Tuesday, September 3, 2013

Kemas Ruang Stor: Part 1

Mengemas ruang stor sememangnya mencabar mental dan fizikal saya. Ini bukan stor sebenar. Stor sebenar yang kat belakang lagi la da penuh khazanah. Ini bilik kedua yang berfungsi sebagai tempat simpan barang atau lebih mudah dipanggil stor. Dan bila kemalasan melanda diri maka inilah hasilnya..

Nak pitam rasanya tengok sepah cenggini.. (*_*)'

Saya mempunyai hobi membeli barang keperluan rumah walaupun barang tu tak berapa nak perlu pun sebenarnya. Tapi saya berpegang pada kepercayaan kalau tak beli sekarang, next time bila-bila masa nak guna kan susah kalau takde. Contohnya polisterin putih kat tengah tu, guna sekali dua je masa travel nak pack EBM, la ni bila tak guna terbiar je tengah bilik..aihhh..

Pastu saya suka simpan kotak-kotak barang yang saya beli dengan harapan kalau saya dapat pindah, senang la kotak da ada untuk pack barang. Tapi da 4 tahun saya kat sini tak pindah-pindah, hanya kotak yang makin bertambah menyemak. Grrr..

Saya percaya rak sangat membantu susunatur menjadi lebih kemas. Maka setelah beberapa kali berzikir di telinga papa Saif, akhirnya rak kayu IKEA menjadi hak milik mutlak diriku. Terasa diriku begitu berharga #sambillibasrambut.

Segala mak nenek kotak kita susun saja kat rak ni termasuk la periuk kukus antik itu..huhu

Sebahagian hadiah kawen saya lebih suka simpan di bilik kedua ni berbanding stor belakang sebab sesekali nak guna senang nak ambik. Kotak tutup pink tu adalah tempat simpanan perkakasan baking. Kat dapur da takde ruang nak simpan so simpan di sini lebih baik. 

So automatik ruang ini jadi lebih lapang dan kemas

Sekian..ada part 2 plak nanti..




8 comments:

  1. bes nya ada bilik utk buat stor. akak umah tecik.. takde stor.. jadi ada satu bilik penuh kotak. akak pun cam nadt gak.. sker simpan menda dgn harapan 'nati nak guna senang' tp takde berguna pun.. pastu buang.. pastu time dah buang tu la nak guna balik menda dah buang tu.. dan ala... rugi nyer buang. cisss!

    ReplyDelete
  2. wah wah dan WAHHH....sungguhhhh kemas ni..! teruja kite nengok! =)

    ReplyDelete
  3. wahhh...dah Nampak kemas dan luas =)

    ReplyDelete
  4. nadt, rasanya bila dh jd mak2 mmg cam ni kot. semua benda mesti ada walau jarang2 guna dgn alasan...senang bila nak guna nnt terus ada je...
    contoh akak beli brown paper wat bungkus nasi, hubby punya membebel nk wat mende mcm nak meniaga je. minggu lps xde air kitorang guna tu je ganti pinggan, air takde cemana nk basuh pinggan wehh...

    ReplyDelete
  5. drawer plastik tu..memang sgt2 membantu..kadang2 bila nak cepat campak smua dlm tu..otomatik bersih n teratur..teehee

    ReplyDelete
  6. Kemas. Saya jenis suka buang semua barang. kalau ada "Stok" rasa nak cepat2 habiskan.
    Tapi dalam membuang tu pun barang masih banyak.

    Bestnya rak ikea tu.
    Kuat x?
    Banyak barang nak letak ni.

    ReplyDelete
  7. Stor aty pon sama..ade rak ikea tuh dan ade bekas tingkat pink tu sejebik..!! Heheh...plng mencik kemas stor...ngeee

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...