Monday, July 29, 2013

Macam macam nak cerita..

Banyak cerita tertangguh nak dikongsikan tapi kesibukan mengatasi segalanya. Rindu nak blogging oiii..

Nak cerita pasal...

Misi Rak Buku Kat IKEA



Anak mama yg gurlish..



Puding Milo Lapis Oreo Yang Senang Bangat



Biskut Chocochips Ala Famous Amous


Popia Ketam Yang Cheesylicious Wallllaaaa!


Popia Nestum La Pulak



Blog ni jadik macam buku resepi plak..hahaha..tau je la bulan pose mood masak tu up sket. Tapi mood nak blogging je ni ha yang tak sampai seru lagi. Mood raya da datang sket2.hehe..

Nanti-nanti eh..k..nak pi kelas da..penat..tarik nafassss..fuuhhh...

Wednesday, July 24, 2013

Update : COD Biskut K'Rogers

Untuk makluman, free COD untuk biskut K'Rogers bagi kawasan Bentong dan KL(bergantung kepada kawasan) adalah jika tempahan berjumlah 4 tin dan ke atas. Jika jumlah tempahan kurang daripada 4 tin, pembeli disarankan mengambil biskut berkenaan di Sri Damansara, contact directly with me (Wassap : 019-2652187, SMS : 019-2147187).

Harap maklum. Terima kasih.

Tuesday, July 23, 2013

Saif 14 Months

Lupakan cerita telur di dahi Saif malam tadi. Pagi ni mood ceria da. Lepas tuam ngan ice malam tadi, benjol dia tu da surut, tinggal lebam je. Mama pun lega. Kalau tak, nak makan berbuka semalam pun tak selera.

 Bangun tido sengih-sengih..da surut benjolnye kan..mama ni memang over kalut..huhu..

Actually hari ni nak cerita pasal Saif da 14 bulan. Eh..eh..da setahun 2 bulan da anak bujang nan sorang ni. Rasa macam masih baby baby lagi. Alololo baby baby..meh kiss kiss mama mehhh..

Bila da setahun 2 bulan ni secara rasminya saya nak isytiharkan yang Saif now da boleh berjalan sendiri! Clap! Clap! Berbangga mama tercapai target nak berjalan masa raya nanti. Sebelum ni orang dok tanya bila la nak berjalan ni..sokmo mamanya jawab dengan konfiden "Raya nanti da boleh jalan da.." Haa..seb baik betul la da boleh jalan. Tak sia-sia mama ketuk kaki kamu selalu dengan remote..hahaha..

Hari tu call neneknya, neneknya kata, "Sian Saif, da la kecik..bila la nak berjalan tu.." Terus saya bangkang, "Heyy..Saif da boleh jalan laaa!" Kalau tak tiap kali call mesti neneknya tanya Saif da jalan ke belum. hehehe..

Actually Saif mula berjalan sejak balik Tampin hari tu. Ehmm..bila ek balik Tampin tu, awal puasa hari tu. hari Sabtu..6hb Julai..ye..tu la tarikh keramatnya. Saya biarkan dia berdiri. Pastu terkedek-kedek dia berjalan ke arah caca dia. Waaahhh..semangat tu dia berjalan nak dapatkan caca dia. Mama n papa proud giler! Tepuk tangan melompat-lompat kitorang dibuatnya. Rasa nak menitis air mata kegembiraan pun ada. Poyo sangat...hahaha..Tapi saja tak nak isytihar awal-awal sebab nak pastikan dia memang da boleh jalan betul. #bajetretissangat

Tak tau la Saif ni selalu kalau nak asah skill baru dia masa ada kat Tampin. Dulu pun masa memula menyusur pun kat Tampin, lancar merangkak pun masa kat Tampin. Maybe sebab rumah MIL tu jenis panjang ke belakang so dia nampak lapang je senang nak bereksplorasi. Ni kat umah mama, baru jalan sikit da sampai dinding, jalan sikit lagi jumpe sofa, jalan sikit lagi langgar lion..

La ni celik biji mata je dia da berjalan sana sini. Sometimes saya tengah senyap kat dapur masak bubur dia pagi-pagi, tetiba dengar suara orang, "Takk aaa..Takk aaa..takk aaa.." kat belakang. Tak ke tanjat mama dibuatnya. Orangnya tak kelihatan, suara je ada. Rupanya dia da berjalan pastu berdiri bawah meja makan. Huhuhu..Minggu lepas dia main kejar2 dengan kakak Asha n Isha elok da dia da ble kawal badan dan brek bila perlu. Cuma tangan dia masih ke atas nak stabilkan badan dan terkengkang-kengkang itu biasa. Comel je mama tengok. Kejap-kejap nak kiss penuh bangga.

Tak kekok berjalan dengan kasut sebab da latih dari awal

Saya perhatikan Saif macam agak berhati-hati dengan langkah dia. Sebab mostly anak buah saya yang first time berjalan semuanya excited menonong berjalan laju non-stop macam nak berlari. Saif ni dia melangkah setapak demi setapak. Masih cuba membiasakan diri agaknya.

Mama da belikan kasut raya baru untuk Saif. Semalam test pakaikan kasut tu, kemain excited dia jalan sana sini. Memula risau gak takut dia tak selesa nak berjalan dengan kasut but tengok-tengok ok je dia dengan kasut tu. Puas mencari kasut saiz Saif tau, merata pergi takda saiz. Sudahnya jumpa kasut yang ada saiz dia (saiz 20), terus rembat beli tanpa pikir lagi. Beli kat The Store je uols kat department baby tu. Sengaja beli kasut (actually sandal) yang ada lubang-lubang gini sebab saja nak bagi pengaliran udara kononnya. Mama n papa kan memang over..hahaha..

