Tuesday, July 23, 2013

Saif 14 Months

Lupakan cerita telur di dahi Saif malam tadi. Pagi ni mood ceria da. Lepas tuam ngan ice malam tadi, benjol dia tu da surut, tinggal lebam je. Mama pun lega. Kalau tak, nak makan berbuka semalam pun tak selera.

 Bangun tido sengih-sengih..da surut benjolnye kan..mama ni memang over kalut..huhu..

Actually hari ni nak cerita pasal Saif da 14 bulan. Eh..eh..da setahun 2 bulan da anak bujang nan sorang ni. Rasa macam masih baby baby lagi. Alololo baby baby..meh kiss kiss mama mehhh..

Bila da setahun 2 bulan ni secara rasminya saya nak isytiharkan yang Saif now da boleh berjalan sendiri! Clap! Clap! Berbangga mama tercapai target nak berjalan masa raya nanti. Sebelum ni orang dok tanya bila la nak berjalan ni..sokmo mamanya jawab dengan konfiden "Raya nanti da boleh jalan da.." Haa..seb baik betul la da boleh jalan. Tak sia-sia mama ketuk kaki kamu selalu dengan remote..hahaha..

Hari tu call neneknya, neneknya kata, "Sian Saif, da la kecik..bila la nak berjalan tu.." Terus saya bangkang, "Heyy..Saif da boleh jalan laaa!" Kalau tak tiap kali call mesti neneknya tanya Saif da jalan ke belum. hehehe..

Actually Saif mula berjalan sejak balik Tampin hari tu. Ehmm..bila ek balik Tampin tu, awal puasa hari tu. hari Sabtu..6hb Julai..ye..tu la tarikh keramatnya. Saya biarkan dia berdiri. Pastu terkedek-kedek dia berjalan ke arah caca dia. Waaahhh..semangat tu dia berjalan nak dapatkan caca dia. Mama n papa proud giler! Tepuk tangan melompat-lompat kitorang dibuatnya. Rasa nak menitis air mata kegembiraan pun ada. Poyo sangat...hahaha..Tapi saja tak nak isytihar awal-awal sebab nak pastikan dia memang da boleh jalan betul. #bajetretissangat

Tak tau la Saif ni selalu kalau nak asah skill baru dia masa ada kat Tampin. Dulu pun masa memula menyusur pun kat Tampin, lancar merangkak pun masa kat Tampin. Maybe sebab rumah MIL tu jenis panjang ke belakang so dia nampak lapang je senang nak bereksplorasi. Ni kat umah mama, baru jalan sikit da sampai dinding, jalan sikit lagi jumpe sofa, jalan sikit lagi langgar lion..

La ni celik biji mata je dia da berjalan sana sini. Sometimes saya tengah senyap kat dapur masak bubur dia pagi-pagi, tetiba dengar suara orang, "Takk aaa..Takk aaa..takk aaa.." kat belakang. Tak ke tanjat mama dibuatnya. Orangnya tak kelihatan, suara je ada. Rupanya dia da berjalan pastu berdiri bawah meja makan. Huhuhu..Minggu lepas dia main kejar2 dengan kakak Asha n Isha elok da dia da ble kawal badan dan brek bila perlu. Cuma tangan dia masih ke atas nak stabilkan badan dan terkengkang-kengkang itu biasa. Comel je mama tengok. Kejap-kejap nak kiss penuh bangga.

Tak kekok berjalan dengan kasut sebab da latih dari awal

Saya perhatikan Saif macam agak berhati-hati dengan langkah dia. Sebab mostly anak buah saya yang first time berjalan semuanya excited menonong berjalan laju non-stop macam nak berlari. Saif ni dia melangkah setapak demi setapak. Masih cuba membiasakan diri agaknya.

Mama da belikan kasut raya baru untuk Saif. Semalam test pakaikan kasut tu, kemain excited dia jalan sana sini. Memula risau gak takut dia tak selesa nak berjalan dengan kasut but tengok-tengok ok je dia dengan kasut tu. Puas mencari kasut saiz Saif tau, merata pergi takda saiz. Sudahnya jumpa kasut yang ada saiz dia (saiz 20), terus rembat beli tanpa pikir lagi. Beli kat The Store je uols kat department baby tu. Sengaja beli kasut (actually sandal) yang ada lubang-lubang gini sebab saja nak bagi pengaliran udara kononnya. Mama n papa kan memang over..hahaha..

