Wednesday, September 11, 2013

Addicted

Tak tau la ini dikira sebagai addicted ke tak. Setiap hari mesti nak masuk blog-blog yang cerita pasal organizing atau deko-deko. Sibuk macam mana pun mesti nak selitkan masa meninjau idea-idea terkini. Even yang tak terkini pun saya ulang baca tanpa jemu.

Sungguh la saya kagum dengan semangat mereka-mereka ni yang bersungguh buat segala mak nenek organizing dan mendeko-deko. Sedikit sebanyak beri inspirasi pada saya untuk aplikasikannya di rumah saya pula (ayat sungguh la ilmiah!!)

Kebetulan petang tadi kawan opis dok pening-pening pasal bos mintak run jugak projek 5S padahal tempoh validasi untuk pensijilan tu tinggal sebulan je lagi. Tapi satu hapah pun semua orang tak gerak apa lagi.

Bos kata "Kita kena run jugak 5S ni. Kita ni bekerja dalam bidang professional. Kebanyakan yang ada kat sini semuanya degree holder. Malu la kalau tak boleh nak buat 5S."

Korang dapat tangkap tak apa yang bos tu cuba sampaikan?

Maksudnya tak guna la kalau belajar tinggi-tinggi sampai degree tapi bab organizing ke lautttt..tau je la salah satu elemen utama 5S kan SUSUN. Tapi kebanyakannya jenis endah tak endah bab susun menyusun ni. Ramai yang berpegang kepada konsep 'Meja yang bersepah itu tandanya busy..'

Ada betulnya jugak kan. Tapi jangan la melampau sangat sampaikan ruang kerja tu boleh jadi port kucing beranak.

Heavennya kalau workspace kita rupa gini

7 comments:

  1. cantikkan nadt.rara pon suka gak kemas cm ni.tempat rara ni pon dh mcm hape.rara paling suka ikea lah.mmg cantik dan kemas semuanya~

    ReplyDelete
  2. bz x semestinye bsepah..bsepah nk tunjuk dia bz sgt le tuww kot..

    ReplyDelete
  3. ermmm... cantiknya header blog ni ...

    ReplyDelete
  4. addicted benda2 baik takpe...kuikui..;}

    ReplyDelete
  5. saya pon dah addict jg, asik nk tgk blog organise je skrg ni

    ReplyDelete
  6. Hai we share the same hobby! I pun dah addicted dgn blog ala2 mcm u ckp ni... makin semangat nak rajinkan diri organizing and deko2... hope we can share ideas :-)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...