Test drive kasut raya

Cerita pasal berjalan je da 5 perenggan kekdahnya. Hehe..perkembangan lain macam biasalah mulut makin bising itu biasa. Hobi dia main bukak tutup. Segala benda yang boleh dibuka dan ditutup dia akan ralit main. Bagi botol kat dia, dia akan bukak penutupnya pastu tutup semula. Bukak lagi tutup lagi. Sampai boring. Pastu cari benda lain plak yang ble dibukak tutup. huhu..Kalau tutup pintu ke, tutup almari ke mesti sebut "Tup..tuuuu..tup.." Lagi satu hobi atau kegemaran dia yang dikenalpasti sejak dulu ada lah suka main sudu, sudip, mangkuk, cawan, periuk belanga semua la. Boleh ralit dibuatnya. Minggu lepas pi IKEA, konon nak belikan softoy utk Saif. Hapah dicampaknya toy tu. Tapi bila saya bagi set sudip, terus dia senyap ralit main. Tak jadik beli softoy, mama beli sudip je la ye. Mungkin da ada aura Masterchef. Takpe, mama restu kalau awak nak jadik Masterchef ye. Mama boleh tumpang glemer..hehehe..

Lagi Saif suka pura-pura nangis. Dia bunyi nangis wooo..wooo..siap memek muka tapi tengah bersantai tengok TV. Camno? Agaknya dia tiru mama yang suka pura-pura nangis kalau Saif buat mamanya. Tiap kali saya pura-pura merajuk n nangis tutup muka, dia akan senyap tenung pastu tarik2 tangan kita tak bagi tutup muka. Pastu datang peluk. Semalam siap tepuk-tepuk saya lagi bajet nak dodoikan mama ke..hahahah..

Bila makin besar, otak makin bijak maknanya kita pun kena kawal perilaku kita depan anak-anak sebab anak-anak akan tiru setiap perbuatan kita. Macam Saif ni dia da tau kalau bagi kasut dia akan nak pakai kat kaki, bagi jam dia akan pakai kat tangan, bagi cekak rambut dia akan pakai kat kepala, bagi spek dia akan sangkut kat muka, bentang sejadah dia akan terus sujud. Hari tu dia bagi saya tudung, pastu tunjuk pintu. Nak ajak saya keluar la tu..bijak kau nak bagi mama tudung nak ajak keluar punya pasal. Selagi tak keluar selagi tu la hekk..hekk..

Cuma yang masih jadi kerisauan tu sebab minum susu kureng. Takpe la nak, as long as kamu sihat, ceria dan aktif mama da gembira da. Semoga anak mama ni terus sihat, panjang umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang patuh pada ajaran agama serta taat pada mama dan papa. Love u baby, muahsss!!

Video Saif first time mula lancar berjalan kat Tampin. Dapat bear, gigit pastu campak dengan muka bangga..hahahaha..


p/s : target nak plan adik Saif bila Saif da pandai jalan. Tetiba rasa nak postpone tahun depan la plak, ble tak papa? ngehehehe...




Monday, July 22, 2013

Bila Saif Bertelur Di Dahi!

Macam biasa dengan perasaan happy nak ambik Saif kat umah bs. Sampai2 tengok saif kat riba bs, tengah monyok. Nampak mamanya terus dia menerpa. Saya ternampak sesuatu kat dahi Saif. Eh, apa tu? Macam benjol je! Eh memang betullah benjol! Besarnya benjol! First time seumur hidup tengok benjol besar camtu secara live. Lebam plak tu!

"Akak pi bilik air tadi. Saif kat depan dengan Adam je. Tetiba akak dengar Saif jerit kuat. Tengok2 dia da tertonggeng tepi sofa. Rasanya dia jatuh dari sofa pasti tersembam ke sliding door." Explain bs.


Saya tak terkata apa. Serius tak terkata apa. Terkedu. Terkejut. Tanjat tengok dahi anak lebam benjol gitu. Yang saya boleh buat hanyalah peluk dan tiup2 dahi Saif. Tak tau nak kata apa.

Ingatkan hati ni tabah. Sampai umah je saya terus nangis. Sian anak mama camno la ble jatuh ni. Bukannya tak penah jatuh pun. Biasala budak tengah melasak. Tak jatuh memang tak sah. Tapi tak penah seteruk ni. Da bertelur dahi tu. Saif pun terus merengek2 nak susu, terus bagi ngempeng, terus tido. Lena. 

Hope Saif tak sakit la. Sometimes ambik masa kan baru nak rasa nyutt nyutt kat bengkak tu. Mama plak yg terasa denyut2 kat dahi ni.

Rasa kecewa dan ralat sket sebab bs takde mintak maaf pun. Memang la bukan dia sengaja nak buat Saif jadi macam tu tapi kejadian berlaku ketika Saif di bawah jagaan dia. at least minta maaf tu ble wat hati mak mak saya ni sikit lega terpujuk.ehm...

Terus hilang selera nak berbuka. Nak berbuka apa ni pun xtau da. Ehmmm.. sedey..tskkkkk..


Tolong Sensitif Dengan Perasaan Orang Lain

Sekarang ni tengah panas dengan isu anak yang lemas dalam kereta tu kan. Innalillah..semoga Allah melimpahkan rahmat ke atasnya. Insya-Allah anak itu kini sedang gembira bermain-main dalam syurga nan abadi. Buat keluarga arwah..takziah. Bertabah la dengan dugaan yang maha hebat ini.

