Tuesday, September 17, 2013

Apa Perlu Buat Bila Anak Demam

Beberapa hari ni menyepi seketika sebab Saif tak sihat. Khamis malam tu Saif muntah berlambak-lambak atas sofa..waaaaa!! Salah saya jugak kot sebab bagi dia makan macam-macam. Dia tak nak makan nasi so saya bagi biskut, roti dan vitagen. Abes je minum vitagen tu dia main gigit-gigit straw. Agaknya terjolok tekak terus bluweeekkkk!! Mama tak sempat nak buat pape da. Pasrah...

Esok paginye macam dedar sikit. Check suhu ok. So hantar jugak Saif ke rumah bs sebab saya pun ada keja nak kena setelkan. Ikut hati memang nak je cuti. Tengahari tu, bs sms bagitau badan Saif makin panas lepas bangun tido. Ahhh..sudah..hati tak tenang terus ambik Saif balik. Memang panas berbahang badannya. Saif pun monyok je dok melepek kat mama je termenung tengok TV. So saya tuam-tuam badannya dengan kain lampin basah. Turun sikit suhunya, Saif pun mula nak cergas balik da boleh main-main kereta semua.

Sabtu petang tu balik Tampin. Da bagi ubat semua so Saif macam ok. Boleh main kejar-kejar bagai dengan Kakak Asha n Isha. Tapi pada masa sama masih dedar. Kejap-kejap cek suhu still demam.

Malamnya tu adalah episod yang cukup merisaukan saya. Saya bawak Saif masuk tido lebih kurang pukul 11 gitu. Macam biasa la dia susah nak tido bila kat rumah orang, pikir nak main je. Tapi dalam pukul 12 gitu dia da tido. TAPI!! Haa..ada tapi. Setiap 10 minit dia akan menangis meraung-raung tersedu-sedu tapi mata masih pejam. Macam meracau-racau gitu. Puas saya dukung, dodoi semua pun dia still menangis kuat. Kaki dia macam menolak-nolak. Saya takut kalau-kalau sampai kena sawan, so saya pegang kaki dia. Peluk dia. Then tetiba je dia senyap tido. Lega. Lega sekejap je. 10 minit pastu dia ulang lagi nangis kuat lagi. Puas la dok berdukung bagi nak bagi senyap tapi menangis jugak macam sakit sangat. Hati risau sangat. Dok berulang la tido nangis, tido nangis tu sampai la kol 2 pagi kot baru dia tido lena. Tu pun lepas saya sapu vicks kat tapak kaki dia n gosok-gosok mild.

Pukul 4 pagi saya terjaga sebab rasa badan Saif panas sangat. Cek suhu da lebih 38 celcius. Terus kejut papa Saif minta ambikkan mangkuk isi air. Terus tuam dengan tuala basah. Menangis-nangis la budak tecit tu kesejukan. Tapi sambil tuam tu sambil saya peluk dia so dia tenang sikit. Dengan saya sekali la basah tu. Bila dia da tenang sikit, saya masukkan ubat montot plak. Tuam lagi sampai suhu turun sket, Saif pun tenang, nyusukan then dia tido lena semula.

Bangun pagi Saif macam da ok. Cek suhu pun da ok. Berkesan nampaknya ubat montot tu. Terus budak tecit tu turun katil nak kuar bilik. Lega mama awak da sihat nak oiii..

Berdasarkan cerita panjang berjela kat atas tu, meh saya nak buat kesimpulan sket apa yang kita perlu buat bila anak demam.

1. Sentiasa monitor suhu
    - termometer wajib ada di setiap rumah ye. Cuba turunkan suhu dengan tuam seluruh badan menggunakan tuala/kain lampin basah. Gunakan air suam ye (bukan air paip dikhuatiri tak bersih)dan bukannya air sejuk sebab air sejuk boleh buat anak terkejut dan seterusnya menyebabkan sawan. Oh ye, sentiasa periksa jugak kalau kepala anak panas tapi tapak kakinya sejuk, itu pun boleh jadi tanda-tanda akan kena sawan (based on hasil google). Biarkan anak pakai baju yang ada pengaliran udara. Tak nak pakaikan baju pun boleh tapi kipas tu jangan ko tala sampai maximum no.5 nak sejukkan anak kekdahnya. Kesian budak tu gigil sebab tak pakai baju tu pun dia da rasa sejuk. Korang tau je la kalau korang demam apa korang rasa? Sejuk gigil berselubung dengan selimut kan. Mandikan bila perlu.

2. Pantau tahap keaktifan anak
    - sometimes budak ni bila demam tapi aktif cergas macam biasa should be ok. Bukan bermakna tak perlu risau tapi maknanya less worried la. Tapi kalau anak monyok je takde mood memang sakit betul la tu.

3. Ambik cuti jaga anak
    - Untuk ibu yang bekerja kalau boleh ambik la cuti jaga anak. Pengasuh memang boleh jaga tapi tahap caring tu beza. Bila ibu sentiasa ada dengan anak, keep on peluk caring anak, anak pun akan lebih bersemangat.

