Wednesday, June 19, 2013

Jom Senam Bersama Saif!

Hai kawan-kawan semua, hari saya nak ajak awak semua bersenam ala-ala yoga bersama saya. Follow tau step by step ni..

1. Cari mana-mana penjuru sofa dan naikkan kaki atas rak tv. Posisi badan kita umpama jambatan penyambung rak tv dan sofa ye.

2. Tonggengkan montot dan tenyehkan muka ke sofa. Ye..macam tuuu..pandai..

3. Rehatkan badan seketika. Buat senaman lidah plak dengan menjilat sofa.

4. Seterusnya tangan bawak ke depan, kaki tu bagi silang ye. Ni nak bagi regang urat-urat dan otot-otot yang penat main je kejanya tu..

5. Tangan 2-2 bawak ke depan pastu pumping 33x ye. Sambil-sambil tu bawak-bawak la berzikir 33x seiring pumping tu.

6. Then kaki kiri juntaikan ke bawah.

7.  Langkah akhir adalah luruskan kedua-dua kaki ke belakang. Sambil-sambil tu jilat sofa lagi.

 8. Ok..meh kita uji daya kekuatan kita hasil senaman tadi dengan mengangkat TV ni..yeahhh!! (eii..potong lidah tu karang..)
 

p/s : Tak tau la apasal Saif suka sangat baring kat penjuru sofa macam tu padahal sofa sket punya luas ble baring. Panjat rak TV tu memang da hobi. Da tak daya nak jadi tarzan jerit pekik suruh turun. Sighh...


7 comments:

  1. senaman ni perlu keluarkan lidah untuk menambah kecerian yer tuan puan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..budak ni memang suka jelir2 lidah..eii..

      Delete
  2. hehehe, nasib baik rak tv ku tinggi, kalau tak mmg tido baring aish atas rak gamaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rak n tv tu ex-housemate dulu punye dia tak ambik2 lagi..da jadik bahan mainan dia plak.

      Delete
  3. hujung sofa mcm senang kot nak duduk hehehe..tu yg suka hujung sofa :P

    ReplyDelete
  4. Hahaha..mcm2 lak saif ni yer...:-)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...