Saturday, July 13, 2013

Ikan Pais Tempoyak

Sejak saya keja kat Pahang ni, itula baru kali pertamanya saya tau apa itu pais ikan atau pun ikan pais. Penah la sekali dulu masa program universiti (saya dan hubby terlibat sama) kat pahang, kami ada singgah rumah salah seorang ajk program. Masa tu mak dia hidang ikan gulai tempoyak. Tapi masa tu saya tak reti makan, makan gitu2 je (sebab xpenah makan tempoyak).tapi hubby (masa tu pakwe le) kata dia suka lauk tu, dia nak saya belaja buat lauk tu.

Saya buat dek je akan permintaan itu sebab tak suka makan tempoyak.tak pernah pun actually. Ambik kau la ni sejak dok pahang, asal turun temerloh mesti nak cari gulai ikan tempoyak kedai Pak Usop yang femes sedap sungguh tu. 

Errrkkk..ni anak da kuar sorang baru tergerak ati nak buat lauk permintaan hubby.hehehe..tapi ni nak buat pais ikan la sbb potluck sebelum pose hari tu ada lauk pais ikan yg sedap so teringin plak nak buatnye dengan harapan hubby pun akan teruja dengan aroma tempoyak bila nak buka pose.huhu..

Ok..kita trus je kepada cara2 nak buatnya. Entri ni khas atas permintaan kak mimy. First timer terus nak upload tutorial, kelassss kauuuu...bajet hebat #tangan ke bahu, mata ke atas..

Bahan2 sama je macam nak masak lemak  : kunyit, ciliapi, serai. Sesaja tambah cili merah. Bawang2 tu optional tak letak pun xpe, saje ku tambah da kata kopek bawang banyak sangat buat stok kan.

Blend. Kalau rajin nak berlesung batu lagi tinggi markahnya.err..no.12 kat blender tu no.rumah mak saya, maklum la blender ihsan dari mak.tak pulang2 even da beli blender baru..ngeheheh..

Rupa da blend. 

Masukkan watak utama kita iaitu tempoyak. Ikut resepi kata 4sudu tapi saya bantai letak 5 sudu. Lagi banyak tempoyak lagi sedap rasanya..tempoyak ni hasil air tangan hubby saya ye..ehemm..ehem..

Hasilnye..senang je kan.

So lumurkan je bahan2 tadi tu kat ikan. Jgn lupa alas ngam aluminium foil. Kalau ada daun pisang lg mabeless..ikan tu sebaiknya ikan sungai la cam patin or talapia tapi sebab tak jumpe ikan tu so saya bantai je ngan siakap.

Da siap lumur. Lumur pakai sudu tau. Pakai tangan karang pijar tangan plak saya tak bertanggungjawab ye.

Then balut ikan tu ketat2.

Masuk oven, bakar 150 darjah dalam 1 jam 15 minit gitu. Kena check selalu la kot da masak ke tak masak. Bergantung la oven korang jenis camne. Nak guna pemanggang ajaib pun mabeless tapi saya tak tau nak agak berapa lama. Korang test la. Kalau guna pemanggang ajaib rasanya xpayah beraluminium foil ni kot.tapi kena jagala jgn bagi hangus.

Hasilnya ikan pais tempoyak yang telah diupload di instagram. Fresh from oven. Presentation is failed.Huhu..

Selaku first timer buat pais ikan ni, saya rasa agak berjaya la jugak sebab tu tak bape malu nak share kat sini. Huhu..kalau buh tempoyak banyak lagi sedap rasanya. Oh ye, ada yang buh santan. Next time buat nak test buh santan ada beza tak rasanya. Bahan yg sama ni jugak ble adjust tambah air je da ble jadik gulai tempoyak. Lauk ni memang mabeless bila dilawankan dengan ulaman2 dan sambal belacan. Makan ngan nasi panas2..ada plak telur masin tertonggok sama. wallllaaaaa...

Ok, dahhh..pi sambung wat sambal belacan plak.



6 comments:

  1. Cik hani suka je tempoyak..sedap..tp pais ikn xpenah try

    ReplyDelete
  2. terliur! nasib baik view malam hari..kalau tengok siang hari..mesti meleleh air liur dan rasa lapaaa la sangat.

    nadt rajin share resepi :) best la.. TQ nadt :)

    lg1, dah banyak kali ulang bukak resepi cheesekut tapi tak terbuat-buat lagi :P

    ReplyDelete
  3. ni darah daging ciknaa oke.. org pahang xkenal pais mmg la pelik.. hoho.

    ReplyDelete
  4. oo ni la pais eh...siap jugak pais awak eh

    ReplyDelete
  5. oh lala...sungguh tempting resipi ni...malangnye somi ai idok makan tempoyak..tumpang tengok jela...huhu

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.. tumpang iklan ye admin..
    kami menyediakan tempahan pais tempoyak ikan patin bakar (frozen) penghantaran PERCUMA utk seluruh kawasan temerloh dan mentakab.. harga cuma rm35 hingga rm40 SEEKOR.. lawati fb kami utk maklumat lanjut "Paih Patin Bakar Tempoyak"
    blh jg wsp kami utk tempahan.. 0123897434..
    terima kasih admin...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...