Cuma yang tak bestnya bila ramai yang dok menghambu mak budak tu kata cuai la ape la..ok la..mungkin ada unsur kecuaian di situ tapi kita tak berada dalam situasi maknya tu so kita tak tau apa sebenarnya yang terjadi. Ikutkan cerita, maknya tu siap bukak pintu belakang ambik buku segala bagai tapi nak jadikan cerita mungkin pandangannya di'tutup' seketika membuatkan dia tak perasan anaknya ada kat situ. So jangan mudah-mudah nak judge orang kalau kita sendiri tak berada di tempat kejadian.

Kita sendiri pun penah terlupa kan? Cermin mata atas kepala tapi dok cari merata tak jumpa. Pastu mesti korang pernah alami bila korang cari barang tak jumpa, tapi esok lusa korang cari lagi ada je benda tu kat tempat yang korang da cari sebelum ni. Pernah kan?

Bukan nak samakan arwah dengan barang, tapi situasi tu..situasi..paham tak?

Perkara ni bukan pertama kali berlaku. Dan saya baru dapat info yang perkara ini mungkin adalah satu sindrom. Terima kasih Kak Mimy yang share info ni. Rupanya rancangan Oprah pun pernah ulas isu ini. Korang boleh google la pasal sindrom ni.


Lagi satu yang tak bestnya, bila gambar budak tu yang da kejung dengan bibir biru tu disebarkan merata. Saya da lama tak baca suratkhabar so saya tak pasti adakah gambar tu bersumberkan daripada akhbar ataupun tidak. Saya malas nak cari sumber, tak sanggup. Yang pasti kat internet ni kalau korang google confirm ada gambar tu. Astagfirullah..naluri saya sebagai mak-mak ni tengok gambar tu da rasa hancur luluh, bayangkan pula apa perasaan mak budak tu bila gambar anaknya tu dijaja sana sini? Serius sampai sekarang saya terbayang-bayang.

Pastu ada pulak saya baca sumber yang berbunyi  lebih kurang macam ni "Bila ditemui, keadaan pakaiannya telah koyak rabak, kepanasan barangkali, dengan teddy bear yang basah lencun dengan air mata dan peluh.." Ya Allah..da la ko letak gambo budak tu yang da biru, pastu ko detailkan plak akhir hayat dia macam mana. Saya yang baca ni rasa hati macam disiat-siat tau, rasa terseksa..macam mana plak hati mak bapaknya. Orang empati level tinggi macam saya ni memang tak boleh baca benda detail macam ni, benda ni akan terbayang dalam kepala tau tak. Punyelah terbayang sampaikan pagi tadi masa drive hampir nak langgar roadblock polis. Seb baik tersedar. Dengan air mata bergenang, korang yang menulis tu tak boleh rasa ke?

Tak tau la kenapa but da lama perhatikan media kita ni sometimes tak sensitif dengan perasaan orang. Perlu ke nak detailkan sesuatu kejadian tu. Ni kalau berita kemalangan tu seboleh mungkin nak cerita "Mangsa mati dengan otak bertaburan di jalan raya dan tangannya putus terpelanting 5 meter..bla..bla.." Pastu nak letak gambo jalanraya yang bertaburan darah dan otak..saya sebagai pembaca ni rasa errr..tak boleh..tak boleh..rasa ngeri. So bayangkan plak perasaan family yang baca tu camne plak? Kalau kes cabul or rogol plak kalau ble nak detailkan macam mana cara mangsa dirogol. Tu mangsa tu masih hidup camne nak berdepan dengan masyarakat? Nak salahkan reporters 100% pun tak boleh jugak sebab diorang mengikut kehendak editor. Editor plak kata "Ni semua permintaan pembaca. Pembaca suka baca cerita yang sensasi." Hoii..kot sensasi gosip suka la kot nak baca. Tapi cerita kematian orang tu usahlah disensasikan. Pastu letak tajuk plak saja nak tarik perhatian orang "Ibu Cuai." Ohoii..sensitif la sikit. Media da claim ibu cuai, pembaca yang baca pun dok hangguk "Haah..ibunya la ni yang cuai..bla..bla.." tanpa tau hujung pangkal cerita sebenar.

Saya nak tulis tentang perkara ni pun pikir banyak kali sebab takut sangat kot ada yang tersinggung dan saya minta maaf awal-awal kalau ada yang terasa. Ini kisah kematian so jangan mudah nak judge orang dan mengsensasikan cerita. Yang penting kita ambik iktibar dan bukannya blame orang lain atas takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Kita sendiri pun tak tau apa yang kita akan hadapi di masa hadapan. Moga kita dijauhkan daripada musibah sebegini. Nauzubillah..

Saya doakan moga ibu arwah kuatkan semangat dan terus tabah. Arwah sedang gembira bermain di taman syurga dan menanti ibubapanya di sana-InsyaAllah.

*update : kebetulan baru baca artikel yang berupa luahan hati yang sama dengan saya. sumber rakan ibu arwah sendiri. https://www.facebook.com/notes/wardina-safiyyah-officialpage/kisah-maut-dalam-kereta-ibu-sedikit-penjelasan-dari-seorang-sahabat-si-ibu-yang-/544424538954979

Friday, July 19, 2013

New Dress To Let Go [Sticky Post]

Minggu lepas kengkonon pi shopping baju raya. Nak carik baju color cokelat nak match ngan baju melayu Saif n papa Saif. Hambik kau segala macam jenis baju color cokelat dikeluarkan oleh budak kedai tu bagi kat saya. Serba salah dibuatnya last-last ambik gak baju ni. Cantik tapi bila bawak balik umah..alaaaa...tak sama color cokelatnya..tsskkk..

So saya nak letgo ni. Baru lagi ni, bau kedai pun tak hjilang lagi.
Harga asal RM98.90. Nak letgo RM90 je termasuk postage. 

