Saturday, October 19, 2013

GA Bear & Rabbit Rice mold and cutter [Sticky Post-scroll ke bawah utk entri terkini]

Da petang baru nak post entri bento..waaaa!!super bz hari ini!

Saya suka sangat setiap kali tengok kawan-kawan upload gambar bento masing-masing. Kiut miut sangat. Teringin nak buat tapi memandangkan Saif lebih suka makan bubur so hasrat tu dipendamkan. Celah mananya bubur tu nak dibentokan. Yang saya tau tuang je dalam termos. Huhu..

Nak jadi cerita petang semalam bs kata Saif makan bubur kureng. Maybe da bosan makan bubur. Yeahh..itu la ayat yang saya nak sangat dengar. Maknanya lepas ni boleh la variasikan bekalan lain plak.

So bersempena dengan GA yang Wawa buat, dengan gigihnya pagi ini bangun awal nak menyiapkan bento kononnya. Bahan semua da siap ricih daripada malam tadi so pagi ni just masak je. Buat nasi goreng je pun tapi still kena bangun awal sebab takut-takut Saif terjaga karang lagi lambat la nak siap jawabnya.



Ok, meh kita persembahkan hasil bento mama Saif yang macam malu je saya nak tunjuk sebab tak rupa bento pun. Hahaha..




Akhir kata, marilah kita melengkapkan slogan.

Saya amat memerlukan Bear & Rabbit Rice mold and cutter KERANA ianya sangatlah comel! Tools yang comel memang membantu bento menjadi lebih comel dan anak pun akan jadi makin comel sebab makin selera makannya dengan bento comel yang penuh kasih sayang mama. 

Amacam slogan saya? Penuh dengan bodekan kan? Macam poyo pun ada. (-_-) Yang sebenarnya saya memang takde walau satu hapah pun tools bento lagi. Apa yang saya gunakan hanyalah acuan biskut saya saja. Haha..so hopefully ada la rezeki dapat GA tu.


10 comments:

  1. good luck! semoga ada rezeki saif nanti :)

    ReplyDelete
  2. ank aku..aku wat cantek2 pon dia kirai2 & diramas2..huhu..so
    no more bento..ha3..tggu besar sket kot..

    ReplyDelete
  3. COMEYNYA BENTO TU..SURE ANAK BERSELERA MAKAN..BLOGWALKING..JEMPUTLAH KE BLOG SAYA

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya makanan saif.. biskut tu ada inti ke?

    ReplyDelete
  5. wow da join eh..daku xsmpt lagi nak join mgu nie br nak berbento..

    Gud luck yer~

    ReplyDelete
  6. Mmg cantik dan menarik mama saif :) mesti menang GA nih

    ReplyDelete
  7. Rajinnya.... demi anak2 kan

    Sudi2lah singgah ye...http://teratakiera.blogspot.com/

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...