Friday, August 23, 2013

Anak Terlebih Manja


Mulakan entri dengan camwhore anak dan mama..
 
Malam tadi Semanis Kurma topiknya "Anak Terlebih Manja". Sebenarnya plan nak tido awal sebab Saif da mengantuk sangat masa tu tapi sebab topik yang menarik ni, so tahankan jugak Saif daripada tido. Nak tidokan dia kat ruang tamu dia takble tido ada cahaya2 ni, automatik mata dia terbukak luas nak bermain even da terhuyung hayang dengan mata merah.

Topik ni memang kena mengena la sangat dengan si Saif ni. Saif ni memang manja sangat terutamanya dengan saya la. Ye la..balik dari rumah pengasuh, dia terus berkepit ngan saya je. Jumpa papanya time cuti je. Saif manja jugak dengan papanya tapi tak semanja dengan saya la. Apa-apahal pun sikit-sikit nak kat mama, sikit-sikit nak ikut mama..

Dari segi kemanjaan ni, saya tak memanjakan Saif dari segi material sangat. Mainan Saif tak banyak mana pun, paling besar pun lion tu je. Lain-lain tu semua mainan murah yang beli online atau beli kat Tesco je. Toys R Us memang kawasan larangan. Sometimes saya teringin juga nak tengok mainan-mainan dalam Toys R Us tu tapi papa Saif tak bagi sebab tak nak jadi kebiasaan. Sebab ada kawan dia yang setiap kali pi shopping mall, anak dia akan tarik pi Toys R Us. Kopak la kalau tiap2 minggu Toys R Us kan. So pilihan kami kalau nak beli mainan adalah secara online. Bila beli online, Saif pun takkan tau kewujudan kedai mainan makanya dia pun takkan la nak mengajak beli mainan kan. Tau-tau je mainan da ada kat rumah.Hehehe..

Alaa..lagipun mainan-mainan tu semua Saif bukan main sangat pun. Budak-budak tau la kan cepat bosan. Main kejap, pastu campak. Pastu dok cari benda yang bukan mainan. Remote la, wayar laptop la, charger hp la, periuk, kuali, jug..tu yang jadik pilihan mainannya. Bakul mainan dia tu dok terperuk gitu je. Kalau saya tak tuang mainan-mainan dalam tu, memang dia tak main pun.

But actually material tu sampingan je. Tu semua pilihan masing-masing nak bagi mainan ke tak. Bagi saya mainan tu still penting untuk anak sebab dengan bermain, diorang akan membina imaginasi mereka sendiri. Otak mereka akan lebih banyak berfikir daripada jenis yang dok diam tengok TV je kan. Tapi kena pandai-pandai la pilih mainan yang sesuai. Kalau umur setahun tapi  ko belikan puzzle 1000 keping tu takde motip pun kan, jadi bahan sepah je. Ada banyak learning and development toys yang boleh kita pilih.

Err..actually saya bukan nak cerita pasal mainan pun tapi ehmm..mainan pun ble jadi medium memanjakan anak kan. Macam yang Dato' Syed cakap semalam, dia jarang dapat luangkan masa dengan anak sebab mengejar kerjaya. So dia cuba ganti masa yang hilang tu dengan belikan mainan. Itu silapnya dia sebab bila tiap kali balik anak dia akan tanya "Mana toys?"

Saif tak pandai cakap lagi so setakat ni memang tak penah la mintak mainan. Saya pun kalau boleh tak nak biasakan.

Yang saya nak cerita sebenarnya adalah tentang manjanya Saif. Saya rasa saya sangat memanjakan Saif. Sikit-sikit peluk. Sikit-sikit cium. Dia jatuh sikit, saya ambik peluk cium. Dia pandai buat sesuatu, saya ambik peluk cium. Saya marah dia, dia cebik, saya ambik peluk cium. Saya tak tau cara saya ni betul atau tidak sebab saya just follow 4 tahap pendidikan anak mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

TAHAP PERTAMA
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.


So itu la yang saya cuba buat. Memanjakan Saif dengan kasih sayang.

Kesannya - Saif jadi terlebih manja. Kepala hantuk sikit kat sofa pun nak ekk ekk.. Mama tinggalkan dia pi dapur pun nak ekk ekk.. Bila berjalan ke rumah orang, sibuk nak berkepit dengan mama.

Hari tu bawak Saif pi umah kawan, lawat baby. Sikit pun dia tak heran dengan baby tu. Bebudak lain ada jugak la kiss-kiss baby tu. Saif sikit pun takde kiss baby tu. Pandang pun tak. Suruh dia kiss,dia taknak. Sibok dia nak main remote TV rumah orang tu. Pastu bila main-main terhantuk dinding sikit, mula la heekk..mama peluk2 cium2 baru ok. Beza betul dengan anak kawan sorang lagi. Sebaya Saif. Budak tu memang gaya main sungguh kelelakian, garang plak tu. Beza tul dengan Saif yang lembut ni.   

