Tuesday, July 16, 2013

Booster di bulan puasa

Bf mom di bulan puasa memang cukup mencabar. Pertama kali saya rasa sungguh2 lemah longlai melepek da macam kain buruk yang terlepek di bawah sinki. Belum tengahari lagi kepala da pusing, badan da menggigil, nafas turun naik laju..da macam mat gian plak.

Ikut hati rasa nak skip je rutin pumping. Ye la, pump pun bukan dapat banyak mana pun. Tapi saya teruskan jugak sebab berpegang pada konsep supply n demand. Takde demand, takde supply, anak aku juga yang kesian nanti. Demimu nak, mama rela berkorban berpinar bijik mata. Eh, korang tau tak setiap kali bf, 500 kalori dibakar? Korang bayang la kalau sahur cuma makan cthnye nasi lemak yg 400kalori je.? Pastu dengan rutin harian bekerja+rutin pump agak2 berapa banyak kalori terbakar? Pastu dengan puasanya, dari mana dapat tenaga semua tu?tenaga dlm badan ni da jadik kadar negatif..melepek weiii..melepekkk...sebab tu every mom adalah supermom!

Sebab tu la makanan tambahan tu penting. Insteaf of makan nasi berpinggan2 waktu berbuka, apakata selitkan serba sikit makanan yang ble jadi sumber tenaga bila nak berpuasa keesokan hari.

Kurma! Wajib ada setiap kali puasa. Sumber tenaga utama.

 
Tak cukup kurma biasa, saya tambah dengan chocodates dari TheMilkStory. Kurma coklat ni mengandungi gabungan halba dengan rasa tiramisu. Sedap! Bagus untuk bf mom.

Air yang banyak utk hidratkan badan yang melepek sepanjang hari. Siap2 isi dalam botol 1 liter. Mesti abeskan sebelum tido. Nak tonggak 2 liter sekaligus time sahur saya memang takble. Minum 2 cawan air pun da kembong perut nak pecah dibuatnya. 

Antara supplement kegemaran saya. Even takdela jadik booster sangat tapi at least ada la supplement yang saya makan daripada takde langsung.

Protein. Sebelum ni saya ambik ESP. Tapi atas faktor kos, saya cuba  soy protein brand lain plak. Yang ni saya beli kat cosway rm48 kalau tak silap. Rasa sama dengan ESP cuma tekstur tak sehalus ESP. Kira ok la. ESP still the best so far. Protein penting untuk build up badan dan energy kita.

Kegemaran saya-Red Dates Tea. Pun antara milk booster yang bagus. Sedap pun sedap. Dah lama cari ni, minggu lepas baru jumpa kat Giant Tampin. Ahaiii..jauh merantau baru berjumpa.

Last but not least, habbatus sauda-sumber segala penawar. Saya campurkan dalam red dates tea. Dah lama beli ni, selalu lupa makan. Ahaksss..

Opsss lupa lagi satu..haaa..kalau terlewat nak bangun sahur, tengok-tengok jam da nak pukul 5.30, sempat la bancuh Oat Cereal Drink wif chocolate flavor ni. Sedap dan mengenyangkan. 

Yang pentingnya masa berbuka tu jangan berlebih-lebihan. Dan sahur tu plak jangan la skip. Ngantuk macam mana pun, at least kena bangun jugak untuk minum air dan makan kurma. Hope lebih bertenaga untuk menunaikan ibadah puasa.

So apa plak energy booster korang time puasa ni?

1 comment:

  1. anis makan kurma ngan minum susu je sebagai milk booster...kdg2 wat sup2....heeee

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...