Wednesday, June 5, 2013

Ubat pun nak yang serasi

Bila anak demam, mak mak la yang paling risau sekali. Macam2 dibuat nak bagi anak sembuh cepat. Dengan jelumnya la, daun bunga raya la, ubat macam2 memang tak boleh nak lari. Sejak Saif lahir smpai la da setahun ni memang banyak la koleksi ubatnya. Nak kata kerap sangat demam tak jugak. Tapi sesekali kalau kena, memang ambik masa 2, 3 hari jugak nak baik. La ni da jarang demam, kalau kena pun kejap je sehari dua da ok.

Satu bekas ni semuanya ubat Saif je.. (-_-)'

Saya perasan Saif ni ada sesetengah ubat yang dia tak serasi means kalau makan ubat tu memang tak kebahnya demam dia. Dan ada ubat yg dia makan terus boleh elok.

Hujung minggu sudah pi Bukit Merah Lake Town Resort kononnya nak bawak Saif berjalan la. Tapi hari jumaat tu Saif da mula dedar. Saya memang standby bawak ubat sentiasa kalau travel. Ubat demam yang saya bawak masa tu dapat masa Saif cucuk MMR hari tu sebab nurse kata biasanya budak akan demam lepas seminggu kena cucuk. So maybe Saif demam kena cucuk la ni. Cek suhu normal tapi badan dan kepala dia memang rasa panas. So bagi je la ubat. Tapi kurang sket je panasnya. Suhu still hampir 37. Even tak demam tapi panasnya tu risau la jugak. Nak bawak Saif berjalan pun hati risau. Bawak jugak dia pi Ecopark tapi dia buat muka monyok je. Alahaiii...segala aktiviti nak pi sana sini konon nak swim la, nak pi zoo la, terpaksa cancel. Anak monyok, mamanya pun jadik takde mood nak bawak berjalan.

Ubat yang tak berapa serasi. Color pink cair. Rasa manis2 pahit.

Sampai la hari semalam, Saif masih dedar. Means da 4 hari jugak la dia dedar. Tapi dia still aktif macam biasa. Petang tu cek suhu dia lagi da 37.5 plak. Kira demam la tu. Kepala n badan dia memang terasa bahang panas. So terus decide nak bagi ubat. Kali ni bagi ubat lain plak. Ubat ni lama da beli masa dalam pantang lagi. Mak yang beli ubat ni kat farmasi untuk standby bila Saif demam. Dan ubat ni memang berkesan. Bagi Saif makan ubat tu, dalam tempoh sejam suhu dia da turun jadik bawah 36 darjah. Pastu rasa dahi dan badan dia pun da sejuk normal macam biasa. Sikit pun da takde rasa panas. Mujarab betul.

Latest suhu malam tadi masa Saif tido.

Ubat yang serasi. Tak tau nama apa sebab da kena tutup ngan sticker. Color ubat oren dan rasa manis2 oren. Saif pun rela hati makan fefeeling minum jus kekdahnya.huhu...

Perbezaan color ubat. Oren serasi, pink tak serasi.

So kesimpulannya pasni kalau saya nak bagi ubat, kena bagi yang color oren baru berkesan. Sebelum ni pun kalau dia demam, pi klinik Normah memang dia bagi ubat color oren macam tu. Tak pasti jenis sama ke tak sebab da tukar ke botol klinik kan. Color pink tu bukan setakat yang jenis fepril je tak serasi, jenis lain pun asalkan color pink memang tak serasi. Kandungan bahan ubat tak dapat dipastikan tapi 2-2 mengandungi paracetamol. Tapi kalau da panas sangat lebih 38 darjah, baru saya masukkan ubat kat montot plak. Comfirm elok demam. (Di samping jelum dengan kerap).

Apapun kita usaha je kan. Kuasa menyembuh tu tetap di tangan Allah. 



4 comments:

  1. yang fepril tu goverment biasa bg...5ml...memula terkejut eh tinggi nya dos..pastu baca balik..120mg rupanya...cair tu anak akak serasi gak...

    ReplyDelete
  2. bila anak xsihat cenggitu la kan.. afiq suke oren punye..pink tak syedap! hehe. smoga saif cepat baik yer..

    ReplyDelete
  3. Anak akk serasi dgn ubat fepril tu..gov punya tu sis..

    ReplyDelete
  4. aisyah serasi dgn ubat gomen..biasanye g private x brp dia telan tu pasal lmbat baik kot..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...