Tuesday, August 27, 2013

Spritzer Mini Water Dispenser PINK

Petang tadi minum kopi  O kawww, so da tengah malam pun rasa masih cergas so mari kita mengupdate blog.hehe..Saif pun tido lena..bagusss..

Ni nak gebang pasal water dispenser. Alaa..yang Spritzer punye color ijo tu. Dah lama da papa Saif kata nak belikan water dispenser Spritzer tu, daripada tahun lepas lagi dok gebang tapi sampai da nak tutup buku tahun ni pun tak beli-beli. Huhu..

Ni yang biasa punya color ijo - sumber : google

Nak jadik cerita, Sabtu lepas balik daripada kenduri kawen kawan papa Saif, kami singgah jap kat Petronas (Puchong Perdana kalau tak silap) nak solat. Setel solat tu, saya pusing lalu tepi kedai Mesra Petronas tu, nak beli Pearl Kacip Fatimah kekdahnya nak jana tenaga untuk pi shopping..huhu..

Tetiba dari luar lagi saya ternampak satu objek color pink dengan corak love-love yang macam comel-comel gitu. Hati da berdebor ni. Tetiba nebes plak. Huhu..macam kukenal je objek apakah itu. Cepat-cepat masuk kedai terus tuju tempat objek pink tadi dan waahhhhh...tepat telahanku. Objek itu adalah Spritzer Mini Water Dispenser color pink dan bukannya color ijo buruk yang saya tak suke tu..Terus rasa teruja macam menang Miss World 2013! #naknanges

Saya tak tau la kot selama ni memang da lama da ada design color pink tu. Mungkin saya yang ketinggalan ketapi, korang semua da tau daripada duploh tahun lepas lagi ek..mana la tau. Yang penting ini first time saya jumpa color pink tu. Siap google jap tadi ada tak yang da beli mini dispenser color pink ni. Macam takde je.

Orang Petronas tu kata la ni tengah promotion. Harga biasa jual RM32. Yang promotion ni dia jual RM30 + free sebotol air Spritzer saiz 5L tu. Memang berbaloi! Ada jugak jual yang hot n warm tu, harga promotion RM70 + free air jugak (harga asal RM80). Tapi saya tak nak yang hot n warm tu sebab bazir karen je, bukan selalu minum air panas pun. Pastu colornya ijo-so tak nak.

Dok cerita je, meh saya tunjuk buah hati pengarang jantung saya color pink tu haaa..

 Taraaa!!! Ini lah dia Spritzer Mini Water Dispenser color pink gitu..comey tak kak ton?

 Ni rupa paras bila da siap pasang. Senang je nak pasangnya. Tonyoh aje botol tu kat atas tu..

Bertambah la kaum keluarga pink di dapur mama..suka!

Oh ye, saya masuk gak page FB Spritzer. Mini dispenser bercolor-color ni actually da ada di pasaran since 2 bulan lepas (kalau tengok update kat album gambo tu la-ok la tu bukannya duploh tahun lepas kan..). Rupanye ada color lain jugak. Kalau korang tak suka color pink, ble la pilih color lain samada biru, kelabu atau ijo tadi dengan corak yang berbeza-beza. Dan dispenser yang cute ni limited edition tau! So kalau nak, cepat-cepat la korang terjah mana-mana tempat yang ada jual ni ha Petronas ke, Giant ke..ntah saya pun tak tau mana lagi.

Comey kannn?


11 comments:

  1. aaaaaaaaaa... nak jugak... nak buat dapur pink jugak... hehe..

    ReplyDelete
  2. cantik2....masa bulan puasa jumpa color hijau jer...rupanya dah color memacam color ye...suka2

    ReplyDelete
  3. vahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~ cantiklah.jeles2.

    ReplyDelete
  4. klu yumie mahu yg hijau.ye sye adalah pechenta HIJAU.lol

    ReplyDelete
  5. hish...baru tau nih..nk jugak lah

    ReplyDelete
  6. awak peminat pink ye...elok eh air mineral...ok gak kan...nak pakai air mineral gak la senang..

    ReplyDelete
  7. Mama Saif ni buat saya nak beli aje....bagus punya iklan...mana nak cari ni..nak biru nak biru....

    ReplyDelete
  8. Aty pon asyik ngajak asben beli jer..tp nk yg ade panas sejuk tu..senang..:)

    ReplyDelete
  9. su terigin tg panas n sejuk tu.tp xde buget lg nk beli

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...