Dress ni free size. Material lycra. Atas tu lace. Bila saya test pakai, memang labuh, ada lebihan dalam 8cm gitu. Tinggi saya 152cm je. (sorry cari tape tak jumpe nak ukur)


Tanda harga pun ada lagi tak buang ni.

So, sape yang berminat tu cepat-cepat e-mail saya ye. 
didie_kawaii@yahoo.com

(stickey post) Biskut K Rogers Yang Sedapnya Fulamakkkk Walllaaaaa!!

Haaa..entri makanan lagi hari ini. Hari ni nak promote biskut K Rogers plak. Tahun lepas SIL punye bisnes K Rogers ni saya tolong promotekan je. Tahun ni saya plak yang berbisnes K Rogers ni. Muahahahaa..

Adapun tersebut kisah biskut K Rogers ni memang sangat lah sedapnya fulamakkkk walllaaaaa!! Actually biskut ni adalah butter cookies tapi butter cookies ni sangatlah sedapnya fulamakkkk walllaaaaa!!(berapa kali nak ulang ayat tu daaa..hahaha). Sekali rasa, dok ulang-ulang nak lagi. Ada yang tak sempat nak raya pun da abes satu tin. Dah kena order beli yang baru lagi. Huhu..

Ada 4 perasa :
1) Raspberry and Almond Chips
2) Cornflakes and Cereals
3) Almond and Cocoa Chips
4) Blueberry

Semua perasa pun sedap!!






Selain daripada biskut yang sedap, packagingnya yang cantik dalam tin memang sesuai kalau nak buat hadiah kat mak mentua ke (pandai kau nak bodek mentua ye),sedara mara or nak buat hantaran pun boleh. Nak buat hadiah korporat pun boleh sesangat. Kot da abes biskut tu, korang nak guna tin tu buat simpan biskut Farley Rusk anak korang pun boleh (punyelah multipurpose tin biskut ni kan ko nak promote).

Untuk makluman juga biskut ni buatan Malaysia dan dijamin halal (ada cop halal JAKIM tapi lupa nak snap-bawak sample ke opis, dengan tin2 sekali diorang ngap hilang tak sempat ambik gambar) dan harga yang saya tawarkan ni memang boleh kata yang termurah di pasaran. Setiap tin beratnya 400gm dan ada 48pcs biskut kat dalamnya. Biskutnya besar-besar tau.

So berapa harganya?

Harganya cuma RM20 sahaja per tin (any flavor)
Harga tak termasuk postage.
Boleh juga kalau nak COD (area KL dan Bentong sahaja)


So now saya open untuk pre-order sehingga minggu depan (19 Julai 2013). Pastu saya akan terus proceed order dan pos pada yang berkenaan.

So, sape berminat nak order, boleh la email saya :
didie_kawaii@yahoo.com
or wassap
019-2652187

* Better cepat tempah awal-awal weii takut dekat nak raya baru nak mencari biskut segala confirm takdak stok pastu mulala harga pun jadik lagi mahal..




Thursday, July 18, 2013

Komen Iffa Tentang Isu Ashraff Muslim

Sedikit selingan di tengahari. Saya rasa kelakar komen ini so nak kongsikan saja-saja. Terbayang si Iffa menuturkan dialog ni. Da la Iffa(Sherry Ibrahim) tu ex-gf si Aserap. hehehe..

sumber : beautifulnara

Tak boleh blah dengan ayat "tp Iffa dapat Ehsan..lagi curlassttt" 

Mungkin di situ hikmahnya? ngehehe...sekadar selingan..

p/s : seb baik kak long tak enterframe..



Saya, Pakcik Suratman Dan Ashraf Muslim

Sana sini tengah hot pasal kisah Ashraf Muslim da kawen buat kali ke-2. Saya ketinggalan ketapi sket, baru tau pun petang semalam. Tu pun kawan tarik tangan tunjuk kat PC sambil kata "Weii..ko tau tak gosip terbaru? Ashraf Muslim kawen 2 dah!!"

Saya pun, "Haaa??Biar betul? Mana? Mana?"


Dan bermulalah dialog-dialog kepochi.

Saya tak nak ulas panjang pasal isu Ashraf ni. Satunye sebab da ramai yang jadik pengulas tak bertauliah kan. Keduanya sebab Sakinah tu adik kawan saya (masa belajar kat U), so saya tak nak la andai kata dia terbaca blog ni karang dia tersentap ngan saya plak kan. Jangan marah naa Kak Wan..

Minggu lepas masa saya pi cuci kereta, ada jumpa satu couple warga emas ni. Kira warga emas la sebab da berambut putih semua kan. Peramah orangnya. Si suami namanya Pakcik Suratman, bininya saya tak tau nama. kuikui.. 2-2 peramah cakap tak berhenti.hehehe..

Antara nasihat yang dia kongsikan adalah :

"Hidup suami isteri ni kena ada tolak ansur. Pakcik dulu kawen dengan makcik masa umur makcik baru 15 tahun. Bayangkan macam mana pakcik nak bimbing isteri yang muda tak tahu apa langsung masa tu. Masak tak tau, buat keja rumah pun tak tau. Tapi pakcik sabar. Pakcik tunjukajar perlahan-lahan. Dan Alhamdulillah makcik plak jenis yang nak belajar dan patuh kata. Itu la yang buat sesuatu perkahwinan tu kekal.

