Monday, June 24, 2013

Rak buku

Rasa macam da tahap kritikal gak meroyannya ni nak rak buku. Hari-hari dok hadap google carik idea rak buku yang best tapi affordable..buat masa sekarang buku-buku saya diletak atas rak dinding ikea.

Macam ni...

Sekarang ni semua barang kena letak tempat tinggi nak elak daripada dicapai dak Saif.

Tapi seiring pertambahan koleksi buku saya,risau rak tu tak mampu menampung berat buku tu semua. Takut tetiba satu hari busshhh rak tu jatuh. So memang perlu sangat rak buku sekarang ni.

Ciri utama yg penting,rak tu mesti ada bahagian bertutup kat bawah. Tau je la kalau open concept maunye menangis mak nak kemas tiap tiap hari sebab Saif sepahkan. (sepertimana yg berlaku kat dapur saya sekarang.. sobss..) So bahagian bertutup tu ble simpan mainan Saif yg besar-besar. Bahagian rak atas je buat letak buku.

Berkenan dengan yang ini di IKEA..tapi harganya mmmm..confirm papa Saif tak approve.
RM587

atau ini...
RM538

Ada yang murah sket macam ni tapi atas tu tak bertutup cam tak berkenan plak.
RM379

Ada lagi murah tapi semua tak bertutup. Confirm jadik tempat Saif menyepah.

RM169

Kalau ikutkan papa Saif,dia nak yang macam ni je..

RM75


Kedek...Sungguh tak berkenan.Tak sama tema langsung. Kalau boleh saya nak perabot kat ruang tamu saya semua color putih. (masih tak puas hati dengan meja komputer kelabu yg papa Saif beli)

Tapi tu yg baru survey kat IKEA je. lngat nak tengok kat Giant and Tesco kot ada yg lebih kurang sama tapi harga more affordable and valuable.

Misi rak buku bermula!


3 comments:

  1. ngahahaha..x baik ckp suami kedek..gelak guling2 aku..dia suka sbb murah..hehe, kurang sket duit ngalir, tp biasalh pompuan, rin pun x kisah klu mahal sket asalkan kita berkenan dan boleh pakai berpuluh2 taun, sebab aku x kose dok nak menukar perabut je setiap taun kannn

    ReplyDelete
  2. beli je rm75 tu dear..pastu hjg minggu ada free ajak papa saif mengecat...mesti hasilnya lebih bombastik!! duit pun dpt jimattt..pastu tang nk bertutup bhgn bwh tu, ce guna kotak2 yg cun utk letak mainan saif..my seposen!! ;)

    ReplyDelete
  3. Salam Nadt,

    try Billy bookcase ikea (rm169) + billy olsbo glass door (rm80X2) = dlm Rm3++

    cantik utk jd rak buku

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...