Thursday, June 13, 2013

Sempena 2nd Anniversary Ini

12 JUN 2011. 

Tu tarikh 2 tahun lepas. Moment bersejarah bila kitorang diijabkabulkan sah sebagai suami isteri. Detik yang lama ditunggu-tunggu. Penuh onak ranjau berduri. Kisah cinta kitorang tidak la seindah mimpi, tidak la semanis impian. Tapi sarat dengan macam-macam kenangan buat ingatan masa hadapan.

Seronok tengok kawan-kawan update sambutan anniversary masing-masing. Ada yang dapat gajet, ada yang dapat barang kemas, ada yang dapat bunga, ada yang kuar dating celebrate candlelight dinner bagai..serius saya seronok tengok di samping memasang angan-angan kalaulah saya pun dapat celebrate macam tu..tapi tu hanya KALAULAH..

Tahun lepas 1st anniversary memang takde menyambut bagai sebab tengah berperang dengan pantang. Masa tu Saif tak sebulan pun lagi. Silap haribulan saya pun tak ingat tahun lepas punya anniversary, ada wish ke tak haa? tak ingat..hahaha..So tahun ni Saif da besar, harapannya ada la sesuatu yang lain. Takde la tahap luar biasa tapi kira adalahh..

Pasang harapan menggunung tak salah pun. Gantung angan-angan setinggi langit pun tak salah pun. Tapi nak bagi harapan dan angan-angan tu jadik kenyataan tu tak payahlah nak bermimpi sangat. 

Nak mintak apa, mintak la direct. Tak payah berkias-kias. Lakiku memang takkan paham. Kalau paham pun dia akan buat-buat tak paham.

Tapi daku ni pun tak reti gak nak meminta bagai masa hari-hari istimewa. Sebab daku kalau nak mintak pun ikut suka je bila-bila masa nak, terus mintak.haaa..tapi antara dapat tak dapat tu belakang kira la. So untuk 2nd anniversary ni serius tak tau nak mintak ape.

New gajet? Da dapat da bulan lepas.
Kereta baru? Pun da dapat 2 minggu lepas..kereta lakiku tapi dia bagi daku lenjan.hahaha..
Barang kemas? Err..memang nak tapi nak beli kat Tampin je, murah sket.pastu nak daku pilih sendiri.hehe..
Bunga? Ehmm..ok jugak kalau dapat fefeeling romantik gitu tapi HARAPANNNNN je laaa...
Coklat? Da selalu makan..

Kalau cakap kat lakiku "Abang takde ke nak belikan hadiah pape untuk ayang.." (dialog masa besday dan hari ibu yang lepas)

Jawapannya "Abang malas nak beli. Nanti abang beli, ayang tak berkenan la, tak menepati taste ayang laa.."

Redha.

Sama je spesis ngan Fared laki Aty (saya baru baca post dia pasal laki romantiknya itu).

Betul jugak apa yang lakiku kata tu. Tapi salah dia jugak tak paham-paham hint daku bagi.

Adalah dulu zaman bercinta, kitorang suka pergi Petshop. So saya suka la dok tengok-tengok hamster kat situ sambil kata "Comellllnya hamsterrrr niiii...comelnyaaaa" dengan harapan dia paham la saya nak hamster tu.

Satu hari dia datang, dia suruh saya ambik barang dalam kereta. Dalam hati da kata 'mesti dapat hamster ni..'. Dengan tersengih-sengih perasan saya pun bukak pintu kereta tengok kat seat belakang ada satu bekas macam akurium tapi takde air. Pelik..Saya angkat tengok, guess what? Dia hadiahkan kura-kura! Ada 2 ekor kura-kura plak tu. Saya macam  aaaa...tak tau nak reaksi apa tengok kura-kura tu. Bawak naik rumah, tenung kura-kura tu. Tapi entah nape kura-kura tu tak serasi dengan saya kot, tak lama saya jaga dia pun mati. 2-2 tu mati. 

 Ini la kura-kura tersebut. Comeyyy tak kak tonnnn?? Siap ada pokok kelapa lagiiii..kau ada?

Ehmm...nampak tak point nya di situ? nampak tak?

Tapi tidak la selalu dia wat 'surprise' macam tu.

Ada gak dia buat 'surprise' yang saya suka. Contohnya dia suruh bukak dashboard keta dan plinggg!! Ada novel 'AYAT-AYAT CINTA' kau haa.. time tu tengah meletop-letop citer tu kan. Saya pun suka rasa nak lompat2 dalam kereta.