Test drive kasut raya

Cerita pasal berjalan je da 5 perenggan kekdahnya. Hehe..perkembangan lain macam biasalah mulut makin bising itu biasa. Hobi dia main bukak tutup. Segala benda yang boleh dibuka dan ditutup dia akan ralit main. Bagi botol kat dia, dia akan bukak penutupnya pastu tutup semula. Bukak lagi tutup lagi. Sampai boring. Pastu cari benda lain plak yang ble dibukak tutup. huhu..Kalau tutup pintu ke, tutup almari ke mesti sebut "Tup..tuuuu..tup.." Lagi satu hobi atau kegemaran dia yang dikenalpasti sejak dulu ada lah suka main sudu, sudip, mangkuk, cawan, periuk belanga semua la. Boleh ralit dibuatnya. Minggu lepas pi IKEA, konon nak belikan softoy utk Saif. Hapah dicampaknya toy tu. Tapi bila saya bagi set sudip, terus dia senyap ralit main. Tak jadik beli softoy, mama beli sudip je la ye. Mungkin da ada aura Masterchef. Takpe, mama restu kalau awak nak jadik Masterchef ye. Mama boleh tumpang glemer..hehehe..

Lagi Saif suka pura-pura nangis. Dia bunyi nangis wooo..wooo..siap memek muka tapi tengah bersantai tengok TV. Camno? Agaknya dia tiru mama yang suka pura-pura nangis kalau Saif buat mamanya. Tiap kali saya pura-pura merajuk n nangis tutup muka, dia akan senyap tenung pastu tarik2 tangan kita tak bagi tutup muka. Pastu datang peluk. Semalam siap tepuk-tepuk saya lagi bajet nak dodoikan mama ke..hahahah..

Bila makin besar, otak makin bijak maknanya kita pun kena kawal perilaku kita depan anak-anak sebab anak-anak akan tiru setiap perbuatan kita. Macam Saif ni dia da tau kalau bagi kasut dia akan nak pakai kat kaki, bagi jam dia akan pakai kat tangan, bagi cekak rambut dia akan pakai kat kepala, bagi spek dia akan sangkut kat muka, bentang sejadah dia akan terus sujud. Hari tu dia bagi saya tudung, pastu tunjuk pintu. Nak ajak saya keluar la tu..bijak kau nak bagi mama tudung nak ajak keluar punya pasal. Selagi tak keluar selagi tu la hekk..hekk..

Cuma yang masih jadi kerisauan tu sebab minum susu kureng. Takpe la nak, as long as kamu sihat, ceria dan aktif mama da gembira da. Semoga anak mama ni terus sihat, panjang umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang patuh pada ajaran agama serta taat pada mama dan papa. Love u baby, muahsss!!

video
Video Saif first time mula lancar berjalan kat Tampin. Dapat bear, gigit pastu campak dengan muka bangga..hahahaha..


p/s : target nak plan adik Saif bila Saif da pandai jalan. Tetiba rasa nak postpone tahun depan la plak, ble tak papa? ngehehehe...




11 comments:

  1. haaha..tang plan adik..sama la ngan i! hhaa

    ReplyDelete
  2. haha target le bile2 pn nadt..janji saif ready nk jd abglong.kihkih

    ReplyDelete
  3. tampin rumah siapa..nanti jemput la dtg umah beraya ye saif :)

    ReplyDelete
  4. Semoga saif membesar dgn sihat..amin..

    Wahh..dah ada planning ek nak.dpt adik utk saif..good luck tau sis!!

    ReplyDelete
  5. samalah macam umar. akal baru kt tampin. agaknya nk bagi atuk dia tengok sebab jarang balik tampn kan...

    ReplyDelete
  6. Yaaeeyyyy...well done saif...bertambah besh la raye ni..:)

    ReplyDelete
  7. Gimme 5! Yeayy saif dh pandai jalan! Kita plan baby 2014 ye...huhu

    ReplyDelete
  8. yeay.. rata2 anak kite mmg berjalan umur setahun 2 bulan kan..

    ReplyDelete
  9. Seronok tgk saif dh pandai jalan...abg saif meh ajar Qi meh...leh jln laju mcm abg saif hehhe

    ReplyDelete
  10. lepas ni mama kena tambah stamina utk kejar dia hehehe..seronok tengok anak membesar dengan kepandaian yang berbeza di setiap umur kan..

    moga saif cepat belajar lagi ye ;)

    ReplyDelete
  11. Hello,

    This is Christine from www.mywanderingstory.com.

    I am now working together with a marketing agency based in Denmark for market research on diapers. Would you be interested in being interviewed for a market research on diapers? It will be in KL.

    For more info, please click here: http://www.mywanderingstory.com/2013/08/malaysian-moms-wanted-for-market.html

    Please email me if you are keen. Selamat Hari Raya to you and your family!

    Thank you,

    Christine

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...