Thursday, July 18, 2013

Saya, Pakcik Suratman Dan Ashraf Muslim

Sana sini tengah hot pasal kisah Ashraf Muslim da kawen buat kali ke-2. Saya ketinggalan ketapi sket, baru tau pun petang semalam. Tu pun kawan tarik tangan tunjuk kat PC sambil kata "Weii..ko tau tak gosip terbaru? Ashraf Muslim kawen 2 dah!!"

Saya pun, "Haaa??Biar betul? Mana? Mana?"


Dan bermulalah dialog-dialog kepochi.

Saya tak nak ulas panjang pasal isu Ashraf ni. Satunye sebab da ramai yang jadik pengulas tak bertauliah kan. Keduanya sebab Sakinah tu adik kawan saya (masa belajar kat U), so saya tak nak la andai kata dia terbaca blog ni karang dia tersentap ngan saya plak kan. Jangan marah naa Kak Wan..

Minggu lepas masa saya pi cuci kereta, ada jumpa satu couple warga emas ni. Kira warga emas la sebab da berambut putih semua kan. Peramah orangnya. Si suami namanya Pakcik Suratman, bininya saya tak tau nama. kuikui.. 2-2 peramah cakap tak berhenti.hehehe..

Antara nasihat yang dia kongsikan adalah :

"Hidup suami isteri ni kena ada tolak ansur. Pakcik dulu kawen dengan makcik masa umur makcik baru 15 tahun. Bayangkan macam mana pakcik nak bimbing isteri yang muda tak tahu apa langsung masa tu. Masak tak tau, buat keja rumah pun tak tau. Tapi pakcik sabar. Pakcik tunjukajar perlahan-lahan. Dan Alhamdulillah makcik plak jenis yang nak belajar dan patuh kata. Itu la yang buat sesuatu perkahwinan tu kekal.

Satu lagi SETIA! Macam-macam cerita pakcik dengar sekarang ni, suami orang tu skandal ngan kawan pejabat, bini orang tu skandal dengan kawan kat facebook..orang yang tak setia ni adalah orang yang TAK WARAS. Kalau dia waras, dia takkan sanggup buat macam tu. Bayangkan la bini kat rumah sibuk layan anak, sibuk buat macam-macam keja rumah, basuh baju, masak, macam-macam la..tapi laki kat luar? Sibuk dating tengok wayang dengan makwe. Tu belum lagi kalau nak kata pengorbanan isteri yang melahirkan anak separuh nyawa nak beranak kau tau..anak pakcik 5 orang, makcik ni susah payah lahirkan 5 orang anak pakcik, pastu takkan senang-senang pakcik nak buat-buat lupa? Gila!
(masa ni mula rasa touching dengan kata-kata pakcik tu)

Kalau nak jadi setia, perkara pertama kena buat mestilah JUJUR! Jangan cakap kat bini kata balik lambat ada meeting, tapi sebenarnya dating pi jalan-jalan cari makan. Bini kat rumah makan nasi lauk telur goreng ngan kicap je,tu pun share dengan anak. Tak pun laki kat umah takde nak makan ape padahal bini sibok menggeletis kat luar dengan kawan opis kononnya. Pakcik tak tau la apa dalam kepala otak orang yang tak setia, tak jujur ni..kalau orang tu ada pegangan agama yang kuat dia takkan buat macam ni. Orang takde hati perasaan dan otak je yang sanggup buat pasangan dia macam ni. Baru setahun dua jagung kawen da buat perangai. Pakcik ngan makcik ni da lebih 30 tahun kawen. Macam-macam orang pakcik da jumpe. Maklum la dulu pakcik keja macam-macam. Tapi Alhamdulillah pakcik setia dengan makcik.."

Panjang lagi pakcik tu bercerita. Sesekali dia nak mengingatkan sesuatu dia akan pegang peha isteri dia dan tanya, "Eh..awak ingat tak yang masa tu..bla..bla.." Even da masuk season kilauan emas tapi sentuhan tu tak lekang. Yang makcik tu plak dok senyum-senyum malu bila Pakcik Suratman tu cerita pasal dia. Sweet gile saya rasa.

