Monday, July 22, 2013

Bila Saif Bertelur Di Dahi!

Macam biasa dengan perasaan happy nak ambik Saif kat umah bs. Sampai2 tengok saif kat riba bs, tengah monyok. Nampak mamanya terus dia menerpa. Saya ternampak sesuatu kat dahi Saif. Eh, apa tu? Macam benjol je! Eh memang betullah benjol! Besarnya benjol! First time seumur hidup tengok benjol besar camtu secara live. Lebam plak tu!

"Akak pi bilik air tadi. Saif kat depan dengan Adam je. Tetiba akak dengar Saif jerit kuat. Tengok2 dia da tertonggeng tepi sofa. Rasanya dia jatuh dari sofa pasti tersembam ke sliding door." Explain bs.


Saya tak terkata apa. Serius tak terkata apa. Terkedu. Terkejut. Tanjat tengok dahi anak lebam benjol gitu. Yang saya boleh buat hanyalah peluk dan tiup2 dahi Saif. Tak tau nak kata apa.

Ingatkan hati ni tabah. Sampai umah je saya terus nangis. Sian anak mama camno la ble jatuh ni. Bukannya tak penah jatuh pun. Biasala budak tengah melasak. Tak jatuh memang tak sah. Tapi tak penah seteruk ni. Da bertelur dahi tu. Saif pun terus merengek2 nak susu, terus bagi ngempeng, terus tido. Lena. 

Hope Saif tak sakit la. Sometimes ambik masa kan baru nak rasa nyutt nyutt kat bengkak tu. Mama plak yg terasa denyut2 kat dahi ni.

Rasa kecewa dan ralat sket sebab bs takde mintak maaf pun. Memang la bukan dia sengaja nak buat Saif jadi macam tu tapi kejadian berlaku ketika Saif di bawah jagaan dia. at least minta maaf tu ble wat hati mak mak saya ni sikit lega terpujuk.ehm...

Terus hilang selera nak berbuka. Nak berbuka apa ni pun xtau da. Ehmmm.. sedey..tskkkkk..


8 comments:

  1. mmg tak boleh marahkan bs sebab mmg dia taknak benda ni terjadi..
    cukup lah dengan hanya mintak maaf kan

    ReplyDelete
  2. sekurang2nya dia dah explen..dia lupa nk mintak maaf kot..yela,jaga ank org..

    ReplyDelete
  3. Kalau sy pun..sy xtau nak buat apa.sian saif..

    ReplyDelete
  4. sabar yer nadt.biasalah tu..time2 camni lah depa tersangat2 aktif =)

    ReplyDelete
  5. besarnyer benjol..cian saif..xtuam ke kepale die tu?bg surut bengkak...
    hope cpt sembuh ye saif..

    ReplyDelete
  6. Kena tuam kepala dia dgn ais cepat2..supaya bengkak dan lebam tu cepat surut...dulu Rizqin pun pernah dapat telur sebiji mcm ni..rasa bersalah kat diri sendiri sbb tak pandai jaga anak...

    ReplyDelete
  7. lisa pun dah bape kali benjol kat dahi..memang salahkan diri sendiri..
    tapi kalau bs tu tak minta maaf memang rase ralat jugak..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...