ye..

Tuan punya kerusi. 2 beradik ni back up Saif baik punyaaaa..bila Saif da balik si adik kecoh tanya "Saif da balik ke?" "Saif pergi mana?" "Bila Saif nak datang lagi?" "Saif da balik ke?" Dan ulanggg-ulangggg soalan sama lagiiii..

Untuk Saif mesti la mainan. Mama suka beli mainan yang merangsang minda camni. Saif suka sangat xylophone tu...tinggg..tinggg..tinggg dia dok ketuk sampai telinga mama bingit. Takpe..demimu anak mama redho jeee..mainan blok kayu tu dia macam kureng berminat, xpe mama simpan dulu tiba masa nanti mama bagi main ye..

Haaa..ada kedai kat GM tu yang jual rak stylo  bentuk L la S la tu kan..tapi saya tak beli sebab kecik n tak boleh gantung kat dinding. Tak beli..sedangkan itu la tujuan utama saya ke GM Klang..hehe..



22 comments:

  1. aah ramaiii yang cakap seronok klang ni huhu..rasa nak pergi jg tp mcm dah tak larat dah :P

    harus sawan tgk harga nnt kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikss..mak buyong toksah la pi. penat berjalan sini. terberanak karang..huhu..

      Delete
  2. kalau boring su ada gak pi gm ni..cuci mata,,hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni la first pi, pasni xtau bila lagi nak pi.

      Delete
  3. oh mai.....teringinnye nk g sana nadt....

    ReplyDelete
  4. mainan kayu tu sis bli brp ?

    ReplyDelete
  5. Mainan kayu tu kat tingkat brapa? Rm brape ye? TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry dear tak ingat tingkat berapa, main jalan ikut suka hati je. tapi yg pastinya aras tu memang bahagian yng banyak barang mainan, kedai tu kat lorong tengah. harganya berapa ek RM26 kot tapi sebab bodek habis2 dapat la rm20 kalau tak silap.

      Delete
  6. teringin gak nak sampai sini...belum lagi setakat ni...

    ReplyDelete
  7. betul MQ aritu baru gi sekali rase nak g lagi je.. aritu beli palazo.. harga bese 40 lebih tp kat sana dapat harga 20 lebih je..tp kene beli more than 6 pcs la.. ala share2 la dgn kwn2 ke adik beradik ke kan.. tp mmg murah sesgttt..

    ReplyDelete
  8. hubby macam kenal. eh classmate saya la :-)

    ReplyDelete
  9. salam..nk tanye..harga rm1999 tue utk set bilik tdo sahaja or sume perabot yg awk bli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Askum akk kedai perabot kat mne tu? Saya sg bloh jugak. Ni bln depan nk masok umah baru dah.. mmg kosong lg. Sebab stanby tok kawen t. Murah tu. Kawan saya kje kdi perabot pon xde camtu.. agak2 ade lg x offer tu ye.. kalau ade mmg nak amek je.

      Delete
  10. GM Klang kini sudah ada bangunan yang setinggi 7 tingkat. Lebih banyak pemborong dan produk yang menarik. Kunjungilah kedai kami di 2F-15, Tingkat 2, GM Klang, Bandar Botanic, Klang. Kami adalah pemborong hiasan wanita yang paling baik di GM Klang. Pelbagai hiasan wanita seperti cekak rambut, rantai leher, rantai tangan, cincin dan sebagainya. Kalau berminat pandora dan vintage charms, datanglah ke kedai 2F-13. Terdapat lebih dari 1000 rekabentuk vintage charms.

    www.borongborong.com.my

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Jemput ke Warung kami Ayam Penyet Mar di Kampung Melayu Sg. Buloh.
    Rasai keenakkan puyuh penyet, keli, talapia, bawal, kembung dan ayam penyet yg di perap dgn rempah giling,
    terasa rempah hingga ke tulang. Sotong dan udang penyet kami menggunakan tepung tempura yg terbaik.

    http://ayampenyetmar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. salam... waa syoknyeee..gm klang di klang bukit tinggi kn ke sungai buloh ni...nape jalan sungai buloh ye.. bg alamt kak...

    ReplyDelete
  13. Kerusi jari tu kat gm.klang jugak ke? Berapa harga?

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...