Satu lagi SETIA! Macam-macam cerita pakcik dengar sekarang ni, suami orang tu skandal ngan kawan pejabat, bini orang tu skandal dengan kawan kat facebook..orang yang tak setia ni adalah orang yang TAK WARAS. Kalau dia waras, dia takkan sanggup buat macam tu. Bayangkan la bini kat rumah sibuk layan anak, sibuk buat macam-macam keja rumah, basuh baju, masak, macam-macam la..tapi laki kat luar? Sibuk dating tengok wayang dengan makwe. Tu belum lagi kalau nak kata pengorbanan isteri yang melahirkan anak separuh nyawa nak beranak kau tau..anak pakcik 5 orang, makcik ni susah payah lahirkan 5 orang anak pakcik, pastu takkan senang-senang pakcik nak buat-buat lupa? Gila!
(masa ni mula rasa touching dengan kata-kata pakcik tu)

Kalau nak jadi setia, perkara pertama kena buat mestilah JUJUR! Jangan cakap kat bini kata balik lambat ada meeting, tapi sebenarnya dating pi jalan-jalan cari makan. Bini kat rumah makan nasi lauk telur goreng ngan kicap je,tu pun share dengan anak. Tak pun laki kat umah takde nak makan ape padahal bini sibok menggeletis kat luar dengan kawan opis kononnya. Pakcik tak tau la apa dalam kepala otak orang yang tak setia, tak jujur ni..kalau orang tu ada pegangan agama yang kuat dia takkan buat macam ni. Orang takde hati perasaan dan otak je yang sanggup buat pasangan dia macam ni. Baru setahun dua jagung kawen da buat perangai. Pakcik ngan makcik ni da lebih 30 tahun kawen. Macam-macam orang pakcik da jumpe. Maklum la dulu pakcik keja macam-macam. Tapi Alhamdulillah pakcik setia dengan makcik.."

Panjang lagi pakcik tu bercerita. Sesekali dia nak mengingatkan sesuatu dia akan pegang peha isteri dia dan tanya, "Eh..awak ingat tak yang masa tu..bla..bla.." Even da masuk season kilauan emas tapi sentuhan tu tak lekang. Yang makcik tu plak dok senyum-senyum malu bila Pakcik Suratman tu cerita pasal dia. Sweet gile saya rasa.

Moh kita camwhore sesama..Alololo..sweetnya..err..ni bukan Pakcik Suratman dan isterinya tau. Sumber : google

Cuba imbas balik situasi korang kita sekarang ni. Bila kuar jalan-jalan dengan hubby/wife ada tak pegang-pegang tangan lagi macam zaman awal-awal kahwin dulu nak berkepit je? Terus terang saya cakap saya sendiri pun kurang nak berpegang tangan maklumlah bila da ada handbag 8kg ni (Saif), mana gaya nak berpegang tangan. Tapi sesekali bila Saif takde, atau Saif dok dalam stroller, suka la saya nak mengendeng tangan laki saya. Ngehehe..Tapi tak suka pegang tangan dia kalau dia tengah pegang troli, nanti kena karen. Grr..Tapi saya je yang suka pegang2 laki saya, laki saya is very the keras tak reti nak membalas. Grrrr..Lagi saya suka peluk laki saya bila dia tengah masak. Nanti dia geli geleman terus gabra ntah jadik apa-apa dia masak tu. Ngehehhe..

Bilakah kali terakhir fefeeling romantika di tepian pantai begini? Err..outdoor photoshoot for wedding maybe..

Dah mula mengarut ni. Ok, kita cuba relatekan apa yang Pakcik Suratman tu katakan dengan situasi si Aserap tu sekarang. Kau rasa si Aserap tu setia tak? jujur tak? Bila tak setia dan tak jujur apa maksudnya? Haa..nampak tak signifikannya tu.

Memang la dia berhak nak kawen 2 even 4 sekalipun tapi dengan cara yang tak jujur "MEMBOHONGI" isteri dia si Dayana tu memang rasa ketidakadilan di situ. Belum apa-apa lagi dah tak adil, so macam mana nak berlaku adil dalam rumahtangga? Saya rasa tak payah la Dayana teruskan dengan si Aserap tu, kalau teruskan jugak laki kau si Aserap tu akan berjalan senget kat akhirat kelak sebab ketidakadilannya tu. Nak laki kau jalan senget? Lantakkan! 'Dia yang jalan senget bukannya haku', kata Dayana sambil tangan ke bahu, mata ke atas - ok ni tipu.

 Anak sape la ni kekecik da pandai buat gaya cenggini..ngehehe..
sumber : google


Ok..panjang plak ceritanya ni. Kot ada point lain nanti saya tambah kemudian. Nak tanda paper student ni. Tskkk..(kat atas tadi kata tak nak ulas panjang..ni bukan main berjela aku baca..ngehehe)


Wednesday, July 17, 2013

Memang Sakit Badan Atau Simptom Ketagihan

3,4 hari kebelakangan ni saya rasa sakit betul. Kepala pening, badan sakit macam baru kena belasah. Lemah badan tak bermaya. Korang ble abaikan simptom muntah yang saya penah cerita sebelum ni sebab memang takde pape ye - [post]. Saya syak badan saya sakit sebab tido atas tilam yang melengkung akibat katil yang patah masa balik Tampin hari tu. Korang jangan pikir bukan-bukan, katil patah tu papa Saif punye pasal sebab berat dia 500kilo. Larik...

Da melepek macam panda ni haa..

Tak tahan punye pasal, semalam saya carik tukang urut. Memang tak tahan sangat, kepala pun da macam ting tong berpusing-pusing dengan puasanya lagi..alahaiii..nasib baik makcik tu sudi urut di bulan puasa ni. Urut satu badan plak tu. Best woo urut-urut..lega satu badan.