Pastu ada lagi ke. Rasanya penah kot saya buat post pasal barang2 pemberian lakiku zaman cintan cintun dulu. Jap cek.

Ok ni dia -> Kisah Cik Abang

Tapi la ni bila da kawen tak tau la apasal tak de da nak surprise2 bagi benda lagi da. Tak tau la agaknya semua lelaki memang macam tu kot automatik bila da kawen diorang punya sense da lari sket tunenya..mungkin sebab ada banyak lagi benda lain diorang nak pikir daripada nak memuaskan hati bini dengan benda remeh temeh camni.

Err..remeh eh..

Sudahnya most of the time hari istimewa disambut dengan makan-makan je.

Tapi sebab 2nd anniversary ni jatuh pada weekdays, lakiku takde. So takde la makan-makan. Ada jugak berharap kot tetiba lakiku muncul depan pintu rumah sambil kata "Surprise! Abang balik ni! Jom kita makan kat luar!"

Tapi takdak pun. (-_-) 

Kata da jangan berharap, nanti kecewa. Tapi degil nak berharap jugak.

Sebenarnya salah saya jugak. Sebab setiap kali dia buat surprise dengan muncul tiba-tiba tanpa bagitau, mesti saya akan marah "Lain kali nak datang tu bagitau la dulu. Tak suka la surprise2 ni!"

Pastu la ni bila laki kau tak balik buat surprise, kau nak marah plak. Memang tak la. Padan muka sendiri. 

Dan tambah tak best lagi saya punya merajuk daripada hujung minggu lepas dia tak pujuk-pujuk lagi. Bini da buat muka tempe basi pun masih tak paham-paham nak pujuk. Bini da zip mulut merajuk tak nak bercakap pun takpe dia masih boleh bercakap sorang-sorang. Tak paham nape laki tak boleh nak paham yang bininya tengah merajuk nak mintak pujuk susah sangat ke haaa cuba kau baca dengan satu nafas boleh ke.hahahaha..

So saya pun tak buat apa-apa untuk 2nd anniversary ni. Merajuk katanya kan. Sampai la bila lakiku post gambar ni kat facebook semalam.

"If I had a single flower for every time I think about you, I could walk forever in my garden.
We have changed over the years, but the sparkle in your eyes is as bright as ever, and my love for you is even stronger.
Side by side - Year by year...Happy 2nd Anniversary my dear..."

Ok, bab ayat manis memang lakiku cukup power. Dari dulu sampai sekarang sama je ayat manis tapi dalam sms je la. Real percakapan dia memang tak la. Kalau tak, takkan la dia tambah komen macam ni pulak : 

"Tema 2nd anniversary tahun ini berdasarkan sempena pru13. Keluarga bahagia bersama tolak penipuan pilihanraya. Kearah penempatan staf mesra keluarga.."

Entah apa-apa la lakiku ni laaaaa...

Anyway suamiku MOHD ZUBAIR BIN SULAIMAN, saya isteri kamu NADIA BINTI HAIRI akan sentiasa sayang kamu, kasih kamu dan cinta kamu hingga akhir hujung nyawa. Semoga cinta kita sentiasa diberkati Allah dan keluarga kita bahagia berkekalan hingga ke Jannah..Amin. 

And last but not least nak jugak tempek gambo kawen..hehehe..

Happy 2nd Anniversary dear..XOXO



9 comments:

  1. happy 2nd anniversary...:)
    weee...romantik la jugak tu..keluar ayat2 manis...laki aeen jgn harap la....ayat dy straight je..xde bunga2..hehehe

    ReplyDelete
  2. Sgt2 sweet moment...kura2 tuh comel...weeeeee lg2 bila asben bg kata2 yg tulus ikhlas kan waaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Heheh..part hmster n kure2 tu aty gelak...

    ReplyDelete
  4. sis ni kelakar jugak..hehehe..tergelak sorang2 baca entry ni..happy 2nd anniversary to u n hubs ye sis..semoga berbahgia hendaknya..

    ReplyDelete
  5. Kelakar part kura2, u ..i knal zubair.pna satu opis tp len department.

    ReplyDelete
  6. happy anniversary nadt..haha..comel je kekura tu..

    ReplyDelete
  7. Hepi annivsry...part kura2&hamster tu kelakau...hihi..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...