Thursday, July 11, 2013

Semangat Memasak Di Bulan Puasa

Hoooo... hari pertama puasa, macam-macam menu berbuka diupload di FB dan instagram. Telan air liur je la tengok kan. Kagum semangat para isteri menyingsing lengan baju berperang kat dapur nak sedia hidangan berbuka untuk suami dan anak. Syabas! Teruja!

Saya... macam biasala takde beza dengan hari-hari biasa. Dok kat meja makan sorang2,hadap pinggan sorang2. Sedih hidup kau Nadt. Oklah .. Saif pun ada temankan. Pastu hek hek nak panjat kerusi. Sudahnya angkut pinggan nasi ke depan. Makan sambil tengok TV. At least ada gak dengar suara orang bercakap daripada menung sorang-sorang kat dapur. Gila bosan.

Sebab makan sorang-sorang la jadinya saya malas nak masak. Nak masak siakap 3 rasa atau ayam masak merah?Ehm... tak payah la. Buat letih nak mengemas dapur je. Menu senang makan sorang2  - telur goreng, ikan goreng, sardin.. simple! Tapi larat ke ko nak hadap lauk tu je sepanjang bulan puasa ni?

So penyelesaiannya buat orang yang malas nak masak dan makan macam saya ni - taraaa!! Perencah-perencah segera ini pantas menyelamatkan perut yang kelaparan.

Ada perencah tandoori, blackpepper, nasi goreng pelbagai rasa..pilih je mana yang berkenan.

Err...tapi sesekali boleh la kot nak berperencah bagai ni. Hari-hari perencah segera, gugur botak rambut kau. Tau je la perencah-perencah tu semua pak aji je yang banyak.

So sebagai tambahan yang lebih natural n homemade kekdahnya, nahhh hambik kau malam tadi gigih kopek bawang mengalir-alir air mata semata nak buat stok bawang. Pesen saya ni bila nak masak semua da kena ready. Kalau time tu nak masak, time tu la baru nak potong ayam, baru nak siang ikan, baru nak kupas bawang, memang saya kemalasan dibuatnya. So semuanya saya da ready potong segala, simpan. Tiba masa nak masak, ambik je mana yang berkenaan. Senang. Tapi kalau malas jugak, tu la pelbagai perencah menjadi pilihan. Ngehehe..


Kopek bawang pun nak bagitau ke..macam la kau sorang je kopek bawang.huhuhu..

Meleleh2 air mata nak abeskan kopek semua..dah lama sebenarnya tak masak guna bawang merah ni sebab hubby lagi suka guna bawang besar. Sejak kawen rasanya saya mula menganaktirikan si bawang merah ni. Kalau kat umah mak saya, bawang merah jadik keutamaan. So kali ni ntah apasal tetiba rasa nak masak guna bawang merah semula plak. Tapi xtau lagi nak guna utk masak pe sebab confirm malas bab nak menumbuk berlesung bagai..huhuhu..sudahnya bawang besar gak jadik pilihan hiris2 sonang. Takpe, at least da ada ready daripada takde langsung.

So untuk hari ni menu pilihan saya adalah nasi goreng kampung dan roasted ayam tandoori. Simple but wallllaaaaa!!


Ok..nak masuk waktu berbuka da. Get ready.. bismillah....


12 comments:

  1. nad, menarik la nampak ayam tandoori tu. pakai rencah tesco ye? boleh cuba ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups..just perap pakai perencah tandoori tesco. Perap kejap je pun da ok. Pastu panggang dalam oven around 45minutes. Kalau nak goreng pun ble. Terpulang..:)

      Delete
  2. Menyelerakn je nampak..biasa cik hani goreng kunyit je ayam tu..nanti nk goreng tandoori plak la..ubah selera kn..

    ReplyDelete
  3. seri aji punya perencah nasi goreng cina perghhhhhhhhhhhhhh..terbaik wooo..boleh gak try perencah tandoori ni..cepat dan senang..nampak nad punye pun terliuq nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..segala perencah nasi goreng memang da try. sume pun sedap. lagi plak tengah pose lagi la terliuq tengok ayam goreng seketui tertonggok atas nasi..hehehe.. :D

      Delete
  4. tak penah try rencah tandori tesco... ok ke rasa dia nadt?
    saya lagi laa sempat buka puasa kat rumah pun dh mujur. kalu tak dlm keta je laaa. dlm keta dh stand by air pun. hari 1st. smpai umah ngam2 azan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..sedap rasanya..rasa rempah2 n masam2nya tu..kalau tak sempat nak berbuka kat umah, beli je siap2 dear..ini menu orang yang sampai umah pukul 5.30 petang setiap hari.huhu..

      Delete
  5. nyam..nice nyer ayam tandoori tu. nnt nak beli jugakla.omg..br kul 9..huhu

    ReplyDelete
  6. yeay bole try resepi nadt ni..tq nadt share resepi :)

    ReplyDelete
  7. akak pun sama standby perencah bagai...huhuuh siap senang...akak juga telah melupakan bawang kecik babai

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...