Monday, July 8, 2013

Projek Malam Jumaat

Penat projek hari Isnin tak hilang lagi, da ada projek malam Jumaat plak? Letih badan kaki tangan semua tegang urat segala tapi projek malam Jumaat still kena buat jugak. Kalau tak buat malam Jumaat tu, esok mak da datang rumah, apa katanya plak ek.

Haaa..korang jangan pikir bukan-bukan eh. ni projek mengemas rumah pada malam Jumaat sebab esok harinya hari Jumaat mak saya nak datang dari Johor. So saya kena rumah serba serbi kemas dan clear sebelum telinga berdarah dengan kata-kata "Eh..apa sepahnya barang-barang ni semua.." Haaa..

Dalam beberapa minggu ni memang tak sempat nak mengemas sangat. Boleh kata hampir setiap hujung minggu saya balik KL so agenda nak mengemas rumah tu terbengkalai. Bila da balik dari KL, penat plak, datang barang baru balik tambah timbun-timbunkan lagi main letak je. Da penat nak fikir mana nak susun barang-barang tu semua. So nak tak nak memang kali ni kena kemas jugak. Kalau bukan sebab mak nak datang pun, mata saya memang da semak dengan barang-barang yang bertimbun-timbun tak berkemas.

Tapi tu la kita hanya mampu merancang kan, sekalinya petang Khamis tu ambik Saif dari rumah bs, Saif demam! Camne nak mengemas dengan anak demam yang cranky memanjang? Takpe..balik dari rumah bs je saya terus susukan Saif, bagi dia makan ubat, then tidokan. Alhamdulillah dia tido.

Susah hati anak demam tapi projek tetap diteruskan jua. Apapun anak didahulukan dan diutamakan.


Tak lama lepas Saif tido tu lori kedai perabot pun datang hantar rak dapur. Haaa..kau tengok semangat tak saya nak mengemas siap beli rak dapur baru lagi. Muahaha..beli yang murah je baru RM250. dah lama nak beli tapi saya tunggu design yang sama dengan rak dapur lama tapi kedai lambat restock. So saya tak boleh tunggu lagi sebab mak da nak datang besok, so saya beli je la design yang hampir sama dengan saiz serupa cuma warna berbeza (gelap sket - frust tak dapat yg sama).Harap maklumla sebab saya dok rumah sewa je so takde la nak KC ribu riban ye. Seadanya je. Kalau ada KC ribu riban pun tapi malas nak kemas,segala harta main sumbat je tak guna jugak kan.

So operasi dimulakan dengan mengambil gambar SEBELUM dahulu. Jangan terperanjat tengok sepahnya. Muahaha..

SEBELUM
Kain baju yang hampir seminggu tak lipat. Penat sangat. Balik keja kiook terus.

SEBELUM
 Dah sampai takde ruang nak letak, susun tinggi-tinggi..(maluu..)

SEBELUM 
Meja penuh barang. Tu belakang tu rak dapur yang baru sampai. So barang-barang kat rak kecik hujung tu akan dipindahkan ke rak baru tu.

SEBELUM
 Bilik simpan barang. Saya tak suka masuk bilik ni sebab nanti tapak kaki hitam sebab jarang sapu (sebab jarang masuk..huhu). So nak simpan barang saya hanya bukak pintu sket n hulur je barang ke dalam tanpa masuk. Punyelah malas. Apa nak jadik daa..

Nasib baik la Teduhan Kasih da abes ceritanya so seawal lepas maghrib saya da mula operasi. Tapi baru nak susun-susun barang sket..Saif ekk ehekkk plak. Da berlari masuk bilik dodoikan dia tido semula. Tapi dia tak nak tido semula, dia bangun main la plak. Masa ni suhu dia da turun, kesan makan ubat maybe so saya biarkan je dia bangun main. Sambil-sambil dia main tu, saya lipat kain baju yang bertimbun tu. Dok melipat sambil layan dia main tu da sampai pukul 10! Aaa..tak kemas apa lagi ni. Tak boleh jadik, bawak Saif masuk bilik semula, susukan..haaa..tido pun dia..baru la boleh mula projek.

