Monday, July 22, 2013

Tolong Sensitif Dengan Perasaan Orang Lain

Sekarang ni tengah panas dengan isu anak yang lemas dalam kereta tu kan. Innalillah..semoga Allah melimpahkan rahmat ke atasnya. Insya-Allah anak itu kini sedang gembira bermain-main dalam syurga nan abadi. Buat keluarga arwah..takziah. Bertabah la dengan dugaan yang maha hebat ini.

Cuma yang tak bestnya bila ramai yang dok menghambu mak budak tu kata cuai la ape la..ok la..mungkin ada unsur kecuaian di situ tapi kita tak berada dalam situasi maknya tu so kita tak tau apa sebenarnya yang terjadi. Ikutkan cerita, maknya tu siap bukak pintu belakang ambik buku segala bagai tapi nak jadikan cerita mungkin pandangannya di'tutup' seketika membuatkan dia tak perasan anaknya ada kat situ. So jangan mudah-mudah nak judge orang kalau kita sendiri tak berada di tempat kejadian.

Kita sendiri pun penah terlupa kan? Cermin mata atas kepala tapi dok cari merata tak jumpa. Pastu mesti korang pernah alami bila korang cari barang tak jumpa, tapi esok lusa korang cari lagi ada je benda tu kat tempat yang korang da cari sebelum ni. Pernah kan?

Bukan nak samakan arwah dengan barang, tapi situasi tu..situasi..paham tak?

Perkara ni bukan pertama kali berlaku. Dan saya baru dapat info yang perkara ini mungkin adalah satu sindrom. Terima kasih Kak Mimy yang share info ni. Rupanya rancangan Oprah pun pernah ulas isu ini. Korang boleh google la pasal sindrom ni.


Lagi satu yang tak bestnya, bila gambar budak tu yang da kejung dengan bibir biru tu disebarkan merata. Saya da lama tak baca suratkhabar so saya tak pasti adakah gambar tu bersumberkan daripada akhbar ataupun tidak. Saya malas nak cari sumber, tak sanggup. Yang pasti kat internet ni kalau korang google confirm ada gambar tu. Astagfirullah..naluri saya sebagai mak-mak ni tengok gambar tu da rasa hancur luluh, bayangkan pula apa perasaan mak budak tu bila gambar anaknya tu dijaja sana sini? Serius sampai sekarang saya terbayang-bayang.

Pastu ada pulak saya baca sumber yang berbunyi  lebih kurang macam ni "Bila ditemui, keadaan pakaiannya telah koyak rabak, kepanasan barangkali, dengan teddy bear yang basah lencun dengan air mata dan peluh.." Ya Allah..da la ko letak gambo budak tu yang da biru, pastu ko detailkan plak akhir hayat dia macam mana. Saya yang baca ni rasa hati macam disiat-siat tau, rasa terseksa..macam mana plak hati mak bapaknya. Orang empati level tinggi macam saya ni memang tak boleh baca benda detail macam ni, benda ni akan terbayang dalam kepala tau tak. Punyelah terbayang sampaikan pagi tadi masa drive hampir nak langgar roadblock polis. Seb baik tersedar. Dengan air mata bergenang, korang yang menulis tu tak boleh rasa ke?

Tak tau la kenapa but da lama perhatikan media kita ni sometimes tak sensitif dengan perasaan orang. Perlu ke nak detailkan sesuatu kejadian tu. Ni kalau berita kemalangan tu seboleh mungkin nak cerita "Mangsa mati dengan otak bertaburan di jalan raya dan tangannya putus terpelanting 5 meter..bla..bla.." Pastu nak letak gambo jalanraya yang bertaburan darah dan otak..saya sebagai pembaca ni rasa errr..tak boleh..tak boleh..rasa ngeri. So bayangkan plak perasaan family yang baca tu camne plak? Kalau kes cabul or rogol plak kalau ble nak detailkan macam mana cara mangsa dirogol. Tu mangsa tu masih hidup camne nak berdepan dengan masyarakat? Nak salahkan reporters 100% pun tak boleh jugak sebab diorang mengikut kehendak editor. Editor plak kata "Ni semua permintaan pembaca. Pembaca suka baca cerita yang sensasi." Hoii..kot sensasi gosip suka la kot nak baca. Tapi cerita kematian orang tu usahlah disensasikan. Pastu letak tajuk plak saja nak tarik perhatian orang "Ibu Cuai." Ohoii..sensitif la sikit. Media da claim ibu cuai, pembaca yang baca pun dok hangguk "Haah..ibunya la ni yang cuai..bla..bla.." tanpa tau hujung pangkal cerita sebenar.

