Monday, September 30, 2013

Food Processor

Di saat semua orang sedang rancak bercerita keindahan majlis merisik Cik Ta, saya plak sibuk nak ajak korang masuk ke dapur cerita pasal food processor kekdahnya.

Food processor a.k.a lesung batu moden.

Perkara paling malas saya nak buat bila memasak adalah menumbuk lesung batu. Berat satu hal, ketang ketung bunyi sampai rumah jiran satu hal, Saif mengacau lagi lah dua tiga hal. Sudahnya lesung batu terperuk nun di belakang dapur gara-gara tak nak bagi Saif buat main. Bukan pe, takut terhempap tangan ke kaki ke, mama jugak yang kena pujuk nanti.

Blender adalah salah satu alternatif sesuai tapi kapasiti blender agak besar so kalau saya masukkan 2,3 biji bawang dalam tu confirm bawang tu berterbangan je dalam tu. Saya ada mini blender Philips Avent tapi xmau la campur blend bawang dalam tu. Even sekarang da jarang gunakan but next time still nak guna untuk adik Saif kan (berzaman lagi adik Saif nak keluar..huhu). So da lama dok aim nak beli food processor tapi dok tahan-tahan sebab tak rasa ia satu keperluan.

Makanya semua masakan saya main cincang-cincang je. Senang keja! Huhu..

Sampailah bila papa Saif suruh saya redeem kat Superbuy, saya check tengok point saya cukup untuk redeem food processor. Wahhh..pucuk dicita ulam mendatang!

Bila food processor da sampai, memang rasa teruja sangat! Terus test blend bawang cili semua. Hasilnya...pada permulaan ia seakan tidak dikisar sempurna. Macam just cincang-cincang gitu. Then saya tambah sikit air dalam sesudu je,tak nak la jadik cair, tak best nak tumis cair-cair. So hasilnya bawang cili semua diblend sempurna. Tidak sehalus blender maybe sebab pisaunye pun ada gerigi gitu tapi sudah cukup memuaskan hati saya. Alaa..kalau tumbuk pakai lesung pun lumat mana aje la kan.

Comey je. Bekasnya tu adalah besar mug. Sesuai la untuk blend sikit-sikit.

 View dari dalam

 
Da blend. Perfecto..ready untuk menumis.

Kalau ada yang nak tau harga, sori la ye awal-awal saya bagitau saya tak sure exactly harganya berapa. Redeem free kekdahnya. hehe.. Tapi rasanya tak la mahal sangat dalam 100 lebih kot ikut brand la. Dulu kononnya berkenan ngan food processor tupperware tu tapi mahai benor, telan air liur je la tengok. Ni bila ada peluang redeem, so baru la dapat.

Tapi orang kata tumbuk guna lesung lagi sedap kekdahnya. Betul jugak tapi kena tengok cara masaknya jugak ye. Apa-apapun kini tak perlu lagi ketang ketung di awal subuh nak sediakan rencah nasi goreng untuk anak.


8 comments:

  1. Cik hani xde lesung.apa2 cik hani blend je..klu nk tumbuk,tp xde lesung so cik hani cincang je guna pisau. Nk bli food prossesor klu tunggu ada duit lebih dulu la

    ReplyDelete
  2. emm..mudahnye alat tu kan..betul juga lesung batu tu anak asik buat main..dah la berat..menda berat mesti letak kat bwh kan..

    ReplyDelete
  3. perfecto sgt...mmg idam..beli yang manual...ala sama je pakai tumbuk nak yang elektrikkk

    ReplyDelete
  4. ooo kecik je eh nadt.ok nt nk cr jugak.senang kan.

    ReplyDelete
  5. salam. sis. sy ada try tgk kt lazada nih.. http://www.lazada.com.my/trio-mini-food-processor-tmp-77-131277.html so far dh lama kan guna? recommended x? sy nak cincang daging segala, ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mini food processor ni rasanya lebih untuk penggunaan ringan je. kalau untuk cincang daging rasanya tak sesuai.

      Delete
  6. Hi, mini food processor ni sesuai untuk buat baby puree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsesuai sbb matanya kasar. So blend pun xbape nak halus.

      Delete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...