Tapi lega sekejap je la..balik rumah petang tu, sakit badan semula. Ingat nak singgah gak beli panadol muscle joint dan YokoYoko tapi sebab hujan lebat, malas nak singgah kedai. Hadoiii..sakit badan sampaikan saya hentak-hentak belakang badan kat sofa sebab takde sape nak tukang urutkan kan..sedey..tskkk..Nak suruh Saif pun budak tu bukan tau ape, taunya menyengih je pastu nak join main hentak2 sofa. Malam tadi plak Saif buat hal, nak tido tapi main-main smackdown mama dia plak. Mamanya da la sakit badan, dia main smackdown plak, haaa ambik kau mama tinggalkan dia dalam bilik sorang2 dalam gelap tutup pintu. Nangis-nangis meraung mintak maap (ye ke mintak maap..hahaha)..Tak lama pastu baru dia tido. Lega sikit pale otak (dalam pada tu pale otak dok pikir periuk tak basuh, lantai tak sapu..aiii...)

 Ble plak google2, jumpe gambo ni..buroknye rasa..kahkahkah..

Pastu entah macam mana saya terfikir, entah-entah saya jadik macam ni sebab da lama tak minum kopi. Memang sepanjang bulan puasa ni saya cuba elakkan minum kopi sebab kopi kan menyahhidratkan badan kan dan akan mempengaruhi production susu. Tapi memang 2,3 hari ni rasa nak sangat minum tapi dok tahan-tahan.

So pagi tadi, sahur saya cuba minum kopi. Bancuh la secawan IPOH White Coffee. Perghh..nikmatnya tak terkata. Dan-dan terus sakit kepala hilang! Sakit badan pun hilang! Biasa lepas sahur, saya sambung tido jap. Tapi pagi ni terus rasa cergas siap ble kemas lap dapur semua, sapu rumah semua tip top segala. Dan setakat ni masih lagi rasa cergas.

Comelnya rasa bila minum kopi macam ni..santun sangat..alololololooo..

Saya rasa maybe jugak la ape yang saya rasa tu adalah simptom ketagihan kafein. Ikutkan saya bukanlah peminum kopi tegar tapi dalam seminggu tu ada la 2,3 kali kot minum. Tu pun boleh kira ketagih ke.

Sempat lagi google simptom ketagihan kafein - Sumber Dr Zubaidi

Tapi saya harap-harap apa yang saya rasa ni bukanlah bermakna saya penagih kopi. Tak nak..tak nak jadik penagih kopi. Sesekali boleh la ek.


Tuesday, July 16, 2013

Booster di bulan puasa

Bf mom di bulan puasa memang cukup mencabar. Pertama kali saya rasa sungguh2 lemah longlai melepek da macam kain buruk yang terlepek di bawah sinki. Belum tengahari lagi kepala da pusing, badan da menggigil, nafas turun naik laju..da macam mat gian plak.

Ikut hati rasa nak skip je rutin pumping. Ye la, pump pun bukan dapat banyak mana pun. Tapi saya teruskan jugak sebab berpegang pada konsep supply n demand. Takde demand, takde supply, anak aku juga yang kesian nanti. Demimu nak, mama rela berkorban berpinar bijik mata. Eh, korang tau tak setiap kali bf, 500 kalori dibakar? Korang bayang la kalau sahur cuma makan cthnye nasi lemak yg 400kalori je.? Pastu dengan rutin harian bekerja+rutin pump agak2 berapa banyak kalori terbakar? Pastu dengan puasanya, dari mana dapat tenaga semua tu?tenaga dlm badan ni da jadik kadar negatif..melepek weiii..melepekkk...sebab tu every mom adalah supermom!

Sebab tu la makanan tambahan tu penting. Insteaf of makan nasi berpinggan2 waktu berbuka, apakata selitkan serba sikit makanan yang ble jadi sumber tenaga bila nak berpuasa keesokan hari.

Kurma! Wajib ada setiap kali puasa. Sumber tenaga utama.

 
Tak cukup kurma biasa, saya tambah dengan chocodates dari TheMilkStory. Kurma coklat ni mengandungi gabungan halba dengan rasa tiramisu. Sedap! Bagus untuk bf mom.

Air yang banyak utk hidratkan badan yang melepek sepanjang hari. Siap2 isi dalam botol 1 liter. Mesti abeskan sebelum tido. Nak tonggak 2 liter sekaligus time sahur saya memang takble. Minum 2 cawan air pun da kembong perut nak pecah dibuatnya. 

Antara supplement kegemaran saya. Even takdela jadik booster sangat tapi at least ada la supplement yang saya makan daripada takde langsung.

Protein. Sebelum ni saya ambik ESP. Tapi atas faktor kos, saya cuba  soy protein brand lain plak. Yang ni saya beli kat cosway rm48 kalau tak silap. Rasa sama dengan ESP cuma tekstur tak sehalus ESP. Kira ok la. ESP still the best so far. Protein penting untuk build up badan dan energy kita.

Kegemaran saya-Red Dates Tea. Pun antara milk booster yang bagus. Sedap pun sedap. Dah lama cari ni, minggu lepas baru jumpa kat Giant Tampin. Ahaiii..jauh merantau baru berjumpa.

Last but not least, habbatus sauda-sumber segala penawar. Saya campurkan dalam red dates tea. Dah lama beli ni, selalu lupa makan. Ahaksss..

Opsss lupa lagi satu..haaa..kalau terlewat nak bangun sahur, tengok-tengok jam da nak pukul 5.30, sempat la bancuh Oat Cereal Drink wif chocolate flavor ni. Sedap dan mengenyangkan. 

Yang pentingnya masa berbuka tu jangan berlebih-lebihan. Dan sahur tu plak jangan la skip. Ngantuk macam mana pun, at least kena bangun jugak untuk minum air dan makan kurma. Hope lebih bertenaga untuk menunaikan ibadah puasa.