Saya nak tulis tentang perkara ni pun pikir banyak kali sebab takut sangat kot ada yang tersinggung dan saya minta maaf awal-awal kalau ada yang terasa. Ini kisah kematian so jangan mudah nak judge orang dan mengsensasikan cerita. Yang penting kita ambik iktibar dan bukannya blame orang lain atas takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Kita sendiri pun tak tau apa yang kita akan hadapi di masa hadapan. Moga kita dijauhkan daripada musibah sebegini. Nauzubillah..

Saya doakan moga ibu arwah kuatkan semangat dan terus tabah. Arwah sedang gembira bermain di taman syurga dan menanti ibubapanya di sana-InsyaAllah.

*update : kebetulan baru baca artikel yang berupa luahan hati yang sama dengan saya. sumber rakan ibu arwah sendiri. https://www.facebook.com/notes/wardina-safiyyah-officialpage/kisah-maut-dalam-kereta-ibu-sedikit-penjelasan-dari-seorang-sahabat-si-ibu-yang-/544424538954979

11 comments:

  1. sangat setujuu...kata kata org lain akan buat mak dia lagi rasa terseksa..dengan tersebar gambar arwah anak dia lagi...semoga mak dia tabah menghadapi dugaan yg besar ini.

    ReplyDelete
  2. mmg la mak dia cuai tapi jangan jadi kan isu cuai satu bahan persenda mak nya..dah la derita dia kehilangan anak jangan tambah derita nya..kita amik sebagai iktibar....dah tentu anak nya masuk syurga...semua terjadi sebab musabab nya...

    ReplyDelete
  3. saya sendri x sanggup bayangkan keadaan budak tu.anak sendri sebaya dgn budak tu....

    ReplyDelete
  4. Saya cuma baca tajuk aje dalam harian metro...isi nya saya tak baca...bab2 kematian anak sebagai ibu saya memang tak boleh baca...nanti terbayang2 kisah tu dalam kepala otak...so baik tak yah baca...

    ReplyDelete
  5. Saya akan scroll laju2 bile ternampak kat fb. xsanggup nak baca. sebagai ibu, die sendiri pon x inginkan perkara ni berlaku...bukan die sengaja..jangan la terlalu mudah menilai orang lain.

    ReplyDelete
  6. sy stuju ngn awk. kita as manusia slalu buat silap. sy sndiri sbgaia contoh kalau stress kerja mmg akan jd pelupa dan sering buat kesilapan. lps ni memang kena lebih berhati2 dan sntiasa doa kat Allah. mungkin dah ajal budak tu. kita tak boleh halang ketentuan Allah kan.

    ReplyDelete
  7. setuju sis..dorang ni tahu nak salahkan orang jek..jadi kat diri sndiri..baru tahu pe perasaan mak yang kematian anak ni..neway..good sharing sis..

    ReplyDelete
  8. kan... akk pun tak tahu la org skrg ni macam lebih tahu dari org tu sendiri. Ini satu kes lah... satu lagi kes Asraf Muslim tu, memacam org buat gosip macam kan tau perihal rumahtangga orang. Lebih baik berdiam dari mengandai memacam cerita.

    ReplyDelete
  9. yelah, setiap yg terjadi tu ada sebab nya.. mana ada ibu yg sanggup nak tinggalkan anak nya kecuali dengan takdir ALLah swt

    ReplyDelete
  10. SETUJU SANGAT.. PAPER MEMANG NAK TULIS CERITA HOT SAMPAI TULIS BUKAN2.. MANA ADA MAK SANGGUP NAK BUAT MACAM TU.. SEMUA TAKDIR ALLAH

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...