4. Sentiasa standby ubat demam
    - Pesen saya bila anak da monyok baru bagi ubat sebab kalau boleh saya nak dia heal sendiri. Lagipun since Saif still full bf so susu tu sendiri da ada antibodi sendiri. Antibiotik memang saya tak bagi even klinik bagi. Demam ni sebenarnya cara badan dia membina antibodi sendiri untuk melawan penyakit. Ubat ni wajib bawak bila pi travel sebab kita tak tau bila-bila masa je anak boleh jatuh sakit.

5. Standby ubat montot
    - Bila da terlalu panas lebih 38 celcius, memang saya masuk je ubat montot ni. Biasanya memang akan terus kebah. Kalau bawak pi hospital pun memang ubat montot ni jugak yang akan disumbatnya. So stok ubat montot kena sentiasa ada.

6. Kerapkan menyusu dan bagi air masak
    -  Air penting untuk elakkan dehidrasi dan pada masa sama boleh bantu turunkan suhu. Bila banyak minum, anak akan kerap kencing so panas badan dia tu akan keluar bersama air kencing. Memang time demam ni, pampers cepat je penuh asyik kencing la tu. Pampers pun rasa panas je.

7. Berkorban
    - Anak merengek nangis demam, jangan ko bantai tido mati sampai tak dengar anak menangis. Bila anak tak sihat ni memang diorang akan cranky sangat sebab diorang nak kan perhatian kita. Apalah sangat tak tido satu dua malam..jangan abaikan anak. Sentiasa peluk anak.

8. Ke hospital
    - Kalau dalam tempoh 3 hari semua cara tak berkesan, cepat-cepat bawa ke hospital. Mungkin anak ada masalah penyakit yang lebih serius.

9. Terus pantau tahap kesihatan anak
    - Even anak da sihat, tapi dalam 2,3 hari tu sentiasa monitor jugak suhu dia takut-takut suhu naik semula. 

10. Doa
    - Jangan putus-putus berdoa semoga anak cepat sembuh dan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur.

Selain daripada kaedah yang saya bagitau ni, boleh jugak cuba kaedah natural remedi. Antaranya guna stokin basah atau letak bawang putih di tapak kaki. Boleh rujuk sini -> Natural Remedi. Saya tak cuba kaedah ni kat Saif sebab kalau boleh saya nak test kat diri saya dulu, kalau berkesan baru boleh apply. Tapi saya jarang demam so tak dapat nak test lagi. huhu..Tapi saya ada sapu Vicks kat tapak kaki Saif konon-konon macam bawang putih la kan, ada rasa warm gitu. huhu..Vicks yang untuk baby tu tau bukan Vicks biasa tu untuk orang tua tu, pijar karang.

Oh ye, lepas ni no more minuman kultur. Opismate saya pernah bagitau doc tak bagi minuman kultur sebab boleh menyebabkan batuk. Anak opismate tu sampai warded sebab semput n doc tu kata minuman kultur antara puncanya. Walaupun da tau (penah juga baca kat group solid food) tapi saya tak ambik kisah dan bagi jugak kat Saif. Hambik kau sofa jadik mangsa. Dan memang Saif masih batuk tapi da check doc kata takde jangkitan kuman so lega. Just pantau, bagi makan madu dan buat tepuk cupping nak bagi kahak tu longgar.

So tu la yang saya akan buat kalau Saif demam. Tapi lain orang lain caranya dan ini cara saya.

p/s : Sejak demam tu, Saif jadik perangai makin mengada-ngada plak..takpe la nak. Asalkan sihat..




8 comments:

  1. Aish lps demam 2 minggu lps, skrg every night dia menangis smbil mata pejam, zombie dah ahkak ni, serius, x tau kenapa, nk bwk jumpa ustax nanti, dh habis ikhtiar rasanya, dh baca yasin, bagi dia minum air yasin, bacakan ayat kursi, zikir, selwat, sapu minyak, vicks, bagi ubat kembung, kejutkan, bagi minum air..dh buntu nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la tu. xtau apasal, musim kot. anak opismate pun ada yg meracau gini jugak tapi sehari je la macam saif. tapi kalau da setiap hari meracau memang zombie jadinye kita kak. bawak jumpe ustaz la ye kak.

      Delete
  2. Semoga Saif Sembuh Sepenuhnya .. Amin ..

    ReplyDelete
  3. weh umar demam malam kelmarin. panas gila tau tak. ko tau aku buat apa, terus suhu dia turun?? aku pakaikan dia stokin lembab. stokin tu aku just basahkan dengan air suam. air suam tu mmg aku guna untuk basahkan badan dia. tengok tengok, turun suhu dia tu. tp mmg badan dia panas sebab kejap je stokin tu kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa balik tampin hari tu tak bawak stokin so memang tak de la nak berstokin basah. cuma tuala basah tu je la aku balut kat kaki dia, kira sama la tu kan ganti stokin.hehe..

      Delete
  4. mandikan kerap pun boleh.. alir air dari kaki sampai leher.. bila dah sejuk badan tu, baru basah kepala..

    :)

    ReplyDelete
  5. Faham perasan awak bila anak tak sihat muntah2 semua. Memang risau bila anak demam ni. Cuti pun abis kat anak je. Takpe janji anak sihatkan. Terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...