So apa plak energy booster korang time puasa ni?

Saturday, July 13, 2013

Ikan Pais Tempoyak

Sejak saya keja kat Pahang ni, itula baru kali pertamanya saya tau apa itu pais ikan atau pun ikan pais. Penah la sekali dulu masa program universiti (saya dan hubby terlibat sama) kat pahang, kami ada singgah rumah salah seorang ajk program. Masa tu mak dia hidang ikan gulai tempoyak. Tapi masa tu saya tak reti makan, makan gitu2 je (sebab xpenah makan tempoyak).tapi hubby (masa tu pakwe le) kata dia suka lauk tu, dia nak saya belaja buat lauk tu.

Saya buat dek je akan permintaan itu sebab tak suka makan tempoyak.tak pernah pun actually. Ambik kau la ni sejak dok pahang, asal turun temerloh mesti nak cari gulai ikan tempoyak kedai Pak Usop yang femes sedap sungguh tu. 

Errrkkk..ni anak da kuar sorang baru tergerak ati nak buat lauk permintaan hubby.hehehe..tapi ni nak buat pais ikan la sbb potluck sebelum pose hari tu ada lauk pais ikan yg sedap so teringin plak nak buatnye dengan harapan hubby pun akan teruja dengan aroma tempoyak bila nak buka pose.huhu..

Ok..kita trus je kepada cara2 nak buatnya. Entri ni khas atas permintaan kak mimy. First timer terus nak upload tutorial, kelassss kauuuu...bajet hebat #tangan ke bahu, mata ke atas..

Bahan2 sama je macam nak masak lemak  : kunyit, ciliapi, serai. Sesaja tambah cili merah. Bawang2 tu optional tak letak pun xpe, saje ku tambah da kata kopek bawang banyak sangat buat stok kan.

Blend. Kalau rajin nak berlesung batu lagi tinggi markahnya.err..no.12 kat blender tu no.rumah mak saya, maklum la blender ihsan dari mak.tak pulang2 even da beli blender baru..ngeheheh..

Rupa da blend. 

Masukkan watak utama kita iaitu tempoyak. Ikut resepi kata 4sudu tapi saya bantai letak 5 sudu. Lagi banyak tempoyak lagi sedap rasanya..tempoyak ni hasil air tangan hubby saya ye..ehemm..ehem..

Hasilnye..senang je kan.

So lumurkan je bahan2 tadi tu kat ikan. Jgn lupa alas ngam aluminium foil. Kalau ada daun pisang lg mabeless..ikan tu sebaiknya ikan sungai la cam patin or talapia tapi sebab tak jumpe ikan tu so saya bantai je ngan siakap.

Da siap lumur. Lumur pakai sudu tau. Pakai tangan karang pijar tangan plak saya tak bertanggungjawab ye.

Then balut ikan tu ketat2.

Masuk oven, bakar 150 darjah dalam 1 jam 15 minit gitu. Kena check selalu la kot da masak ke tak masak. Bergantung la oven korang jenis camne. Nak guna pemanggang ajaib pun mabeless tapi saya tak tau nak agak berapa lama. Korang test la. Kalau guna pemanggang ajaib rasanya xpayah beraluminium foil ni kot.tapi kena jagala jgn bagi hangus.

Hasilnya ikan pais tempoyak yang telah diupload di instagram. Fresh from oven. Presentation is failed.Huhu..

Selaku first timer buat pais ikan ni, saya rasa agak berjaya la jugak sebab tu tak bape malu nak share kat sini. Huhu..kalau buh tempoyak banyak lagi sedap rasanya. Oh ye, ada yang buh santan. Next time buat nak test buh santan ada beza tak rasanya. Bahan yg sama ni jugak ble adjust tambah air je da ble jadik gulai tempoyak. Lauk ni memang mabeless bila dilawankan dengan ulaman2 dan sambal belacan. Makan ngan nasi panas2..ada plak telur masin tertonggok sama. wallllaaaaa...

Ok, dahhh..pi sambung wat sambal belacan plak.



Thursday, July 11, 2013

Semangat Memasak Di Bulan Puasa

Hoooo... hari pertama puasa, macam-macam menu berbuka diupload di FB dan instagram. Telan air liur je la tengok kan. Kagum semangat para isteri menyingsing lengan baju berperang kat dapur nak sedia hidangan berbuka untuk suami dan anak. Syabas! Teruja!

Saya... macam biasala takde beza dengan hari-hari biasa. Dok kat meja makan sorang2,hadap pinggan sorang2. Sedih hidup kau Nadt. Oklah .. Saif pun ada temankan. Pastu hek hek nak panjat kerusi. Sudahnya angkut pinggan nasi ke depan. Makan sambil tengok TV. At least ada gak dengar suara orang bercakap daripada menung sorang-sorang kat dapur. Gila bosan.

Sebab makan sorang-sorang la jadinya saya malas nak masak. Nak masak siakap 3 rasa atau ayam masak merah?Ehm... tak payah la. Buat letih nak mengemas dapur je. Menu senang makan sorang2  - telur goreng, ikan goreng, sardin.. simple! Tapi larat ke ko nak hadap lauk tu je sepanjang bulan puasa ni?

So penyelesaiannya buat orang yang malas nak masak dan makan macam saya ni - taraaa!! Perencah-perencah segera ini pantas menyelamatkan perut yang kelaparan.

Ada perencah tandoori, blackpepper, nasi goreng pelbagai rasa..pilih je mana yang berkenan.

Err...tapi sesekali boleh la kot nak berperencah bagai ni. Hari-hari perencah segera, gugur botak rambut kau. Tau je la perencah-perencah tu semua pak aji je yang banyak.