Kawan pun kata Saif ni manja betul. Macam mana la nak ada adik ni.. Haa..tu pasal la jawapan saya kalau orang tanya apasal tak pregnant lagi. Sebabnya Saif tak ready lagi, manja sangat haaa..mama ngan papa ready je lagi-lagi papa..hehehe..

Nak tak manjakan dia rasa bersalah pulak. Ye la da seharian dok umah pengasuh, mesti la dia nak perhatian dan kasih sayang kita plak. Kalau kita buat ignore je, kesian sangat. Seriously saya sampai tahap rasa nak tak pakai langsung tab saya ni sebab tab ni buat saya adakalanya terleka nak melayan Saif. Budak tu da terjerit pekik berpaut kat kaki baru la letak tab kat tepi. Sebab tu la kalau ada orang wassap saya selalu saya lambat baca sebab tab saya simpan ntah mana-mana sebab nak tumpu melayan Saif je. Blog pun jarang update kat rumah sebab update kan kena fokus kan. Kalau nak update blog kat rumah pun hanya ketika Saif da tido.

Korang rasa Saif manja ke macam tu?


Betul ke cara saya ni ek..Ehmm...

 

10 comments:

  1. anak sendiri masa kecik2 ni lah nak peluk cium puas2, sementara takde adik. boleh tumpu pada dia je, biar orang nak kata apa. Cuma kalau asik mengempeng je sampai mama langsung tak boleh bangun, yang tu boleh jadi masalah :)

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Ai anak ida pun g2 gak
    Manja terlebih ga
    Nak berkepit je
    jemput singgah blog saya ye
    umielman.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. :) topik smlm mmg best.
    if nk beli mainan, beli yg membina. yg lain2 mmg NO. mmg nk avoid bw dia dr tgk brg mainan.
    bb mmg manja kan

    ReplyDelete
  4. nadt.kita seangkatan tau..alisha sgt manja ngn i..pergi dapur pun ek ek.bila kita berdiri je laju r dia pun nak berdiri jugak nak ikut. bila kita berjalan laju, dia pun sibuk nak jalan laju gak sampaikan pernah tersungkur sbb kejar i..i rasa tak salah kot kita nak manjakan anak kita. manja ni byk maksud. so pandai2lah kita menggunakannya =)

    ReplyDelete
  5. kita pun mcm tu..seharian dok umah pengasuh..blk mmg peluk cium..tp kita akan biarkan dia dlm rumah tu merayap mane2 dan kita tgk dari jauh..so cm jatuh dia ok..terhantuk skit pun dia ok.. alhamdulillah... kecuali yang dia nangis..kita akan tgk dan pujuk.. itu pun orang kata dia manja sangat...

    ReplyDelete
  6. bagi yana normal sebab aisyah pun mcm tu setakat 9 bulan ni..pantang kelibat maknyer xd memang melalak la..haha..tp husband train dr awal supaya rapat ngan dia bila kat rumah sbb susah wooo nak buat keje..yela..bapaknye kan lg banyak masa free..biorla bapaknyer yg menengoknyer..haha..aisyah sgt aktif dan sampai satu tahap memang tak larat nak tampung badan dia yg bambam..tergeliat sana sini slalu terantuk2 kepala sbb tak geti diam..kl terhantuk yana suka ejek dia nangis tp dlm masa sama peluk dan gosok2 la tempat yg terhantukk..hee..sampai satu tahap aisyah pun saje je kl terantuk..kehkeh..yana pun setuju manjakan anak awal2 ni..takde salahnye..bagi yana anak kita kl manja pun kita yg penat..org marah komen2 biarkan sbb penat tu kita yg lalui..dah besar nt jauh dia pegi tinggalkan kita..enjoy the moment =)

    ReplyDelete
  7. ikut sunnah rasulullah tu..rasa nya tak salah la...dia kecik lagi memang perlu dibelai dimanja..sayangi la dia ...akak manja manja gak...garang garang gak..huhu

    ReplyDelete
  8. ank dara ku juga manja..& sgt manja dgn maknya (BS)...huh..

    ReplyDelete
  9. Ini yang akk alami skang sis..sementara saif takde adik nk ok kot.mmcm akk mmg plan nk stop ada anak..so mmg sukala mak manjakan aish..dah jadi buah hati akk la skang ni sbb dia kecik lagikan..hehr

    ReplyDelete
  10. Hi..xsalah rasanye kalu kt nk manjekn anak..cume jgn terlebih manja..sbb anak kn nak perhatian lebih dr kt sbb siang da keje..mlm je mase yg kt blh spend utk die..itu pn singkat je..mcm nayli,die agak berdikari..kalu g uma org mmg die xlayan ibu ayah die..sebok cr kawan..cr ibunye kalu nk menyusu je..kalu jatuh,sy ngk mcm xteruk,sy biarkn je..bl die ngk kt xbape layan,die xnangis n sambung main..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...