Wednesday, June 26, 2013

Lelaki dan poligami

Apehal tetiba malam-malam buta ni nak citer pasal poligami plak . .. tak suka hokey kalau nak cerita bab poligami ni. Kalau cerita bab poligami ni dengan laki ku,boleh cetus perang besar. Sebab saya pembangkang tegar bab ni but hubby plak menyokong dengan alasan 'perkara halal'.

Masalahnya banyak lagi perkara halal lain boleh dibuat tapi biasanya lelaki tak buat pun. Contoh paling senang perkara halal yg boleh dibuat-tolong isteri basuh baju,lipat baju,ironkan baju,sapu rumah,mop lantai,tanam pokok bunga,basuh simen garaj,mandikan anak,masak n macam2 lagi la. Kalau tak reti buat semua benda tu at least sediakan maid supaya isteri boleh tumpu jaga anak je. 

Jangan plak kata nak mengikut sunnah kalau doa makan pun kau tak amal. Qiamulail jauh sekali even set alarm kol 3 pagi sebab nak tengok bola.(Alhandulillah lakiku tak layan bola 3pagi-layan bini lg bagus)

So, rasanya layak ke?

Dah kenapa tetiba bangkitkan hal ni plak nadt oii .. sebabnya kawan saya baru je cerita pasal kakak dia kena cerai dgn laki dia Sebab lakinya da menggatal merenyam ngan pompuan lain. Tp asalnya tak nak ceraikan si kakak tu konon masih sayang. Tapi pompuan mana yg rela bermadu. Bini muda hasut suruh cerai ,sudahnya cerai jugak. Cerai pun perkara halal pe tapi dimurkai Allah,para suami kena ingat tu. 

Cerita sama yg klise juga penah berlaku pd sedara terdekat saya sendiri cuma tak tahap cerai. Jodoh masih panjang dan utuh-mungkin.

Maka, apa sebab sebenarnya nak ada lebih drpd seorang?

Nak elak maksiat? Kalau kau sendiri tak hampiri perkara maksiat,camne maksiat bole berlaku kan? Cakap je la nak penuhi tuntutan nafsu yg tak reti mencukup. Apa kata kalau buat puasa sunat,puasa mampu mengawal nafsu kan? Akal ada,banyak cara lain nak elak maksiat. 

Point saya senang je,kalau bini kau bekerja sama-sama menanggung nafkah,tak payah berangan la nak ada bini lain sebab ternyata kau memang tak mampu. Kot bini kau tak keja dok umah jaga anak urus rumahtangga lagila kau kejam ada hati kat pompuan lain kat luar. Serius saya bangkang.Memangla ada yg bahagia tapi statistiknya yg tak bahagia lg ramai drpd yg bahagia. Ada yg nampak je cam bahagia tapi hati didalam menangis sape yg tau.. Alah sedangkan ngan adik beradik sendiri boleh masam2 muka rebut barang.lnikan plak merebut laki dengan orang luar ? Memang tak la.

Tapi lelaki ni ntah apasal memang Suka jadikan poligami sebagai topik perbualan. Contoh perbualan sebenar. 

Lakiku bawak mpv pi kelas. Kawannya menegur "Kau ni, anak sorang pun pakai kereta besar."

Kawan seorg lagi menyampuk,"Anak dia memang la sorang. Cuba kau tanya bini dia ada berapa.."

(-_-)

Korang tengok? See the point?

Berani dia buat lawak tak kelakar macam tu dengan lakiku.

Pastu berani plak lakiku cerita semula lawak tak kelakar tu dengan aku.

Serius mencari nahas!

Tu dia point sebenar cerita aku malam ni. Sekian.. juz my 2cents.

p/s:maaf kata ganti diri aku kau digunakan untuk luahan pendapat serius yg lebih mesra alam..

3 comments:

  1. sokong nadt...

    pd zura senang jer tau,laki nie bila kta nak kawen lg satu kita tnya dia mampu ke nak bg mulot sorg lg mkn pki tmpt tgl sume sb apa?sbnya dia pun suruh bibi dia keje utk mbantu meringankan perbelanjaan kan,jd kenapa tetiba sbuk nk tmbh mulot sorg lg sedangkan mulot yg ada pun bini tolong bantu????
    hish mmg cukup pantang bab2 nie..alasan "benda halal"..tp nape halal yg lain xikut kan..grrr geram lau ada yg cmnie..

    eh tetiba lak emo pg2 nie..huhu

    ReplyDelete
  2. itulah yg dinamakan lelaki..actually kita pun tidak menidakkan poligami.tp kenalah pada tempat n gaya. nak berpoligami, tp nafkah kelaut camne..huhu

    ReplyDelete
  3. hahaha..tapi bab poligami ni mmg isu sensetip..panasssss jer kalau sembang2 pasal ni...hahahhaa

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...