So sebagai tambahan yang lebih natural n homemade kekdahnya, nahhh hambik kau malam tadi gigih kopek bawang mengalir-alir air mata semata nak buat stok bawang. Pesen saya ni bila nak masak semua da kena ready. Kalau time tu nak masak, time tu la baru nak potong ayam, baru nak siang ikan, baru nak kupas bawang, memang saya kemalasan dibuatnya. So semuanya saya da ready potong segala, simpan. Tiba masa nak masak, ambik je mana yang berkenaan. Senang. Tapi kalau malas jugak, tu la pelbagai perencah menjadi pilihan. Ngehehe..


Kopek bawang pun nak bagitau ke..macam la kau sorang je kopek bawang.huhuhu..

Meleleh2 air mata nak abeskan kopek semua..dah lama sebenarnya tak masak guna bawang merah ni sebab hubby lagi suka guna bawang besar. Sejak kawen rasanya saya mula menganaktirikan si bawang merah ni. Kalau kat umah mak saya, bawang merah jadik keutamaan. So kali ni ntah apasal tetiba rasa nak masak guna bawang merah semula plak. Tapi xtau lagi nak guna utk masak pe sebab confirm malas bab nak menumbuk berlesung bagai..huhuhu..sudahnya bawang besar gak jadik pilihan hiris2 sonang. Takpe, at least da ada ready daripada takde langsung.

So untuk hari ni menu pilihan saya adalah nasi goreng kampung dan roasted ayam tandoori. Simple but wallllaaaaa!!


Ok..nak masuk waktu berbuka da. Get ready.. bismillah....


Wednesday, July 10, 2013

Fenomena Cheesekut Menular!

Hari pertama posa da post pasal makanan. hehehe..entri lama sebenarnya ni cuma tak sempat nak mencedok gambo tu yang tertangguh ke hari ni.

Tak sangka plak cheesekut yang super simple tu boleh jadik fenomenon la plak! Yang mengfenomenonkannye (jangan tiru perkataan ini) pun geng2 mak2 gojes la lagi2 yang mana pi gathering hari tu kan. Yang tak pi gathering pun terjebak. Yang kawan kepada kawan mak gojes pun terjebak. Terus la menular sana sini dok cheesekut memanjang!

Resepi asal ni pun saya dapat dari kawan saya gak. Nama dia Nina Rusli. Korang kenal ke? Tak? Hahaha..takpe..just nak inform je. Dia plak dapat resepi daripada kawan dia orang Sarawak nun. Tau je la Sarawak kan very the femes dengan kek lapis nya kan. So antara yang paling simple, inilah - cheesekut! 

So begitulah asal usul cheesekut ini.

Anyway saya rasa happy sangat sebab korang semua suka akan resepi cheesekut ni yang terbukti simple but sangat sedap kan! Pastu pandai plak korang derhaka buat macam-macam versi plak hahahaha..bagus! bagus! tu la namanya inovasi. Kalau saya buat pertandingan inovasi cheesekut confirm macam-macam versi keluar. Korang memang kreatif dan inovatif!

Tujuan saya share resepi tu pun sebab saje2 nak share la. Bukan la ada niat nak menunjuk macam la saya ni terer bebenor buat kek bagai..#tangan ke bahu mata ke atas. Tak! Tak! sikit pun tak niat macam tu. Bagi saya baking ni macam satu terapi yang menggembirakan. Bila orang suka hasil air tangan kita, perasaan tu wahhh tak boleh nak digambarkan. Macam korang la dok kata "sedapnya cheesekut tu..resepi plz.." Haa...berbunga-bunga hati ni tau bila korang suka. Tu yang saya share resepi tu supaya korang boleh share plak the happiness dengan orang2 di sekeliling korang plak. Mesti kembang kempis lobang hidung korang kan bila hubby masing-masing puji "Sedapnya cheesekut ni..pandai sayang buat..raya nanti boleh la buat lagi ye.." Haa..laki da bagi galakan tu apalagi mintak je duit kat dia beli creamcheese banyak2 maklumla creamcheese mahal lagi2 Philadelphia tu..muahahaha..

Buat time raya ni..confirm mak mentua up kan korang sebagai menantu pilihan nan cemerlang! Waalllaa!!

Haa..ni saya nak share komplikasi ehh..kompilasi pelbagai versi cheesekut yang korang da buat. Banyak yang saya capture dari FB. Kot ada cheesekut korang yang tercicir takde dalam ni meh bagi link saya update terus ..

 Versi Pinkymomma

Versi Mommycha




 Versi MummyAshraff


 Versi Kak Mimy


Versi Anez Zamri

 Versi Zila Mahadi


Versi Erina

Versi Veelara

 Versi Hana Soffelia

Versi Hidayah Hiddensity

 Versi Mayumie

Versi Iza

 Versi Ciknaa

 Versi Shakina

Versi Intan

Versi Nana Farhana

Versi Ctmah
Kawan RosAnis pun terjebak..haha..

Syazikin pun buat. :)

 Nanny sedara Ashraff pun terjebak.. :)


Fuuhhh...tengok tu. Macam-macam versi. Korang pilih ar nak buat yang camne. Yang penting even versi mana sekalipun tapi kesedapannya tu dijamin terpelihara. Hoho..setakat ni tu je la kot yang dapat saya stalk. Ada yang tercicir ke? Nak masukkan jugak versi korang as part of this compilation? Meh bagi link kat saya eh..Nanti saya update.

Ok, pening plak kepala hadap gambo banyak2. Nak rest jap. Nak sambung wat assignment untuk student plak..huwaaa...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...