 Siap pun lipat. Tak suka lipat baju. Sighhh..

Projek dimulakan dengan mengalih barang-barang dari rak kecik 3 tingkat yang beli kat Tesco harga RM10 tu ke rak dapur yang baru. Saya tetapkan rak dapur baru untuk simpan bekas-bekas tupperware, blender, mixer dan peralatan-peralatan sewaktu dengannya. Rak dapur lama untuk simpan stok makanan yang menimbun sahaja. Itu saya akan kongsikan kemudian ye.

Then rak 3 tingkat yang da dikosongkan tu saya alihkan naik ke atas meja banquet yang bersepah tadi. Buat susun barang-barang yang da tak termuat nak susun kat rak dapur.

Rak 3 tingkat disusun melintang double macam ni. Nampak la cam kemas sket konon.

Rak dapur dan meja pun da bagi clear semua.


Satu lagi rak 3 tingkat saya letakkan water filter. Sebelum ni letak atas meja IKEA yang kecik tu tapi sebab rendah, Saif suka main tarik tali tu. So ni da tinggi, Saif tak boleh capai lagi da.

  
Tidak dilupa menampal deco sticker yang Aty bagi masa besday Qaleef hari tu. Puas hati, cantek sangat (walau kepala asyik tengok macam tampal senget)

 
Bilik simpan barang tak banyak dikemas. Just tolak ke tepi apa yang patut. Saya da propose kat hubby nak beli rak kat IKEA macam Aty punye tu untuk susun barang (semua pun nak tiru Aty..muahaha).  Insya-Allah da ada nanti saya kongsikan susun aturnya macam mana plak. 

Bila mengemas memang tak sah kalau tak mengemop kan. Haa...siap kemas n mop semua da pukul 1.30 pagi bebbb! Itu pun sambil kejap-kejap berlari mendodoikan Saif bila dia merengek. Tak lunyai ke rasa. Tau je la bila semua benda nak kena setel dalam satu malam je! Pastu bila tengok Saif tido rasa badan dia panas semula, bersengkang mata plak menuam badannya dengan tuala basah. Pukul 3 lebih kot baru tido (tertido!). Pukul 5 terjaga semula da sebab Saif bangun, tak sedap badan agaknya. Tuam lagi badan dia dengan mata nak terpejam. 6 pagi tu saya terus mandikan dia, kesian gigil-gigil..bagi ubat lagi. Pastu saya siap-siap buat bubur bekal dia plak. Still terpaksa hantar dia ke bs even Saif masih demam sebab saya ada kursus Jumaat pagi tu. Sobsss..hati berat tapi terpaksa la nak buat camne..

Mak sampai Jumaat tu (actually saya jemput kat Temerloh-drive dengan badan letih mata kuyu). Ok la, mak takde komen pape. Maknanya ok la kan rumah saya. Fuuhhh..lega..So meh flashback balik gambar sebelum n selepas.






7 comments:

  1. hahaha, mcm lebih kurang rumah akak je klu ku tinggalkan suami sendiri..grrrrr..minggu lps x larat berjaga malam ngemas rumah..rumah dah macam ya allah tak tau nak cakap ape.

    ReplyDelete
  2. wahhh..gigih sampai ke awal pg mengemas rumah..lin pun kdg2 cam tu juga..bila dtg 'M' APTB kan :)

    ReplyDelete
  3. wow wow dan WOW...tabah sungguh! =D

    ReplyDelete
  4. same ler.. klu dh mngemas.. mmg 1umah nk dikemas.. slalu bebel kt asben suh kemas elok2.. tp xjgk eloknye,. kite jgk kne buat...

    ReplyDelete
  5. kemas simple..nice...rak hitam beli mana sis

    ReplyDelete
  6. MESTI RASA LEGA KAN DAPAT KEMAS.....

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...