Tuesday, September 10, 2013

Bila Saif Tolong Menyapu

Dulu Saif hanya perhati je setiap kali saya pegang penyapu. Even saya letak penyapu ke tepi pun dia hanya perhati je. Geram je hati dia "Bila la aku ble dapat penyapu ni.."

Tapi sekarang? Pantang saya letak je penyapu walau sesaat, cepat-cepat dia sambar bawak lari. Pastu pura-pura la nak menyapu sana sini. Berbanggalah kalau anak kita suka pegang penyapu sebab itu tandanya maknya rajin menyapu. Anak kan akan follow apa yang mak paknya buat. Betul tak?Huhu..

Biasanya penyapu saya guna untuk bersihkan dapur. So bila Saif dapat penyapu tu, cepat-cepat dia bawak lari masuk bilik belakang (bilik tamu merangkap port main Saif).

 Sampai ke celah-celah belakang TVpun nak sapu. Hebat kau nak..

 
Belakang pintu pun kena sapu

 Atas meja pun sapu

Da penat menyapu, sambung main benda lain pulak

Kalau anak nak main-main dengan peralatan rumah, maksud saya macam penyapu, periuk belanga, mangkuk cawan..biarkan mereka main. Jangan marah. Memang rumah akan jadi tunggang langgang sikit dan kita pun akan jadi lebih penat nak kemas tapi tak mengapa. Tu semua proses pembelajaran. Mereka tengok, ingat dan cuba buat. Tu pun salah satu cara untuk buat mereka berdikari. Bila da penat nanti mereka akan stop sendiri. 

But sudah tentulah 'proses pembelajaran' anak kita ni mesti dipantau sentiasa. Jangan sampai terketuk batang penyapu atau terpecah pinggan mangkuk sudah la ye.




4 comments:

  1. sama cam Aisyah la..suka amik penyapu & penyodok smpah..
    klu aku tgk sebuk kacau lauk kat dapur..time tu la nk sebuk bdukung..nk tgk..pastu wat mulut.."cap..cap.." nk rasa,,huhu

    ReplyDelete
  2. rajin saif tolong mama dia sapu sampah yeh....ringan sikit kerja mama..hehe

    ReplyDelete
  3. Allah rajinnya.leh jd menantu aunty ni.hehehe

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...