Moh kita camwhore sesama..Alololo..sweetnya..err..ni bukan Pakcik Suratman dan isterinya tau. Sumber : google

Cuba imbas balik situasi korang kita sekarang ni. Bila kuar jalan-jalan dengan hubby/wife ada tak pegang-pegang tangan lagi macam zaman awal-awal kahwin dulu nak berkepit je? Terus terang saya cakap saya sendiri pun kurang nak berpegang tangan maklumlah bila da ada handbag 8kg ni (Saif), mana gaya nak berpegang tangan. Tapi sesekali bila Saif takde, atau Saif dok dalam stroller, suka la saya nak mengendeng tangan laki saya. Ngehehe..Tapi tak suka pegang tangan dia kalau dia tengah pegang troli, nanti kena karen. Grr..Tapi saya je yang suka pegang2 laki saya, laki saya is very the keras tak reti nak membalas. Grrrr..Lagi saya suka peluk laki saya bila dia tengah masak. Nanti dia geli geleman terus gabra ntah jadik apa-apa dia masak tu. Ngehehhe..

Bilakah kali terakhir fefeeling romantika di tepian pantai begini? Err..outdoor photoshoot for wedding maybe..

Dah mula mengarut ni. Ok, kita cuba relatekan apa yang Pakcik Suratman tu katakan dengan situasi si Aserap tu sekarang. Kau rasa si Aserap tu setia tak? jujur tak? Bila tak setia dan tak jujur apa maksudnya? Haa..nampak tak signifikannya tu.

Memang la dia berhak nak kawen 2 even 4 sekalipun tapi dengan cara yang tak jujur "MEMBOHONGI" isteri dia si Dayana tu memang rasa ketidakadilan di situ. Belum apa-apa lagi dah tak adil, so macam mana nak berlaku adil dalam rumahtangga? Saya rasa tak payah la Dayana teruskan dengan si Aserap tu, kalau teruskan jugak laki kau si Aserap tu akan berjalan senget kat akhirat kelak sebab ketidakadilannya tu. Nak laki kau jalan senget? Lantakkan! 'Dia yang jalan senget bukannya haku', kata Dayana sambil tangan ke bahu, mata ke atas - ok ni tipu.

 Anak sape la ni kekecik da pandai buat gaya cenggini..ngehehe..
sumber : google


Ok..panjang plak ceritanya ni. Kot ada point lain nanti saya tambah kemudian. Nak tanda paper student ni. Tskkk..(kat atas tadi kata tak nak ulas panjang..ni bukan main berjela aku baca..ngehehe)


5 comments:

  1. hehehe...seronok baca n3 nie.. ila pun harap2..nanti2 dah tua pun boleh jadi macam pasangan pakcik Suratman nie..sweet jer.. lagi satu pasal aserap tu..hehe..baru setahun dua kawen dah nak carik lagi sorang..hmm..kesian isteri pertama...apa2 pun harap dia dapat berpoligami secara adil

    ReplyDelete
  2. kita doa yg baik2 utk rumahtangga kita semua yer..seram sejukkk lin bila gossip pasal serap nie tau

    ReplyDelete
  3. 1.pasal aserap ciknaa taknak komen.. :P
    2.betul, bl dah ada anak ni sbnr nye buat kite lupe sikit mase kite ber2 dgn suami. tp bl jalan2, ciknaa mmg akan peluk lengan dia kemas2.. bajet takut nau org nak rampas..kakaka..
    3.papa saif pandai masak??? hebakkkkkk! huhu.

    ReplyDelete
  4. Part menipu tu kalau blh jgn dibiasakan dari awal pkahwinan lagi. Mula2 tipu benda biasa2...mcm beli baran sorok2 takut laki/bini marah...ataupun nak keluar dgn kawan2 sorok2 takut pasangan marah. Lama2 dah jadi kebiasaan menipu dlm rumahtangga. Mula pandai tipu benda2 besar, pandai ada skandal,pandai itu pandai ini. Kadang dah telajak payah la nak undur...kalau boleh dlm marriage biar ada telus...
    Eh...saya first time drop komen kat sini ek? Hehhee...terus membebel2 kan...soriii ;)

    ReplyDelete
  5. Mula kacau tunang org hg putus, lps tu menipu utk kahwin -teruknya

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...